Seminggu sudah berlalu. Arissa duduk termenung. Dia terimbas kembali satu per satu ujian nya setelah berumahtangga. Ternyata benar kata orang-orang dulu, ujian rumahtangga itu lagi hebat. Hati dan perasaan perlu sentiasa sabar dan kuat. Arissa memandang ke arah jari manisnya. Tersarung cincin perkahwinan nya. Bibirnya menguntum senyum. Segalanya berlalu dengan pantas. Rasanya seperti baru semalam dirinya menyalam tangan Zafir setelah selesai akad. Dia tersenyum lagi.
Ya Allah.. Kau kuatkan lah hatiku ini untuk menempuh segala ujianMu.. Kau bertahankan lah rumahtangga kami..
"Sayang..?"
Arissa memandang ke arah pemilik suara. Bibirnya menguntum senyuman manis. Zafir menghampiri Arissa dan duduk disisi isterinya itu. Arissa masih mengukir senyum.
"Abang tengok, sayang dari tadi senyum je. Kenapa? Sayang ada berita gembira nak bagitahu abang ke?" soal Zafir serentak itu tangan nya memegang erat tangan Arissa. Arissa tertawa kecil.
Arissa membelai wajah suaminya. Rambut Zafir disisir olehnya. Mata mereka bertentangan. Arissa senyum lagi.
"Arissa senyum dari tadi, sebab Arissa teringat dekat abang. Arissa rindu dekat abang."
"Abang ada ni depan mata Arissa. Arissa rindu kenangan kita?"
Arissa menganggukkan kepala. Zafir tersenyum. Hidung mancung Arissa dicuit olehnya. Arissa tergelak kecil.
"Sayang, abang bahagia sangat sebab abang ada sayang. Abang minta maaf kalau ada kurangnya lagi. Abang cintakan Arissa tau!"
Arissa tersenyum. Perlahan-lahan dia memeluk tubuh suaminya itu. Kepalanya terletak kemas di dada bidang suaminya. Zafir tersenyum. Zafir mengeratkan pelukkan.
"Arissa bersyukur sebab abang yang jadi imam Arissa. Janji dengan Arissa jangan tinggalkan Ris sendiri. Arissa tak boleh tak ada abang. Abang nyawa Ris."
"Iya sayang, abang janji abang takkan tinggalkan sayang. Abang akan selalu ada untuk sayang. Sayang lebih berharga dari segalanya. Ingat sampai bila-bila, hanya Arissa yang abang mahukan untuk selamanya."
Arissa tersenyum. Pelukkan semakin dieratkan. Terasa nyaman dan tenang. Arissa memejamkan mata. Bibirnya terukir senyum lagi.
Ya Allah.. Andai kata diantara kami berdua perlu pergi dulu, maka Kau ambil lah aku dahulu. Layakkan dia untuk bahagia...
Zafir meleraikan pelukkan. Wajah Arissa dipandang olehnya. Jam yang tergantung di dinding, dipandang sekilas.
"Sayang tak pergi kafe? Dah seminggu sayang tak pergi. Alin tu asyik tanya pasal sayang kat abang. Dia rindu kat sayang agaknya."
Arissa menggelengkan kepala.
"Kenapa tak nak jumpa Alin? Sayang gaduh dengan dia ke?"
"Eh abang ni. Mana ada gaduh. Sayang okay je dengan dia. Cuma emm saya nak rehat duduk rumahlah. Sejak akhir ni, sayang cepat rasa penat. Badan pun letih letih je."
Zafir mengerut dahi. Drastik telapak tangan nya mendarat di dahi Arissa. Eh? Tak demam. Kenapa badan dia penat aje ni.. Pelik..
"Sayang tak demam lah. Ish abang ni.. Cubit kang.."
"Eleh.. Sayang ni, demam pun kata tak demam. Mana abang tak risau. Kalau pening kepala ke, muntah ke apa ke, terus call abang tau! Abang nak pergi kerja dah ni. Harini ada meeting dengan orang magazine."
"Baiklah Tuan Zafir Hadi." Arissa senyum mengejek. Zafir tertawa kecil. Ada aje perangai dia ni..
"Nanti kalau abang ada jumpa Alin, cakap dengan dia. Sayang akan datang dengan kejutan."
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.