Part 3

4.7K 189 1
                                    

Arissa menolak daun pintu cafe nya. Wajah Alin yang sedang ramah berborak dengan seseorang di kaunter dipandang lama oleh Arissa.

Arissa berjalan menuju ke arah Alin dan seorang lelaki yang Arissa sendiri tidak ketahui siapa. Alin yang menyedari kehadiran Arissa terus senyum ke arah Arissa.

"Kau kata kau cuti hari ni ?" Soal Arissa. Alin hanya menayang sengih.

Arissa memandang ke arah lelaki yang sedang khusyuk bermain telefon di hadapan Alin. Arissa menjeling sekilas.

"Aku naik atas dulu. Nanti jumpa aku kat office, aku ada hal sikit nak bincang."

Alin hanya mengangguk. Arissa terus melangkah menuju ke tangga. Satu demi satu anak tangga didaki. Langkah Arissa diekori oleh mata Alin.

"Boss awak ke tu ?" Soal Naz.

"Haah. Itulah boss saya. Nur Arissa nama dia."

Naz hanya menganggukkan kepala. Matanya memandang ke arah tingkat atas kemudian memandang wajah Alin semula.

"Boss awak tu memang macam tu ke ? Sombong je ?" Soal Naz.

Alin menggelengkan kepala. Bagi Alin, Arissa bukan sombong cuma Arissa terlalu berubah dek kerana kisah 2 tahun lepas. Luka yang boleh dikatakan lama oleh orang lain, tetapi bagi Arissa luka itu masih baru.

"Dia tak sombong. Cuma dia pernah terluka dan sekarang dia berjaga-jaga." Ujar Alin

Naz diam. Disedut perlahan coffea ice yang dipesan olehnya tadi. Alin yang sedang sibuk melayan pelanggan lain dipandang lama oleh Naz.

"Alin." Panggil Naz lembut.

Alin memandang ke arah Naz dan tersenyum nipis.

"Saya masuk studio dulu ? Nanti malam saya datang lagi." Ujar Naz sambil mengeluarkan sekeping not berwarna merah.

Alin mengangukkan kepala dan senyum. Naz terus bangkit dari tempat duduknya dan terus berlalu keluar dari cafe.

Setelah kelibat Naz hilang dari pandangan matanya, kakinya terus melangkah ke arah tangga. Setapak demi setapak anak tangga di daki hingga lah tiba nya dia di hadapan pejabat Arissa.

Daun pintu diketuk sebelum dibuka. Kerusi yang berada di hadapan Arissa diduduki oleh Alin. Wajah Arissa yang sedang khusyuk menatap skrin laptop dipandang oleh Alin.

"Kau okay tak ?" Soal Alin.

"Okay." Singkat jawapan dari Arissa.

"Bohong aku ke ? Aku kenal kau dah bertahun bukan semalam." Ujar Alin.

Arissa memandang wajah Alin. Laptop yang terpasang diabaikan. Kini, fokusnya hanya pada Alin.

"Tadi tu, mamat mana ? Tak pernah nampak pun aku." Soal Arissa.

"Jiran sebelah cafe kita ni. Kita ada jiran baru. Studio photographer." Jelas Alin

Arissa tidak membalas. Tidak angguk tidak banyak tanya. Fokusnya kembali ke skrin laptop.

"2 minggu cuti, kau balik kampung ke Ris ?" Soal Alin

"Haah. Tapi kau tahu jelah mak aku tu. Setiap kali aku balik kampung setiap kali tu lah dia ajak sembang pasal Emma. Stress aku." Luah Arissa.

Alin seperti sudah dapat menjangka itu lah luahan Arissa. Lantas, bibir dia melakar senyum.

"Mak kau taknak kau putuskan tali persaudaraan."

Arissa memandang Alin.

"Jawapan kau ni tak pernah berubah dari 2 tahun lepas kau tahu ? Cuba bagi aku jawapan yang elok sikit."

"Jawapan elok ? Kalau aku bagi jawapan yang elok, kemungkinan kau menangis."

Arissa menjeling. Menangis ? Untuk apa aku menangis kerana Emma ? Salah aku ke semua ni ? Tak ! Aku tak salah ! Yang salah dia orang.

"Dah lama ke jiran kita tu pindah masuk ?" Soal Arissa bagi menukar topik.

"Selama kau tak datang, selama tu jugalah dia orang pindah sini."

Arissa tidak membalas.

"Ada siapa-siapa cari aku ke ?" Soal Arissa.

"Ada. Tapi aku rasa kau tak nak tahu kut."

Arissa memandang Alin dengan wajah selamba. Arissa sebenarnya sudah tahu siapa sebenarnya yang Alin maksudkan tetapi dia sengaja ingin tahu lagi.

"Ashraf. Macam biasa." Jawab Alin

"Dia tu tak malu ke ? Dah buat macam-macam dekat aku, lepas tu tayang muka longkang dia dekat sini."

"Longkang mana pernah ada rasa malu. Tayang kekotoran dia dekat semua orang. Dah lah Ris, makin kau fikir pasal Emma dan Ashraf tu, makin serabut kepala otak kau."

_____

"Serius bro ! Boss Alin tu muka dia sombong gila." Ujar Naz dengan suara yang mencecah satu oktaf berserta mimik muka.

Zafir memandang Naz tidak berkelip. Tidak tahu apa yang perlu dia tanya soal ke-sombongan perempuan yang diceritakan oleh Naz.

"Siapa nama boss Alin tu ?" Soal Zafir

"Nur Arissa." Jawab Naz.

Zafir mengangukkan kepala. Di hatinya dia memuji nama Nur Arissa tersebut.

"Mesti dia lawa kan ?" Soal Zafir lagi

Naz menayang wajah aneh. Setahunya tadi, dia berborak tentang betapa sombongnya Nur Arissa, tidak ada pula dia borak tentang betapa lawanya Nur Arissa.

Tapi Zafir ? Haik.. pelik..

"Not bad lah." Jawab Naz

Zafir senyum. Tangan nya lincah mengelap kanta kamera nya.

"Malam ni.. kau lepak cafe Alin lagi ?" Soal Zafir

"Haah. Aku dah cakap dengan Alin tadi."

"Aku follow kau lah."

Naz tersentak. Berkerut dahi dia memandang Zafir.

"Tiba-tiba kenapa ?" Soal Naz

"Aku nak tengok juga betapa-sombongnya boss Alin tu." Zafir senyum ke arah Naz hingga menampakkan lesung pipitnya.

Benar, dia memang ingin lihat dengan mata dia sendiri adakah benar pujian hatinya itu ? Adakah benar nama Nur Arissa yang cantik itu secantik tuan empunya badan.

Namun di satu sudut hatinya, ada suara yang sedang berharap...

Mungkin.. dia perempuan yang aku perlu berterima kasih...

CINTA LAST MINUTEWhere stories live. Discover now