Part 21

3K 94 2
                                    

Wajah Naz sudah berkerut. Wajah celaru Zafir, dipandang lama oleh Naz. Pesaing ? Siapa pesaing yang dimaksudkan ? Pakar merampas kebahagiaan ?

"Serius bro, aku tak dapat nak agak siapa pesaing kau tu."

Zafir mengeluh. Dia kemudian nya berjalan menuju ke arah meja kerjanya. Penuh dengan album-album berkulit hitam dan pelbagai jenis fail.

Langkah Zafir tidak di ikuti oleh Naz. Naz duduk di sofa dan menanti jawapan Zafir.

"Zaimil Hadi." Jawab Zafir

"Dia pesaing kau ?"

"Dah tu siapa lagi ? Engkau ? Sebelum kau nak fight dengan aku, make sure you're better than me."

Naz mencebik. Dia bangun dari duduknya dan duduk di hadapan Zafir. Album yang terletak ditepi, diselak sehelai demi sehelai.

Kebanyakkan nya semua gambar candid. Inilah Zafir. Terlalu gemar menangkap gambar dengan style candid.

"Back to our topic... kenapa kau cakap si Mil tu pesaing kau ? Kau ada jumpa dia ke ? Dia ada cakap apa-apa dengan kau ke ?"

Zafir memandang Naz. Mengalah makcik bawang ! Bermacam soalan dia tanya. Padu je menyerang..

"Kau ada Instagram ?" Soal Zafir tiba-tiba. Laju saja kepala Naz mengangguk.

"So mean, kau pun ada follow artis ?" Sekali lagi, laju Naz mengangguk.

"Kau netizen ?"

"Eee... choii !! Kau ingat aku ni apa ? Pakcik bawang ke ?"

"Adalah sikit."

Naz menjeling. Helaian album diselak kasar sehinggalah matanya memandang ke arah sebuah gambar seorang wanita yang sedang mencuba pelbagai jenis topi.

Aku macam kenal perempuan ni.. kenapa muka dia macam.. takkan... ?

Album diangkat lalu ditunjukkan ke Zafir. Zafir memandang ke arah gambar yang ditunjuk. Tiada senyuman meniti di bibirnya. Tidak seperti selalu apabila dia lihat gambar itu.

"Arissa ke ?" Soal Naz.

"Iya. Arissa. Kenapa ?" Soal Zafir acuh tak acuh.

Naz menurunkan album. Wajah Zafir dipandang.

"Ada masalah cerita bro. Jangan nak makan sorang. Aku kawan dengan kau bukan baru 5 minit. Tapi dah lebih 5 tahun." Ujar Naz. Zafir hanya senyum nipis.

"Tak ada apalah bro. Aku okay, cuma..."

Zafir mengeluh. Laptop ditutup.

"...aku tak faham kenapa kebahagiaan aku juga yang perlu dia rampas."

Naz tersentak. Rupanya, hal Zaimil masih belum ditutup.

"Attention seeker"

"Tapi masalahnya, perhatian yang dia nak tu perhatian dari parents aku. Sekarang apa ? Dia nak attention dari Arissa juga ?"

Album ditutup. Naz menyandarkan badan ke belakang. Tangan disilangkan.

"Are you jealous Zaf ?"

"No ! I'm not. I'm just.... nothing-lah weh."

Zafir mengeluh lagi. Badan disandarkan ke belakang. Mata dipejam rapat, serentak itu dia bermain dengan rambutnya.

"Macam ni lah bro..."

Naz membetulkan duduknya serentak itu, Zafir membuka kelopak matanya dan memandang ke arah Naz.

CINTA LAST MINUTEWhere stories live. Discover now