"Kau tak boleh macam ni Ris, kau kena dengar penjelasan dari Zafir. Kau tak boleh nak terus letak macam macam andaian dekat dia."
Arissa masih menangis. Matanya sudah penat tetapi hatinya masih sakit. Air mata yang terus menerus jatuh bagaikan titisan hujan yang tidak berhenti.
"Kau tak boleh nak salahkan Syifa juga. Itu bukan salah dia. Dia pun tak minta semua perkara tu berlaku dekat dia."
Arissa menyeka air mata. Dia memandang wajah Alin. Hatinya semakin sakit.
"Sekarang kau nak kata, aku lah yang salah?! Macam tu? Kau nak kata yang aku sepatutnya redha dengan semua. Aku kena lepaskan Zafir balik semula dekat Syifa. Macam tu?"
Alin tersentak. Dia memandang wajah Arissa lama. Entah kenapa dirinya seperti terasa hati dengan sikap Arissa. Mungkin kerana percakapan Arissa.
Arissa bangun dari duduknya. Dia berdiri tegak di hadapan Alin. Dengan wajah yang semakin pucat, mata yang semakin sembab Arissa menutur bicara.
"Jangan cari aku. Bagitahu semua orang jangan cari aku. Aku tak perlukan sesiapa pun."
Alin tergamam. Dia berdiri di hadapan Arissa. Bahu Arissa dipegang olehnya.
"Ris... Kau jangan macam ni. Kau ada aku, apa apa cerita dekat aku. Jangan larikan diri macam ni. Aku ada untuk kau."
Arissa tidak makan pujuk. Serentak itu kakinya melangkah keluar dari rumah Alin. Alin hanya memandang susuk tubuh Arissa yang sedang berjalan keluar. Alin mengetap bibir. Di dalam hati dia tidak berhenti berdoa keselamatan Arissa.
Figura Arissa semakin hilang dari pandangan mata. Telefon yang berada di atas meja di ambil olehnya, jarinya lincah menaip sesuatu.
Maafkan aku Arissa.... Aku terpaksa...
"Hello, Zafir!"
_________
Zafir melangkah masuk ke dalam rumah. Matanya melilau mencari seseorang. Kakinya kini melangkah ke arah anak tangga. Satu demi satu anak tangga di daki.
Selang beberapa minit, Syifa dan Datin Dr. Suhana pula masuk ke dalam rumah. Datin Dr. Suhana diam tidak bercakap. Dirinya serba salah dengan menantu nya sendiri. Kerana ingin tahu hal yang sebenar, langsung dia tidak peduli perasaan menantunya..
Syifa yang menyedari perubahan riak wajah Datin Dr. Suhana, dirinya pula dipukul serba salah.
"Mama.. Syifa minta maaf. Disebabkan Syifa keadaan semua jadi rumit." luah Syifa. Datin Dr. Suhana diam lagi.
Baru sahaja Syifa ingin bicara lagi, mereka berdua terdengar suara orang sedang bergaduh. Dengan langkah yang pantas, mereka mendaki anak tangga. Syifa memandang ke arah bilik Zaimil. Dia menolak daun pintu.
"Ya Allah !! Sudah !! Jangan bergaduh lagi." suara Datin Dr. Suhana memenuhi segenap ruang bilik itu. Syifa memandang ke arah Zafir yang sudah berdarah bibir, Zaimil pula hanya lebam di bahagian tepi bibir.
"Syifa ni bukan bini kau lah !!" jerkah Zaimil. Zafir memandang ke arah Zaimil. Datin Dr. Suhana sudah berada di sisi Zaimil. Tangannya erat memaut lengan anak nya itu.
"Bini kau Arissa, bukan Syifa. Kalau kau tak mampu jaga Arissa. Bagi dekat aku. Kau hiduplah dengan Syifa kau ni." Zaimil bersuara lagi.
Mata Syifa memandang ke arah Zafir. Air matanya drastik mengalir.
"Sudahlah.. Jangan bergaduh lagi.. Zafir, mama minta maaf.. Semua ni salah mama..." Datin Dr. Suhana merintih. Zafir memandang ke arah mama nya itu.
"Jangan pernah kau berani usik Arissa. Kau jangan ingat aku tak tergamak buat perkara lebih teruk."
Zafir terus berlalu keluar. Dia tinggalkan mereka yang lain di situ. Datin Dr. Suhana sudah mengalir air mata.
Ya Allah... Dugaan apakah kau beri pada aku ni... Cekalkan hati ku...
Syifa mengetap bibir. Dia memandang wajah Zaimil sekilas. Kakinya terus melangkah mengejar jejak Zafir. Setiba di ruang tamu Syifa menjerit memanggil nama Zafir. Zafir termati langkah. Dia memandang ke arah Syifa yang sedang menuju ke arahnya.
"Awak nak apa? Awak nak cerita apa pula kat saya?" soal Zafir. Syifa masih membatukan diri.
"Awak jangan fikir saya bergaduh dengan Zaimil tadi disebabkan awak. Langsung bukan sebab awak. Tapi sebab rasa marah saya dekat dia. Awak jangan sekali pun terfikir yang saya masih cintakan awak."
Syifa tersentak. Dia memandang ke arah mata Zafir. Air matanya menitis lagi. Kenapa? Sebab aku dah tak suci? Sebab itu?
"Dalam hati awak, sikit pun tak ada rasa sayang untuk saya ke Zaf? Saya masih sayangkan awak." ujar Syifa.
Zafir memandang ke arah lain. Dia menghela nafas panjang. Matanya memandang kembali wajah Syifa.
"Atau sebab awak dah tahu yang saya tak suci, awak jadi jijik dengan saya? Saya sendiri tak nak perkara tu berlaku dekat saya."
Zafir meraupkan wajahnya. Kusut! Rimas!
"Saya tak boleh terima awak bukan sebab awak tak suci atau apa sekali pun. Tapi sebab, hati saya dah dipenuhi dengan Nur Arissa. Saya dah berhenti sayangkan awak."
Syifa menangis lagi. Sia sia sahaja selama ini aku tunggu kau, sia sia sahaja selama ini aku cintakan kau. Dengan mudah kau buang aku...
"Saya bodoh ke Zaf sebab sayangkan awak?" suara Syifa semakin serak. Zafir memandang wajah Syifa. Terbit rasa serba salah dan kasihan. Dengan perlahan tangan nya memegang bahu Syifa.
"Tak, awak tak bodoh sebab sayangkan saya. Tapi saya yang bodoh sebab saya lepaskan awak dulu tapi benda tu dah berlalu lepas. Saya dah berkahwin dan saya hanya perlukan Nur Arissa bukan Syifa. Saya minta maaf."
Zafir terus berlalu pergi. Syifa masih berdiri di situ dan menangis. Zafir masuk ke dalam perut kereta, sekarang apa yang perlu dia fokuskan hanya lah tentang Arissa.
Keretanya meluncur laju di atas jalan raya. Diri nya sendiri tidak tahu ke mana Arissa menghilangkan diri.
Abah? Takkan aku nak call abah? Kalau dia tanya mana Arissa, aku nak jawab apa? Ya Allah.... Bantu lah aku...
Deringan telefon mematikan khayalan nya. Pasti! Pasti Arissa call, ya Allah.. Terima kasih...
Dia terus mengangkat panggilan tanpa melihat nama yang terpapar di skrin.
"Arissa? Arissa awak kat mana? Saya risau. Saya minta maaf... "
"Baru sekarang kau nak minta maaf kat bini kau?"
Zafir tersentak. Ini suara... Ini suara Mak... Ya Allah...
"Assalammualaikum.. Mak... " suara Zafir berubah perlahan.
Puan Hajah Humairah diam. Tidak menjawab salamnya.
"Apa kau dah buat dekat Arissa? Kau memang lelaki tak guna kan? Haa sebab ini lah aku tak pernah setuju bila Arissa nak kahwin dengan kau."
Zafir mengetap bibir. Pedih hatinya... Tapi ada benar nyaa.. Dirinya sering kali menyakiti Arissa...
"Mak, semua tu cuma satu salah faham. Zafir betul betul ikhlas sayangkan Arissa. Arissa ada dengan mak ke? Zafir ke sana sekarang ya? Bagi Zafir jelaskan semuanya.. "
"Tak payah! Aku tak benarkan kau jumpa Arissa. Kau duduk sana diam diam, jangan datang sini."
Talian di matikan. Zafir tersentak. Fikiran nya semakin buntu, tidak tahu apa yang perlu dilakukan olehnya.. Ya Allah... Kau bantu lah aku... Kau selamatkan rumah tangga kami .

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA LAST MINUTE
RomantikAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.