Part 14

3.1K 143 0
                                    

Tubuh Arissa yang terbaring di atas katil dipandang lama oleh Zafir. Raut wajah Arissa dipandang lebih tajam.

  Segenap ruang wajah Arissa diperhatikan. Hatinya memuji kecantikan wanita itu. Lamunan Zafir mati apabila daun pintu dibuka oleh seseorang. Zafir meneloh sekilas dan senyum.

"Arissa macam mana Fir ? Okay ?" Soal Mak Long.

"Macam ni aje lah. Tidur aje?" Jawab Zafir.

  Mak Long hanya senyum.

"Macam mana boleh demam ?" Soal Mak Long.

"Petang semalam, Arissa jatuh masuk kolam. Dia lemas, Fir yang salah sebab lambat nak selamatkan dia. Fir ingatkan dia saja je main-main. Tak tahu pula dia lemas betul."

  Mak Long menggelengkan kepala. Bahu anak buahnya itu dipegang.

"Ada perkara yang kita perlu ambil serius Fir. Tak semua perkara kita boleh buat main."

  Zafir mengeluh. Dia meraupkan wajahnya.

"Fir tahu salah Fir."

"Tak apalah. Asalkan Arissa selamat."

  Zafir senyum nipis. Matanya memandang wajah Arissa semula. Tenang. Perkataan yang mudah dituturkan apabila merenung wajah Arissa.

______

  2 hari sudah berlalu. Maka, genaplah seminggu mereka bercuti di Port Dickson. Demam Arissa semakin pulih. Selera makan nya sudah kembali. Manusia yang paling suka melihat kesihatan Arissa sudah beransur pulih ialah Zafir.

"Hari ni kita check out." Ujar Zafir serentak itu menyuap roti bakar ke dalam mulutnya sebagai pembuka sarapan paginya.

  Arissa hanya mengangguk.

"Aku ada nak bawa kau pergi satu tempat lagi."

  Arissa berkerut dahi. Mana lagi dia nak culik aku ni ? Takkan ke pantai lagi ?

"Ke mana ?" Soal Arissa.

"Tempat terlakarnya sejarah."

  Arissa tidak mengerti. Sejarah ? Sejarah apa ? Takkan sejarah aku dan dia ? Eh kejap ! Sejak bila aku ada sejarah dengan dia ?

  Amboi Ris.. kau lupa ke sejarah dua tahun lepas ? Eh tapi takkan nak bawak aku balik Penang ? Gila ?!

"Sejarah apa ?" Soal Arissa lagi.

"Sejarah mungkin berulang.."

  Zafir berseloroh. Lirik lagu dari kumpulan NewBoyz dinyanyi olehnya. Arissa menjeling. Zafir terkekeh gelak.

"Aku serius tau Zaf ! Jangan lah main-main !"

"Ala dia ni. Sejak dah sihat ni, garang macam singa."

"Untung singa. Kalau harimau ? Memang dah lama aku 'ngap' kau."

"Sebelum kau 'ngap' aku, aku 'ngap' kau dulu."

  Arissa menjeling lagi. Zafir tersenyum.

"Sarapanlah cepat. Lepas sarapan, kita terus check out." Arah Zafir. Arissa hanya mengangukkan kepala.

_________

"Miss Arissa !! Welcome to Malacca !!"

Arissa mencubit perut Zafir yang berdiri di hadapan nya. Zafir mengaduh kesakitan.

"Duduk lah ! Nak jatuh masuk sungai ke ?"

  Zafir menayang sengih. Dia kemudian nya duduk di sisi Arissa.

"Kalau jatuh dalam hati kau boleh tak ?"

"Tak boleh !! Eee kau jangan mengada boleh tak ?"

"Ala.. yela.. nak mengada pun tak boleh."

  Arissa tidak layan. Mata nya memandang ke arah kiri dan kanan bangunan-bangunan yang dilukis dindingnya. Sungguh kreatif !

"Lepas ni nak pergi mana ?" Soal Zafir.

"Em... kita pergi Jonker Walk. Nak ?"

"Boleh je."

  Arissa senyum. 15 minit mereka menaiki cruise. Akhirnya mereka kini kembali ke darat. Arissa dan Zafir berjalan kaki beriringan.

  Cuaca yang sedikit panas, membuatkan Arissa sedikit rimas.

"Panas ke ?"

  Arissa mengangguk. Zafir kemudiannya menarik tangan Arissa ke arah sebuah gerai kecil yang menjual pelbagai jenis topi.

  Satu per satu jenis topi Zafir cuba pakaikan di kepala Arissa. Ada yang jadi bahan gelak Zafir, ada yang jadi bahan gelak oleh Arissa sendiri.

  Akhirnya, Arissa memilih topi berwarna pink cair. Zafir senyum tanda setuju. Setelah itu, mereka meneruskan lagi perjalanan ke Jonker Walk.

  Setiba di Jonker Walk. Mereka berdua menikmati kesedapan air kelapa yang ada jual di situ. Kebanyakkan gerai-gerai makanan penjualnya adalah orang cina.

"Arissa. Kau berdiri situ je tau."

"Ee Zaf. Orang lalu-lalang lah."

"Takpe. Acah candid sikit. Cepat !!"

Arissa merungut. Akhirnya dia ikutkan saja. Kamera Canon yang tergantung dileher Zafir, didekatkan di matanya. Fokus dicari, kemudian

Klik !

Klik !

"Okay dah ! Cantik !"

  Arissa berjalan menuju ke arah Zafir. Gambar yang diambil oleh Zafir dilihat olehnya. Sungguh ! Cantik

"Lawanya kau. Pandai kau cari angle kan ?"

"Ini Zafir lah."

"Kau jadi photographer aku lah harini."

"Boleh je tak ada hal. Satu gambar 50 ringgit."

  Terus lengan Zafir ditumbuk. Zafir tergelak puas.

"Gurau je."

  Arissa terus berjalan. Zafir pula menangkap gambar Arissa secara sembunyi. Apabila wanita itu sedang makan, diambil gambarnya.
Apabila Arissa sedang berbual dengan penjual gerai, diambil lagi gambarnya.

"Zaf ! Cepat ambil gambar aku."

  Zaf memandang ke arah Arissa yang memakai spec mata hitam bersama di tangan nya memegang beg yang diperbuat daripada buluh rotan.

  Lantas..

Klik !

   Arissa senyum. Mata mereka memandang antara satu sama lain. Bagaikan sedang berbicara, tetapi hati sedang menidakkan sesuatu...

CINTA LAST MINUTEWhere stories live. Discover now