Arissa dan Zafir duduk memeluk lutut di atas pasir pantai. Ketenangan dan kedamaian petang, menyejukkan hati mereka. Kanak-kanak yang sedang seronok bermain layang-layang dipandang asyik oleh Arissa.
Pantai Klebang adalah lokasi terakhir mereka sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Zafir memandang wajah Arissa dari tepi. Hatinya tenang. Setenang suasana petang itu.
Seminggu dia habiskan masa bersama Arissa. Banyak tentang Arissa yang dalam diam telah berjaya membuatkan hatinya tertarik. Dan, ada dua perkara yang tidak pernah Zafir lihat selama dia berkenalan dengan Arissa, tetapi dia berkesempatan melihat.
Iaitu senyuman Arissa. Dari hari pertama kenal, pertemuan dua tahun lepas, sehinggalah mereka mencetuskan peperangan. Tidak pernah walau sesaat, kornea mata Zafir memandang senyuman Arissa.
Zafir mencuit bahu Arissa. Arissa berpaling dan memandang wajah Zafir dengan senyuman.
"Aku ada permintaan terakhir sebelum kita balik KL." Ujar Zafir.
"Apa ?" Soal Arissa. Tudung yang ditiup angin, dibetulkan olehnya.
"Aku nak senyuman kau."
Arissa tersentak. Pandangan mata nya dilarikan memandang keluasan pantai. Permintaan Zafir tidak berat untuk dilakukan, tetapi permintaan Zafir umpama arahan untuk dirinya.
Arahan untuk berubah menjadi Arissa seperti dulu. Arissa yang periang. Arissa yang manis dengan senyuman.
"Aku tahu Ris, perubahan kau ni terjadi disebabkan luka kau dua tahun lepas. Tapi Ris, percayalah selepas hujan hadirnya pelangi."
Arissa memandang wajah Zafir. Kepala diletakkan di kepala lututnya.
"Dan.. tolong lah anggap aku 'pelangi' yang hadir selepas 'hujan' yang membasahi pipi kau sejak dua tahun lepas."
Arissa tersentak. Mata dipejamkan. Anggap engkau sebagai pelangi yang hadir selepas terlukanya hati aku ?
Apa kau cuba sampaikan Zaf ? Kau pinta aku terima kau untuk masuk dalam hidup aku atau kau sedang pinta aku untuk jadi seperti dulu ?
Perlahan-lahan Arissa membuka kelopak matanya. Wajah Zafir masih berada di hadapannya.
"Aku tak setabah ombak yang mampu menghilangkan kesan tapak kaki di pasir, dan aku tak sekuat itu untuk melupakan luka lalu." Ujar Arissa perlahan.
Zafir menghela nafas.
"Aku akan buat kau bahagia. Itu janji aku."
Arissa duduk tegak memandang Zafir. Dahinya berkerut.
"Kenapa kau yang berjanji ? Kenapa kau ? Kenapa bukan dia ?!" Suara Arissa cecah satu oktaf.
"Siapa dia ?! Ashraf ?! Arissa.. please wake up !! Dia dah tak cintakan kau, dia tak perlukan kau."
Terluka. Kata-kata Zafir bagaikan pisau yang mencucuk hatinya. Arissa bangun dari duduknya, di ikuti oleh Zafir.
"Aku tanya kau, kenapa kau yang berjanji akan bahagiakan aku ? Kenapa kau ?" Soal Arissa perlahan namun nada nya menekan.
"Because, i love you Arissa." Ucap Zafir lembut. Matanya tertayang keikhlasan hatinya.
Arissa tersentak. Kakinya drastik mengundur setapak demi setapak. Namun, langkahnya mati apabila tangannya dipegang oleh Zafir.
"Aku jatuh cinta dengan senyuman kau, dengan perangai kau yang manja. Aku jatuh cinta dengan semua tu. Dan hati aku, nak lebih dari tu. Hati aku nak bahagiakan kau."
________
"Weh !! Kau pergi mana ?! Kau tahu tak betapa risaunya aku bila aku balik dari dinner, kau tak ada kat rumah. Lepastu berhari-hari hilang. Whatsapp aku kau bluetick je. Arissa ! Kau pergi mana ?"
Panjang lebar bebelan Alin. Arissa meletakkan beg bajunya di sisi sofa. Dia kemudian nya duduk bersandar di sofa. Kepala yang pening dipicit sendiri.
"Ris ! Aku tanya ni kan ? Jawablah... janganlah diam.." Rengek Alin.
"Can you zip your mouth for a while, please ?"
"Sorry babe."
Arissa memejamkan matanya. Terbayang wajah Zafir. Terniang-niang suara Zafir di gegendang telinga nya. Kenangan berputar ligat. Terus, kelopak mata dibuka.
Beg yang berada di sisi sofa diambil.
"Kau nak pergi mana ?" Soal Alin.
"Mandi. Tidur."
______
"Bro ! Lama gila kau hilang, pergi mana ? Kau tahu tak si Emma tu duk bising kat aku, mana Zaf, mana Zaf. Sudahnya apa ? Aku juga yang kena shoot gambar dia."
Zafir memekak kan telinga. Terus dia duduk di sofa dan memejamkan mata. Bayangan Arissa berlegar. Senyuman dan tawa Arissa meracau hatinya.
"Bro ! Aku tanya kau ni, kau pergi mana ?"
"Naz. Can you shut up ?"
Naz terdiam. Terus dia tidak menghiraukan Zafir. Telefon dikeluarkan, nama Alin dicari. Jarinya lincah menaip.
Ris dah balik ? Awak ada tanya dia, dia pergi mana tak ?
Send. Selang berapa minit, Naz menerima balasan dari Alin
Saya tanya, dia suruh saya diam. Dia balik tadi pun muka monyok je. Awak rasa dia pergi mana ?
Naz berkerut dahi. Arissa pun suruh Alin diam ? Sama je dengan Zaf ? Dia orang apa masalah ek
Saya rasa diaorang pergi holiday. And maybe diaorang bergaduh kot. Tu balik muka masam macam cencorot
Alin yang menerima balasan dari Naz, tergelak kecil. Dia menggelengkan kepalanya.
Tk baik tau. Dahlah saya nak tidur. Good night awak.
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.