"Arissa !!"
Arissa tidak berpaling. Dia membiarkan air hujan membasahi dirinya. Air mata masih tidak berhenti mengalir. Zafir berlari ke arah Arissa.
"Berambus !! Aku benci kau !!" Teriak Arissa.
Zafir buat tidak dengar dia. Dia menyangkung di hadapan Arissa. Wajah Arissa yang pucat dan mata merah dipandang lama olehnya.
"Kita balik Ris." Pujuk Zafir lembut.
"Aku benci kau lah ! Berambus !!"
Arissa memukul dada bidang Zafir. Walaupun sakit, tetapi dibiarkan saja oleh Zafir. Kerna, dia tahu dirinya salah. Salah kerana melupakan janji.
"Kenapa Zaf ? Kenapa buat aku macam ni ? Apa salah aku ?"
"Tak Arissa ! Kau tak ada salah. Aku yang salah. Aku lupa janji aku pada kau."
Arissa memandang wajah Zafir. Hujan semakin lebat.
"Sedangkan janji kau mampu lupa, agaknya suatu hari nanti, aku juga kau akan lupa. Aku benci kau Zaf ! Aku benci kau."
Dengan kudrat yang ada, Arissa bangun dan berdiri. Kakinya sudah melangkah pergi. Zafir mengejar.
"Tolong Arissa.. maafkan aku." Ujar Zafir.
"Aku benci kau !"
Zafir mengekori Arissa. Hujan semakin lebat membasahi bumi diselang seli dengan dentuman guruh. Arissa sudah mula kesejukkan. Kepalanya berdenyut pening. Arissa berhenti melangkah.
Zafir mula tidak sedap hati. Dia datang ke arah Arissa. Arissa memicit kepalanya.
"Okay tak ni ?" Soal Zafir penuh risau.
Arissa diam. Tidak membalas.
"Jom, pergi klinik." Ujar Zafir. Tangan nya memimpin Arissa, namun dengan sepantas kilat Arissa merentap.
Zafir mengeluh.
"Jangan degil. Tolong dengar cakap aku."
"Kau siapa aku kena dengar cakap kau ? Kau sendiri lupa janji kau dekat aku, sekarang nak arah aku pula ?"
Zafir diam. Entah kenapa, dia seperti mengalah, putus asa, penat dan bermacam lagi.
"Suka hati kau lah Ris. Aku dah penat."
Arisaa tersentak. Zafir berlalu dari situ. Arissa berharap Zafir akan berpaling ke arahnya semula. Namun, harapan nya layu. Zafir semakin jauh. Arissa semakin sayu.
Arissa berjalan perlahan dalam kesejukkan. Tubuh dipeluk sendiri bagi menghilangkan rasa sejuk, tetapi rasa sejuk tidak mampu dihilangkan.
Zafir berpaling memandang ke arah Arissa. Wajah Arissa yang semakin pucat itu mengusarkan hati kecilnya. Akhirnya, dia berpaling dan berjalan ke arah Arissa.
Langkah Arissa mati apabila dia menyedari Zafir berada di hadapan nya. Arissa memandang wajah Zafir.
"Jangan degil Ris, kita balik." Pujuk Zafir.
Arissa diam. Wajah Zafir dipandang lama. Zafir buntu. Arissa melangkah setapak ke arah Zafir.
"Se..juk." ujar Arissa dengan mengigil. Zafir memeluk bahu Arissa. Mereka berdua kemudian nya berjalan dalam hujan. Arissa melentokkan kepala di bahu Zafir.
"Arissa. Maafkan aku. Maafkan aku sebab mudah lupakan janji." Ujar Zafir perlahan. Arissa semakin lelah.
"A..ku tak.. ta..han.." ujar Arissa dengan mengigil kesejukan.
ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.
