2 minggu selepas mereka pulang dari Port Dickson, keluarga Zafir datang ke rumah keluarga Arissa dan menyatakan hasrat anak sulungnya. Lamaran dari keluarga Zafir diterima baik oleh keluarga Arissa.
Pertunangan mereka hanya selama 5 bulan. Mereka tidak mahu menempuhi dugaan bertunang begitu lama. Selama berbulan-bulan kedua belah keluarga itu terlalu sibuk begitu juga dengan Arissa dan Zafir. Sampaikan tiada masa di tempat kerja, ada saja perkara yang perlu diselesaikan.
Dalam kita berbahagia menipu jika tiada yang iri hati atau tidak suka. Jelas terpancar betapa bencinya Emma apabila ibunya mengatakan bahawa Arissa akan berkahwin tidak lama lagi.
Syifa ? Dia bersedih, menyesal kerana meninggalkan orang sebaik Zafir hanya kerana ayat manis dari seseorang yang akhirnya meninggalkan nya juga. Tetapi, Syifa tahu dia tidak layak untuk ada perasaan dendam atau benci terhadap Arissa. Dia sedar, Arissa telah berjaya mencuri hati Zafir dengan mudah.
Lain pula dengan Zaimil. Entah kenapa dia rasa seperti Tuhan sedang tidak berlaku adil. Dia merasakan dia lah anak yang paling mendengar kata, ikutkan saja kehendak papa nya, belajar itu belajar ini tetapi dalam soal jodoh, dia merasakan dia tidak seuntung abang nya itu. Jarak mereka berdua hanya terpisah 2 tahun, disebabkan itulah Zaimil kadang tidak melayan Zafir seperti abang.
Apa yang pasti, hatinya mahukan Arissa.. itu yang dia rasakan kini..
Alin dan Naz ? Hubungan mereka sedang diperbaiki. Tidak lama lagi, giliran mereka berdua pula. Alin dan Naz adalah pasangan yang terlalu complicated. Kadang perbalahan mereka berdua hanya disebabkan hal yang sekecil zarah. Tetapi, mungkin kerana Alin pernah terluka mendalam sehingga dia mudah terasa hati dengan perkara yang kecil.
Bagi Alin mudah, jika ada salah terus minta maaf. Tetapi bagi Naz, egonya dipertahankan. Dia tidak akan meminta maaf sehingga lah dia lihat air mata Alin menitis. Di dalam sudut hati Naz, dia memang sayangkan Alin, terlalu sayang. Sangat-sangat sayang, tetapi kadang ego nya yang merumitkan hubungan mereka berdua.
Puan Hajah Humairah ? Sebal kerana lamaran dari Ashraf dia terpaksa tolak lagi sekali dek kerana ada orang lain yang sudah meminang Arissa. Kadang, Tuan Haji Ahmad pelik apa yang isterinya nampak yang ada di Ashraf sehinggakan beria ingin Arissa bernikah dengan Ashraf. Bukan dia membenci Ashraf tetapi dia benci dengan perbuatan Ashraf dulu.
Arissa bersyukur kerana dipertemukan dengan Zafir, walaupun tika itu pertemuan mereka tidak seindah cerita dongeng, dan Arissa berterima kasih kerana Zafir dia dapat menyelamatkan dirinya dari ditipu hidup-hidup. Bagi Arissa, asalkan kini dia bahagia, tidak ada sebab untuk dia kenang kisah lalu. Ya, kisah lalu yang sangat-sangat memberi kesan terhadap dirinya.
Kisah apa ? Kisah dimana Emma dan Asyraf melakukan perkara terkutuk, hubungan sulit yang disorok mereka berdua akhirnya terbongkar begitu sahaja. Ada sebab mengapa Allah temukan Arissa dengan Zafir tika itu, bukan untuk membebani dirinya rupanya untuk membuat Arissa nampak belang sebenar yang selama ini disembunyi.
"Arissa."
Bahu Arissa dicuit. Arissa memaling kebelakang. Wajah manusia yang sentiasa berada di fikiran nya kini berada di hadapan matanya. Arissa memberi senyuman semanis madu.
"Dah lama ke awak tunggu saya ?"
Arissa hanya menggeleng. Walaupun sebenarnya memang sudah lama, hampir 15 minit, tetapi Arissa sengaja menggelengkan kepala. Arissa faham akan kerja dan tanggungjawab Zafir. Nampak mudah tetapi tidak.
"Maaf tau awak, hari ni saya busy sangat."
"Iya Zaf, tak apa. Awak pergi siapkan dulu kerja awak tu. Saya tak ganggu. Saya duduk sini je."

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA LAST MINUTE
RomantizmAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.