Alin duduk di hadapan Arissa. Arissa memandang wajah Alin sekilas lalu matanya kembali fokus di laptop.
"Pelik kau ni Ris. Setahu aku, sejak berkahwin. Kau memang jarang weekand datang kafe. Hari ni kau datang. Kau gaduh dengan laki kau ke?"
Arissa menggelengkan kepala. Jarinya lincah menaip.
"Bertambah pelik, bila kau tak buat kerja dekat office kau. Kenapa buat kerja kat sini? Boleh fokus ke Ris?"
Arissa tidak membalas lagi. Alin semakin pelik. Ice latte disedut perlahan.
"Arissa. Kau okay ke tak ni?"
Arissa diam lagi. Fokusnya hanya dia laptop.
"Tak adalah. Minggu lepas, kau datang kafe dengan muka masam. Lepastu ada staff dengar kau nangis kat office, then laki kau pula datang, cari kau. Ni harini, kau datang sini lagi. Kejap lagi, laki kau datang cari kau lagi." Alin membebel.
Arissa memandang wajah Alin.
"Ya cik Nurzatul Azlin. Apa yang kau membebel?" soal Arissa.
"Kau tu. Okay ke tidak? Jarang tau weekand kau datang kafe. Kenapa? Kau nak spotcheck staff kita eh?"
"Taklah. Mana ada. Aku bosan duduk rumah sorang-sorang. Aku datang lah kafe."
"Eh laki kau pergi mana? Setahu aku, Naz takde pula dia cakap harini dia dengan Zafir kena buat photoshoot outdoor lagi."
Arissa melepaskan keluhan. Strawberry pudding kegemaran nya, disedut perlahan.
"Haah. Dia takde shooting apa pun harini. Dia balik rumah parent dia."
"Kau tak ikut?"
Arissa menayang sengih dan menggelengkan kepala.
"Ishh kau ni! Nanti apa pula mak mertua kau cakap. Menantu tak jenguk mertua. Kau ni Ris.. Tak baik macam tu.."
Arissa hanya menayang sengih. Biarlah orang taktahu apa sebenarnya jadi daripada orang tahu bukan nya boleh selesaikan apa apa hmm..
"Hari tu, kau pergi jumpa parents Naz ke? So, macam mana? Okay?"
Alin mengaru kepala yang tidak gatal.
"So far okaylah. Biasalah kan. Mula mula kenal, mestilah hipokrit sikit kan? Mak ayah dia okay dengan aku. Adik adik dia pun okay. Cuma itulah, awkward tu mesti lah ada kan?"
Arissa mula teringat saat pertama kali Zafir ketemukan dia dengan ibu mertuanya itu. Sama seperti Alin, kekok. Tapi pertemuan Alin, pertemuan yang sempurna.
Tak macam aku.. Jumpa mama dulu, tiba tiba Zaimil yg rawat aku, abang dia. Kawan abah rupanya papa Zafir. Syifa pula menantu-to be.
"Baguslah kalau okay semua. At least Lin, kau kenal semua ahli keluarga dia dalam satu masa. Aku? Jumpa sorang demi sorang."
Alin tersentak.
"Kau betul ke okay ni Ris? Kau hide something kan dari aku? Sebelum ni, kau takpernah pun cakap macam ni."
Arissa melepaskan keluhan.
"Aku taktahu lah Lin. Susah aku nak explain benda ni."
"Ris, apa pun masalah yang kau tengah lalui sekarang ni. Jangan give up. Mungkin ini dugaan rumahtangga kau dengan Zafir. Selagi boleh settle elok elok, settle kan lah. Jangan buat keputusan time marah atau sedih."
Arissa memandang wajah Alin lama.
"Lin, kau yakin ke yang mak Naz akan layan kau sama macam sekarang ni?" soal Arissa.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.