Arissa menolak troli masuk ke bahagian makanan frozen. Alin yang sedang memilih ayam dan makanan laut dipandang oleh Arissa.
"Ris."
Arissa memandang ke arah suara yang menegur namanya. Serta merta rasa sakit hatinya menumbuk-numbuk tangkai hatinya.
Frozen food yang diambil nya tadi dicampak kasar ke dalam troli. Arissa menjeling. Terus dia menolak troli meninggalkan figura yang menegurnya tadi.
Namun langkahnya mati apabila lengan nya dipaut. Arissa merentap meminta dilepaskan.
"Jangan pegang aku. Aku jijik." Ujar Arissa dengan nada geram.
Ashraf beralah. Tangan di naik ke atas tanda mengalah.
"Awak terima lamaran saya ?" Soal Ashraf. Arissa tergelak sinis.
"Aku ? Terima lamaran kau ? Kau gila atau kau baru keluar dari hospital sakit gila ?"
Ashraf diam. Wajah Arissa yang nyata tertayang bengis itu dipandang lama oleh Ashraf.
"Saya masih sayangkan awak. Saya minta maaf. Tolong Ris.. terima saya semula"
"Dan aku masih bencikan kau. Sudahlah Ashraf, aku tak nak ada kaitan dengan kau lagi. Jadi, jangan pernah muncul depan aku."
Ashraf mendengus geram. Diraup wajahnya berulang kali. Pandangan tajamnya menikam mata Arissa. Arissa menjeling, terus kakinya melangkah meninggalkan Ashraf sekali lagi.
Laju saja Arissa menolak troli meninggalkan Ashraf hingga dia lupa tentang Alin. Arissa masuk ke bahagian makanan ringan, sekali lagi..
Langkah nya mati. Lengan nya dipaut kuat. Arissa meronta minta dilepaskan namun dia tidak berdaya.
"Jangan paksa saya Ris. Awak tahu saya sayang awak. Tolong Ris."
"Sakit lah.. lepaskan aku.." Arissa meronta.
"Saya sayang awak.. sayang sangat-sangat."
Lengan Arissa dilepaskan. Tangan Ashraf naik memegang kedua pipinya. Arissa mendengus kasar, dijatuhkan tangan Ashraf.
"Aku BENCI kau. Kau dah lukakan hati aku lebih dari aku jangka. Bagi aku, kau dah tak wujud." Ujar Arissa
Ashraf menahan geram.
"Kau lebih teruk dari binatang Ashraf ! Aku benci kau !! Kau tak guna !!."
"Arissa !!"
Tangan Ashraf melayang ke atas sedia untuk menampar Arissa. Arissa tersentak, dipejamkan matanya rapat. Lama..
Tapi.. tiada rasa sakit. Perlahan-lahan Arissa membuka mata. Terkejut kepalang apabila satu figura lain sedang menahan tangan Ashraf. Arissa terkedu.
"Jangan kacau Arissa lagi." Ujar Zafir. Serentak itu tangan nya melepaskan cengkaman Ashraf.
Ashraf gelak mengejek. Wajah Arissa dipandang sinis.
"Sebab ni kau benci aku ? Sebab kau dah jumpa pengganti aku ? Kau dah jumpa yang 'sedap' ?" Soal Ashraf mengundang rasa sakit hati dan malu dibenak Arissa.
"Watch your mouth Ashraf !" Ujar Arissa.
Ashraf gelak. Matanya kini memandang wajah Zafir pula. Bahu Zafir disapu seperti konon nya ada habuk di atas bahu Zafir itu.
"Arissa milik aku. Dari atas sampai bawah milik aku. Kau ? Kau siapa ?" Soal Ashraf sinis.
Zafir senyum sinis. Wajah Arissa sudah berbahang. Malu.. malu teramat...
"Aku ? Aku suami dia.. kenapa ? Kau ada masalah dengan status aku ni ? Kalau dari atas sampai bawah milik kau, dia kepunyaan aku. Hak aku ! Faham ?!"
Ashraf tersentak. Terus dia berlalu meninggalkan Arissa dan Zafir. Arissa memandang wajah Zafir yang bersahaja itu. Air matanya menitis..
Zafir tersentak. Aku.. aku salah cakap ke ? Aku buat salah ke ?
"Berani korang mainkan maruah aku ?! Kau bercakap macam kau dah pernah 'jamah' aku. Kau nak tahu betapa malunya aku ?! Aku benci kau ! Benci !!."
Zafir terdiam. Setapak demi setapak dia mendekati Arissa.
"Aku.. aku cuma.. cuma.. aku taknak kau.. kau.." Zafir terkelu lidah. Entah kenapa lidahnya seperti tergulung.
"Cuma apa ?!" Laung Arissa.
"Cuma taknak kau dihina." Laju jawapan dari Zafir.
Arissa berhenti menangis. Air mata diseka. Wajah Zafir dipandang lama. Arissa menarik nafas sedalam dalamnya dan dilepaskan perlahan-lahan.
Emosi.. akal.. hati.. tolong jangan rumit..
"Aku.. aku minta maaf dan terima kasih."
Terus Arissa meninggalkan Zafir di situ. Troli ditolak. Langkahnya kini menuju ke arah Alin.
____
Zafir duduk bersandar di sofa. Kewujudan Naz umpama tiada di hadapan matanya.
"Apa aku cakap tu salah ke ?" Soal Zafir sendiri.
Naz kaget. Dipandang Zafir yang duduk disebelahnya. Zaf cakap dengan aku ke ? Atau dia cakap dengan telefon ? Matanya Naz berarah ke atas meja. Telefon dekat situ..
Zaf cakap dengan aku ke ?
"Aku cuma nak cabar ego lelaki tu. Bukan niat aku nak malukan dia." Ujar Zafir lagi.
Naz makin teruja ingin tahu siapakah manusia yang dikatakan dia bukan niat dia ingin memalukan. Naz memandang Zaf tapi disedari oleh Zaf.
"Dia.. aku sepatutnya terima kasih dekat dia. Kalau bukan sebab dia, mungkin sampai sekarang aku tak kenal adik aku."
Tak kenal adik dia ? Sekejap ! Benda ni Zaf pernah cerita. Ya, Zaf pernah cerita.. Perkara.. 2 tahun lepas ??
"Tapi siapa lelaki tadi tu ? Kenapa lelaki tu macam psycho dan kenapa Arissa berterima kasih dekat aku."
"What Zaf ?!! Arissa ?!!"
Suara Naz akhirnya berjaya menyedarkan Zafir kewujudan Naz di situ. Wajahnya sudah berkerut. Pucat lesi.
"Kau.. kau dengar ke apa aku bebel tadi ?" Soal Zafir.
Naz menganggukkan kepala.
"Kenapa dengan Arissa ?" Soal Naz perlahan
Zafir menghela nafas perlahan. Wajah Naz dipandang sepi
"Nothing serius bro. She fine."
"Aku tahu dia okay. Cuma aku nak tahu.. kau dengan Arissa sebelum ni.... pernah kenal ke ?"
Zafir senyum kelat. Perkenalan 2 tahun lepas, ternyata ada hikmah sebaliknya. Ternyata bukan kebetulan tetapi takdir.
Takdir Allah yang membuka mata aku..
"Takdir yang kenalkan aku dengan dia."
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomansAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.