"Arissa !! Cantiknya kau !"
Arissa hanya senyum. Dia memandang ke arah cermin, dia tersenyum melihat dirinya sendiri. Alhamdulilah, hari ini adalah hari nya. Hari di mana Nur Arissa akan menjadi hak milik Zafir Hadi. Inai merah di jari dipandang lama olehnya, tidak sangka manusia yang pernah dia marahkan dahulu kini bakal jadi suami, imam dan seorang bapa.
"Nanti kau dah kahwin, kita dah tak boleh nak overnight, dah tak ada lepak-lepak. Nanti aku rindu kau macam mana Ris ?"
Arissa memandang Alin. Wajah Alin nyata jelas tampak sedih.
"Alin, kau jangan lah sedih macam ni, nanti aku sedih juga. Hari ni aku nak gembira je, tak nak lah sedih macam ni."
Alin senyum. Siapa je yang tak sayang kawan? Lagi-lagi kawan yang selalu ada, sentiasa ada walau susah atau senang. Kawan yang lebih memahami kita dari diri kita sendiri. Bagi Alin, Arissa lah segalanya. Arissa lebih dari seorang kawan.
Sahabat.
Musuh kadang-kala.
Seorang kakak.
Seorang penasihat.
Dan...
Seorang yang mengajar dirinya untuk ikhlas dalam semua perpisahan.
"Kau ni Lin, buat muka sedih pula. Sini lah, peluk aku." Arissa mendepakan tangan, dengan kadar segera Alin memeluk Arissa.
Arissa tersenyum nipis, badan belakang Alin diusap olehnya.
"Walaupun aku dah kahwin, tak membawa maksud hubungan aku dengan kau terputus macam tu je Lin, aku masih lagi datang kerja macam biasa. Kau jangan sedih tauu."
Alin meleraikan pelukan, air mata yang mengalir di seka olehnya. Arissa memandang Alin dan senyum.
"Janji dengan aku Ris, kalau ada masalah cari aku, susahkan aku tau."
"Iya Alin, dah lah tak mau lah sedih. Tak cantik dah."
Arissa tersenyum. Akan aku simpan kenangan pada tarikh hari ini sebagai kenangan paling indah dalam hidupku. Andai suatu hari nanti aku pergi dahulu, aku harap mereka mengingati kenangan yang ada pada tarikh hari ini.
"Pengantin dah siap ? Dah boleh get ready ?" Soal Mak Andam tersebut.
"Dah !" Teriak Alin.
Serentak itu Alin dan Arissa berdiri. Arissa yang menggayakan busana pengantin rekaan pereka fesyen ternama Malaysia berdiri dihadapan cermin. Busana yang kembang ala ala puteri berwarna merah jambu cair itu benar-benar mengena dengan Arissa si ayu dan manis.
"Cantik nya kau Ris. Cemburu aku tau"
"Eleh, nanti kau suruh lah si Naz tu belikan kau busana lagi cantik dari aku."
"Hehe.. In shaa Allah."
Alin memimpin tangan Arissa. Perlahan-lahan mereka berdua keluar dari bilik persalinan. Mereka berjalan hinggalah tiba di tangga. Dari atas Arissa sudah dapat melihat betapa ramainya yang menghadiri majlis repsesi mereka berdua.
Serentak kaki mereka menurun anak tangga, serentak itu seluruh hotel itu gelap, lampu putih hanya menyala ke arah mereka. Bagaikan puteri yang turun dari kayangan, banyak mata yang memerhatikan mereka. Ada yang menutup mulut kerana terkejut dengan kejelitaan Arisssa.
Tiba di anak tangga terakhir. Tangan bertukar tuan. Tangan Arissa di pimpin oleh Zafir. Lama mata Zafir memandang tepat ke arah Arissa. Dia sendiri bagaikan tidak percaya yang dia mempunyai isteri secantik bidadari.
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.