Emma mendekati Ashraf yang sedang khusyuk menonton television. Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa lembut miliknya. Ashraf yang menyedari kehadiran Emma hanya mengendahkan Emma. Tangannya mencapai buah epal yang telah dipotong lalu dikunyah olehnya. Matanya masih tertumpu di kaca tv.
"I dah lama tak nampak you. You ke mana je?" soal Emma memecahkan kesunyian antara mereka.
Ashraf memandang Emma sekilas sebelum dia kembali fokus ke kaca tv.
"I kerja lah. Soalan apa you tanya i ni?"
Emma tertawa sinis. Kerja? Kau nak bodohkan aku ke?
"Oh.. Kerja, tapi haritu kawan i bagitahu dia nampak you dekat Tesco. You buat apa dekat sana?"
Ashraf tersentak. Dia memandang Emma dengan pandangan tajam. Emma bersahaja. Tangan disilangkan lalu dia bersandar di kepala sofa.
"You intip i ke Emma?" soalan Emma dibalas soalan oleh Ashraf.
Emma tergelak sinis.
"I nak intip you? You ingat i tak ada kerja macam you ke? I tak perlu upah sesiapa untuk perhatikan you. Mata mata i banyak kat luar tu."
Ashraf bengang. Wajah Emma yang bersahaja dan berlagak itu dipandang lama olehnya.
"You kena sedar diri tau. Hidup you ni pun, i yang support. You jangan berani nak buat hal belakang i." ugut Emma. Ashraf semakin bengang. Ikutkan hati yang sedang panas ingin saja dia menampar wajah berlagak Emma. Namun, ditahan olehnya.
"Hujung bulan ni, i nak you masuk meminang i. Kalau you taknak. Its okay. Tapi, you kena bayar balik semua duit i yang you dah pakai selama you dengan i ni. Ingat Ashraf, i boleh buat you miskin tau."
"Emma. You tak perlu nak ugut i, ungkit segalanya dengan i. I boleh bayar lah semua duit you tu."
Emma tersentak. Sangkanya Ashraf akan gerun dengan ugutan dari dia. Tetapi rupanya, Ashraf sedikit pun tidak hairan akan ugutan darinya.
"Oh mean, you taknak kahwin dengan i lah? So, selama ni you dengan i sebab you nak duit i je kan? Dasar lelaki tak guna! Eh.. Memang patutlah abah Arissa tak terima you!"
"Sebabkan you abah Arissa tak terima i. You tak sedar ke yang you ni perampas? Attention seeker! Kalau dulu you tak goda i. I dengan Arissa sekarang dah kahwin tau"
Emma tergelak kuat. Ashraf memandang sinis wajah Emma.
"Sebab i? You nak kata i punca segalanya? I goda you? Yes! I yang goda you. I yang rampas you dari Arissa. You nak tahu sebab apa? Sebab i suka you. Tapi, makin lama i dengan you. I rasa makin muak!! Setiap masa you diam diam cari Arissa. I tak peduli kalau Arissa benci i. Tapi i peduli kalau Arissa tak benci you. Sebab, i memang nak Arissa benci you sampai you mati!!"
"Perempuan gila!!" jerkah Ashraf. Serentak itu kakinya melangkah ke arah pintu rumah Emma. Tangan nya sudah ingin memulas tombol pintu. Baru sahaja dia ingin membuka pintu, Emma kembali bersuara.
"Setapak kaki you tinggalkan rumah ni. You jangan bermimpi nak datang sini semula. Kalau you betul nekad nak pergi, tinggalkan kunci kereta. Mungkin you lupa, yang kereta you pakai sekarang ni i yang punya. You're nothing darling" ujar Emma dengan nada paling sinis.
Dengan kasar Ashraf mencampak kunci kereta nya ke arah sofa. Emma hanya tersenyum sinis. Serentak itu, pintu dibuka oleh Ashraf dan ditutup kuat olehnya. Emma mendengus kasar. Fikiran nya kini penuh dengan rancangan untuk menjatuhkan Ashraf lebih dalam lagi.
"Tak apa. Kau pergunakan aku ya? Kau tunggu nasib kau.. Dasar lelaki sial!!"
__________
Puan Hajah Humairah memandang ke arah Tuan Haji Ahmad yang sedang sibuk mengemas rak-rak buku miliknya. Puan Hajah Humairah ingin membantu tetapi di halang keras oleh suaminya.
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.