Suasana meja makan sunyi dan sepi. Bagaikan makan bersama warden penjara, tiada kata atau gelak yang keluar. Arissa mengetap bibir.
Sebenarnya, banyak persoalan yang berada di minda nya. Dan salah satunya ialah Zaimil, seingat dirinya, Zaimil ialah doktor yang pernah merawatnya, tetapi kini duduk semeja makan bersama.
Adik-beradik ? Tapi kenapa Zafir macam tak ngam dengan Zaimil ? Syifa ni pula siapa ? Kenapa aku rasa tengok dia orang bertiga ni macam adik-beradik ?
Adik-beradik apa masing-masing senyap sunyi sepi macam tak ada mulut nak bercakap. Arissa menghela nafas perlahan.
"Dah lama kenal Zaf ?"
Arissa tersentak. Dia memandang wajah serius Dato Dr. Khalid.
"Tak lama jugalah uncle, sejak dua tahun lepas." Jawab Arissa.
Zaimil dan Zafir tersentak. Namun, riak wajah Zafir lebih ceria dari Zaimil. Zaimil seakan terkejut tetapi Zafir seakan gembira dengan jawapan Arissa.
"Jadi, Ris tahu lah hal yang terjadi dalam keluarga ni ?"
Arissa tersentak. Hal yang terjadi dalam keluarga ni ? Hal apa ?
"Abang"
"Papa"
Serentak. Serentak Datin Dr. Suhana dan Zafir memanggil Dato Dr. Khalid.
"Hal apa uncle ? Zaf tak pernah cerita apa-apa."
Betul. Selama mereka bersama, tidak pernah seminit mahupun sesaat Zafir ceritakan perihal keluarganya.
"Betul ke tak ada ?"
Arissa seakan didesak. Dia mengerut dahi. Entah kenapa dia seakan rimas dengan desakan papa Zafir.
"Kalau menipu itu dapat pahala, mungkin saya akan tipu uncle."
Dato Dr. Khalid tersentak. Dia tidak menyangka yang dirinya akan diserang dengan ayat sarkastik sebegitu. Zaimil dan Syifa tidak lepas memerhatikan Arissa.
"Baguslah kalau Zaf tak ada cerita apa-apa. Uncle cuma nak tahu."
Arissa hanya senyum.
"Arissa kerja apa ?"
"Novelis, Ris pun ada buka kafe."
Dato Dr. Khalid menganggukkan kepala tanda mengerti. Air yang berada di sisi, diteguk perlahan olehnya.
"Arissa betul sayangkan Zafir ?"
Arissa terkelu lidah. Kenapa papa Zaf tanya macam ni ? Selalunya soalan macam ni diajukan kepada orang lelaki, kenapa aju dekat orang perempuan ?
Eh ?! Keluarga dia ni memang ada hal lah.
"Kalau saya tak sayangkan dia, tak mungkin saya ada dekat sini."
"Mungkin juga Ris."
Arissa tidak mengerti. Mereka yang lain hanya diam, memerhati dan mendengar sahaja perbualan mereka.
"Maksud uncle apa ?"
"Maksudnya, ada je manusia yang katanya sayang sampai dah bawa jumpa keluarga, sudahnya bercinta dengan orang lain, sudahnya lagi..."
Dato Dr. Khalid memandang Syifa. Arissa diserbu persoalan lagi.
"Sudahnya menyesal sebab pilih cinta lain."
Syifa hanya menundukkan wajah. Zafir memandang Syifa dengan simpati. Tapi... ayat papa tadi seolah sedang membela perasaan aku.. atau ini hanya taktik dia ?
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomansaAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.