"Abah jaga diri ya? Kalau abah sakit atau mak sakit terus call Arissa. Jangan tak call." luah Arissa sambil tangan nya memegang tangan abah dan mak nya.
"Kamu tak perlu risau Ris, pandailah mak jaga abah kamu." jawab Puan Hajah Humairah.
Arissa mengangguk. Genggaman tangan dilepskan. Arissa selangkah kebelakang memberi ruang kepada suaminya pula.
"Dah sampai, bagitahu tau bah.. Zafir risau."
"Iya, nanti abah call kamu."
Zafir menyalam tangan bapa mertuanya itu. Matanya beralih ke arah ibu mertuanya. Senyuman ikhlas diberi.
"Zafir minta maaf kalau sepanjang mak duduk kat sini, banyak yang kurang dari yang lengkap." ujar Zafir jujur.
"Tak ada apa yang kurang. Semuanya cukup. Terima kasih masakkan mak makanan sedap." jawab Puan Hajah Humairah dengan senyuman di bibir. Hati Zafir senang. Arissa tersenyum.
"Dah, abah gerak dulu ya? Assalammualaikum."
"Waalaikummusalam." balas Zafir dan Arissa serentak. Tuan Haji Ahmad dan isterinya melangkah masuk ke dalam kereta. Mereka berdua memerhatikan sehinggalah kereta itu hilang dari pandangan mata mereka.
Zafir memandang wajah isterinya. Nampak jelas riak wajah Arissa yang sudah berubah. Zafir tersenyum. Lantas, tangan Arissa dipegang olehnya.
"Sedih?" soal Zafir lembut. Arissa mengangukkan kepala. Tubuh kecil Arissa ditarik lembut ke dakapannya. Arissa membalas pelukan.
"Jangan sedih ya sayang. Bila-bila sayang nak balik rumah abah, cakap dengan abang. Abang bawa kan."
"Terima kasih."
Pelukan dileraikan. Arissa memandang wajah suaminya.
"Abang, hari ni abang ada masa free tak?" soal Arissa.
"Kenapa sayang? Rasanya, abang free."
Arissa senyum manis. Zafir memandang tepat anak mata isterinya. Okay Zaf, rasanya kau faham kan maksud senyuman dia tu? Senyuman bodek!
"Teman Ris jom. Boleh tak?"
"Sayang nak pergi mana?"
"Ala.. Boleh temankan ke tidak ni? Sayang nak ajak abang temankan sayang je. Boleh lah.. Jom lah..."
Zafir tersenyum nakal. Dia memandang wajah Arissa lama. Dia tahu sebenarnya Arissa nak ajak dia pergi shopping, tapi sengaja dia buat-buat tidak tahu. Idea akal mula muncul di benak fikiran nya.
"Oh ya, maaf sayang.. Abang dah janji dengan Naz nak keluar."
Arissa mencebik. Hampa, kecewa.. Shopping sorang-sorang lah nampaknya. Arissa meninggalkan Zafir sendirian. Dia kemudiannya melangkah ke arah lift. Zafir tertawa kecil.
"Sayang... Sampai hati tinggalkan abang kat sini." Zafir berjalan menuju ke arah Arissa. Namun belum sempat mengejar, Arissa sudah masuk ke dalam lift. Butang lift ditekan. Pintu tertutup rapat. Zafir terlewat.
"Aduh... Merajuk pula... Mati kau Zafir!"
Zafir menunggu lift. Manakala Arissa pula sudah sampai di tingkat rumahnya. 5 minit berlalu, Arissa duduk di sofa sambil menonton drama. Zafir yang baru tiba, terus duduk di sebelah Arissa.
"Sayang? Marahkan abang?" soal Zafir lembut.
"Tak. Ris nak masaklah. Eh? Lupa.. Abang nak keluar. Abang keluarlah. Ris mengantuk pula."
Arissa bangun dari duduknya. Kakinya ingin melangkah, baru setapak melangkah, tangan nya ditarik oleh Zafir dan menyebabkan dia terjatuh di atas riba suaminya.
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.