"Kau memang sengaja nak panaskan hati aku kan ?!!" Suara Zafir naik satu oktaf. Rahangnya bergerak-gerak menahan amarah.
"Apa masalah kau ni Fir ?! Kau yang salah ! Kau yang sia-sia kan dia."
"Aku kisah apa !! Kau jangan ada angan nak rampas dia dari aku Zaimil Hadi !!"
Zaimil tersentak. Zafir menghentak kuat meja Zaimil. Zaimil menjeling. Zafir meraupkan wajahnya.
"Last warning Mil.. stay away from her."
Zaimil ketawa mengejek.
"Kalau aku taknak, kau nak buat apa ?"
Zafir menahan marah.
"Kau ingat tragedi dua tahun lepas ? Aku akan buat kau rasa semula tragedi tu."
Zaimil kaget. Zafir terus berlalu keluar dari pejabat Zaimil. Daun pintu ditutup kuat oleh Zafir. Zaimil menumbuk meja nya.
"Tak guna kau Fir !"
______
"Makna nya, doktor handsome tu adik kepada Zaf ?."
Naz buat muka. Itulah Alin dari tadi, dah diberitahu nama doktor-handsome itu ialah Zaimil, tetapi masih ingin memanggil dengan panggilan 'doktor-handsome.' Apa entah yang kacak nya.
"Nama dia Zaimil Hadi. Please, stop calling him with name 'doktor-handsome. I dont like it."
"Are you jealous Mr.ShahAnaz ?"
"Yes !!"
Alin gelak. Pipi Naz dicubit olehnya.
"Sayang ! Saya merajuk ni."
Alin gelak lagi.
"Dah lah awak. Ish.. macam orang perempuan. Itu pun nak merajuk. Dia memang lah handsome. Tapi, saya lagi tertarik dekat awak."
Naz tersenyum. Alin.. Alin.. ada saja idea kau nak pujuk aku ya ? Bertuah..
"Tapi awak, saya pelik lah." Ujar Alin.
"Pelik kenapa ?"
"Kenapa Zaimil dengan Zaf tu macam tak kamceng ek ?" Soal Alin.
Naz senyum.
"Sebab, ada kisah berlaku antara dia orang berdua tu."
"Kisah apa ?" Soal Alin dengan rasa ingin tahu.
"Papa Zaf kurang beri perhatian dekat Zaf sebab Zaf taknak ikut apa papa dia mahukan."
"Apa yang papa Zaf nak ?"
"Dia nak Zaf ikut jejak langkah dia. Papa dia nak, Zaf ada gelaran dan dihormati."
Alin berkerut dahi. Jejak langkah ? Papa Zaf ni orang kenamaan ke ?
"Papa dia kerja apa ?"
"Doktor. Doktor pakar. Dato Dr. Abdul Khalid."
Alin tersentak. Dato ? Doktor ? Allah... betul-betul orang berada ni.
"Apa berlaku ?"
Naz menyedut minuman dihadapan nya.
"Zafir anak sulung dan Zaimil anak bongsu. Perwatakkan mereka berdua berbeza. Zafir jenis yang suka berdikari, Zaimil pula jenis yang mengharapkan balasan. Pendekkan cerita, segala apa yang Zafir lakukan hanyalah untuk kepentingan dia, dan apa Zaimil lakukan adalah untuk kepuasan hati orang lain."
Alin mengangguk faham.
"Yang menyebabkan dia orang tak kamceng disebabkan keputusan dari papa dia orang. Papa dia orang nak, Zafir dan Zaimil ambil course yang berkaitan dengan doktor. Medic."
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.