"Apa mak merepek ni ?!"
Suara Arissa sudah pecah satu oktaf. Wajah Puan Hajah Humairah dipandang bengis. Tuan Haji Ahmad hanya duduk dan menyaksikan perbincangan dua beranak itu.
"Mak nak kamu terima lamaran Ashraf." Ujar Puan Hajah Humairah.
Arissa buntu. Perasaan nya bercampuk adur. Ada rasa marah, ada rasa sedih, yang pasti perasaan ini paling dia benci.
"Abah. Tolong lah bagitahu dekat mak yang Ris taknak Ashraf jadi suami Ris, Ris taknak terima kewujudan Ashraf dalam hidup Ris. Abah tahu kan apa dia dah buat dekat anak abah ni ? Tolong abah.. Ris merayu."
Arissa memujuk Tuan Haji Ahmad. Namun tiada reaksi apa-apa. Arissa buntu. Difikiran nya kini dia sedang mengatur ayat yang bakal dia hembus apabila berjumpa dengan Ashraf nanti.
Tapi kini, dia sedang memaksa minda nya untuk cari jalan keluar dari lingkaran masalah ini. Arissa mendengus kasar.
Menyesal ! Menyesal aku balik kampung harini, aku ingatkan mak nak jumpa sebab ada hal yang lebih penting ingin bincangkan, rupanya ? Soal Ashraf.
"Ris tak akan setuju. Titik." Ujar Arissa
"Apa yang susah sangat kamu nak dengar cakap mak ni Arissa ? Apa masalah kamu ?" Kini suara Puan Hajah Humairah pula yang naik seoktaf.
"Susah ! Susah sangat-sangat. Mak tak berdiri di tempat Ris tau. Depan mata Ris, dia buat benda tak senonoh. Langsung mak, langsung Ris tak menyesal putuskan pertunangan dengan dia waktu tu. Sekarang ? Mak suruh Ris kahwin dengan dia ? Apa ni mak ?!"
Arissa membalas. Puan Hajah Humairah diam, matanya memandang ke arah suaminya yang sejak tadi tidak bersuara.
"Mak tetap nak kamu terima lamaran dia. Dia dah berubah Arissa. Dia bukan lagi Ashraf yang dulu."
Arissa lemas. Lemas dengan permintaan mengarut dari mak nya itu. Lemas dengan kenangan dan luka pahit 2 tahun lepas. Terlalu lemas.
"Arissa TAK NAK." Bantah Arissa dengan nada sedang menahan geram.
"Kamu PERLU terima." Ujar Puan Hajah Humairah pula.
"Saya tak benarkan."
Puan Hajah Humairah tersentak. Senyuman mula terukir di bibir Arissa.
"Apa abang merepek ni ?" Soal Puan Hajah Humairah.
"Saya merepek atau yang merepek ? Saya wali kepada Arissa. Saya ada hak untuk tentukan siapa imam Arissa. Dan saya tak nak budak Ashraf tu jadi imam Arissa."
Arissa tersenyum puas hati. Puan Hajah Humairah sudah berkerut muka.
"Arissa minta maaf, tapi Arissa mohon dengan mak, jangan drama-kan kehidupan Ris mak. Izinkan Ris cari bakal suami Ris sendiri. Jangan novel-kan kebahagiaan Ris."
Puan Hajah Humairah masih diam tidak berkutik. Wajah Arisssa dipandang lama.
"Mak tak akan masuk campur hal kamu lagi Ris. Dengan siapa kamu nak berkahwin, mak akan terima je."
"Hari ni je kamu cakap taknak masuk campur. Tunggu lah lagi 2 minggu, nanti kamu busy body lagi." Ujar Tuan Haji Ahmad.
Puan Hajah Humairah mencebik. Ishh laki aku ni.. Aku ni saja je nak buat Arissa serba salah. Haih..
"Arissa minta maaf mak. Tapi Ris memang tak boleh. Ris dah tawar hati dengan dia. Ris tak rasa nak tengok muka dia lagi. Ris dah benci dia. Ris minta maaf."
_____
Naz memandang ke arah Zafir yang sedang khusyuk setting kamera nya sebelum photoshoot dimulakan.
Pandangan Naz akhirnya disedari oleh Zafir. Zafir memandang Naz dan mengangkat kening.
"Kau.. kau kenal Arissa ke ?" Soal Naz. Zafir tidak terkejut dengan soalan tersebut. Dia hanya senyum nipis.
"Kenal. Aku dah kenal dia lama."
Naz tersentak. Kenal lama ? Tapi kenapa aku tak pernah tahu ? Kenapa baru sekarang aku tahu ?
"Lama sangat ke ?" Soal Naz lagi. Zafir mengangukkan kepala.
"Sejak bila ?" Soal Naz lagi sekali.
"2 tahun lepas."
Naz memandang wajah Zafir yang sedikit pun tiada mimik muka. Naz makin diserbu rasa ingin tahu. Namun, baru saja Naz ingin membuka mulut untuk bertanya lagi, muncul Sally bersama seorang model.
"Bos, ready !" Ujar Sally
"Good ! Okay guys ! We can start now."
Zafir memulakan sesi photoshoot. Naz hanya memerhatikan. Dibenak fikiran Naz kini, terlalu banyak persoalan yang dia ingin tahu.
2 tahun lepas ? Kenapa aku rasa macam aku pernah tahu kisah 2 tahun lepas ni. Mereka sudah kenal lama tetapi tidak pernah tahu nama ? Arissa panggil Zaf 'ayam' ? Apa semua ni ??
Naz kusut. Kepala yang tidak gatal, digaru. Sally yang menyedari tingkah laku Naz, terus menepuk bahu Naz. Naz tersentak.
"Kau apahal ?" Soal Sally.
"Ah ? Aku ? Err.. tak ada apa. Aku okay je ni. Mana Alex ?" Soal Naz.
"Dia dekat belakang. Bersihkan brush. Kau serius kau okay ? Aku tengok macam orang kusut je."
Naz gelak berpura.
"Mana ada. Eh okaylah, aku nak pergi setting lighting."
Terus Naz meninggalkan Sally disitu sendiri. Sally mencebik.
"Alasan !" Monolog Sally sendiri.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA LAST MINUTE
RomansaAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.