"Macam mana Syakila boleh ada number kau ? Kau ada contact dia lagi ke ?"
Laju kepala Naz menggeleng. Zafir memandang Naz dengan pandangan tak percaya. Naz seolah dapat membaca pandangan Zafir itu.
"Kau tak percaya ? Betul aku tak ada contact dia langsung."
"Macam mana dia ada nombor kau ?"
"Aku tak tahu"
Zafir mengangkat bahu. Syakila bekas teman wanita Naz, dan baru-baru ini, Syakila menjadi model koleksi baju raya, dan mereka berdua adalah photografer yang bertanggungjawab untuk shooting semua photoshoot.
"Pasal Kila ni abaikanlah, Alin yang penting." Ujar Naz.
"Pujuklah."
"Dia dah hilang kepercayaan dia dekat aku Zaf. Aku nak pujuk macam mana ? Kepercayaan bukan sesuatu yang kita boleh ambil dan pulangkan macam tu je."
Zafir menjadi kasihan. Wajah Naz yang sayu itu menambahkan lagi rasa kasihan Zafir terhadap Naz.
"Nanti aku minta Arissa slow talk dengan Alin. Aku percaya Alin masih sayangkan kau, takkan dia nak benci kau sekelip mata."
"Jarum jam berubah setiap saat, tak pelik kalau hati dia boleh berubah dalam masa satu saat."
"Kau tak yakin dengan dia ?"
"Kaca kepercayaan dia, aku dah pecahkan. Kau rasa wajar ke aku untuk yakin yang kaca tu boleh cantum semula ?"
Naz terus berlalu. Kamera dibawa bersama. Kakinya melangkah ke arah anak tangga. Satu per satu anak tangga di daki sehinggalah tiba dia bilik suntingan gambar.
Zafir memerhati setiap langkah Naz. Lesu, tidak bermaya.
"Hai."
Zafir memandang ke arah pintu studio. Syakila..
Syakila menghampiri Zafir, matanya memandang keadaan sekeliling.
"Mana Naz ?"
"Cuti."
"Siapa shoot aku ?"
"Aku."
Syakila membuat muka. Rambutnya dibawa kehadapan. Beg tangannya diletakk di atas meja. Serentak itu, Sally keluar dari bilik persalinan baju.
"Kila, ni baju kau. Cepat sikit tukar."
Sally menghulurkan 2 pasang baju kebarung berwarna merah gelap dan biru cair. Syakila menyambut.
"Oh ya Zaf, Naz cuti sakit ke ? Dia dekat rumah kan ? Nanti aku nak tengok dia lah."
"Perlu ke jumpa dia?"
"Mestilah perlu. Aku yakin dia perlukan aku sekarang ni."
Zafir tergelak sinis. Syakila memandang Zafir dengan aneh.
"Kenapa kau gelak ?" Soal Syakila.
"Kalau kau nak tahu, dia tak perlukan kau pun. Kau lupa kau yang buang dia dulu ? Oh ya, Naz dah ada bakal isteri, kau tak payah lah nak gedik sangat ya ?"
Syakila tersentak. Terbuntang luas matanya memandang Zafir.
"Kau tipu kan Zaf ?"
"Aku bukan jenis macam kau. Kaki penipu."
Zafir gelak. Terus dia berlalu meninggalkan Syakila di situ.
"Cepat sikit salin baju ! Aku nak cepat !" Sempat Zafir melaung sebelum masuk ke dalam pantri.
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.