Part 24

2.4K 91 1
                                    

Telefon dicapai. Nombor seseorang didail. Setelah itu, telefon dilekapkan ke telinga.

"Assalammualaikum." Tegur Arissa dengan ceria.

"Waalaikummusalam. Anak abah sihat ?" Soal Tuan Haji Ahmad.

  Arissa tersenyum. Andai sahaja abah nampak senyuman aku ni pasti dia gembira.

"Sihat, alhamdulilah. Abah dan mak sihat ? Rindu nya Ris dekat abah dan mak."

  Tuan Haji Ahmad tersenyum. Inilah Arissa, dari dulu hingga kini perangai manja tidak pernah hilang.

"Mak dan abah sihat walafiat. Kalau rindu, baliklah."

"In Shaa Allah, hujung minggu ni Ris balik."

  Tuan Haji Ahmad tersenyum. Laptop yang terpasang dihadapan nya, ditutup. Duduknya diselesakan.

"Baguslah, hujung minggu ni pun, abah baru balik Penang."

"Sekarang abah dekat mana ?" Soal Arissa.

"Ala, tak jauh mana. Perlis je. Ada kerja sikit nak dibuatnya."

  Arissa melepaskan keluhan. Sepatutnya sekarang, abah duduk rehat dirumah tak perlu fikir tentang hal-hal kerja. Sepatutnya lagi, syarikat abah itu aku yang usahakan.

Tetapi.. Arissa degil.

"Ni kenapa mengeluh ?" Soal Tuan Haji Ahmad.

"Maafkan Ris bah, sepatutnya Ris yang kena take over kerja abah tu. Usia macam abah ni sepatutnya tengah duduk rehat dirumah. Bukan nya, ke hulur-hilir macam ni."

  Tuan Haji Ahmad tersenyum lagi. Mana tidak aku sayang puteri aku ini.

"Tak kan abah nak paksa Ris dalam memilih pilihan ? Ris ada cita-cita dan impian. Abah tak salahkan Ris. Abah bangga Ris ada cafe, Ris jadi penulis novel. Apa sahaja keputusan Ris, abah akan sokong."

  Keputusan ? Patut ke aku bagitahu abah yang aku ingin bawa Zaf pulang sekali ? Emm.. ada eloknya aku bagitahu abah dahulu. Kalau bagitahu mak.. ada kena tahan bebel.

"Abah." Panggil Arissa perlahan.

"Ya anakku. Kenapa ?"

  Arissa menarik nafas perlahan, lalu dihembus perlahan. Rilek Arissa. Tenang.

"Hujung minggu Ris bawa seseorang pulang sekali."

  Tuan Haji Ahmad berkerut dahi. Punggung diangkat dan berjalan ke arah tingkap pejabatnya. Pemandangan bandar Perlis menikam matanya.

"Seseorang ? Alin ke ?"

"Bukan."

"Sudahnya siapa ?"

"Kalau Ris kata, bakal menantu abah ?"

Sepi.

Sunyi.

Senyap.

  Arissa memejamkan mata. Dirinya mula menyalahkan diri sendiri. Kepala diketuk perlahan menggunakan pen. Alahai Arissa...

"Kalau abah..." ayat Arissa dipotong

"Alhamdulilah. Bawa lah dia pulang sekali. Abah jadi tak sabar nak tengok bakal menantu abah."

  Arissa tersenyum.

"Tapi tadi kenapa abah senyap ?"

"Terkejut, tak lama lagi puteri abah ni ada orang akan ambil."

"Ish.. apa abah ni. Abah tetap raja dalam hati Ris walaupun ada putera yang memiliki Ris."

Tuan Haji Ahmad tergelak.

CINTA LAST MINUTETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang