"Ris ! Tu ada customer !"
Arissa yang baru menghantar pesanan terus berjalan menuju ke meja yang diduduki oleh seorang lelaki yang segak berbaju hitam dan memakai earphone.
Arissa mengetuk meja perlahan. Lelaki tersebut memandang Arissa dan tersenyum. Earphone yang dipakai, di tanggalkan. Arissa berkerut dahi.
Macam pernah tengok lah muka dia ni.. tapi.. dekat mana ? Aduh.. cepatlah ingat Ris !
"Awak tak ingat saya ke ?"
Arissa menggeleng.
"Zaimil. Doktor yang rawat awak tempoh hari."
Okay ! Dah ingat ! Arissa senyum, sama juga dengan Zaimil.
"Ah okay. Saya dah ingat. Maaf."
"Tak apa. Nama awak Arissa kan ?"
Arissa mengangguk dan senyum. Serentak itu...
______
"Aku lapar lah weh. Makan jom." Ajak Naz. Zafir yang sedang mengemas segala kameranya memandang sekilas ke arah Naz.
Alex yang sedang mengemas barang soleknya dipandang oleh Zafir juga. Sally yang sedang duduk menghadap laptop dipandang oleh Naz pula.
"Korang lapar tak ?" Soal Zafir. Serentak itu Sally dan Alex memandang ke arah Zafir dan menganggukkan kepala.
"Jom lah pergi makan." Ajak Naz lagi.
"Nak makan mana ? Tak boleh lama sangat. Pukul 4 ada shooting lagi." Ujar Sally sambil menutup laptop dan mengemas barang-barangnya.
"Makan kat kedai awek kau lah Naz. Dekat pun dekat. Selang satu kedai je. Korang okay tak ?" Soal Zafir.
"Boleh je." Serentak Alex dan Sally. Seraya itu, terus mereka mengemas segala barang mereka dan keluar dari studio bersama.
"Ke boss rindu Arissa ? Tu ajak makan kedai dia ?" Soal Alex dengan pelat.
"Haah lah boss. Boss rindu Arissa ya ?" Ujar Sally pula.
Zafir buat tidak dengar. Jarinya lincah bermain dengan telefon. Naz makin menambah.
"Atau boss tak rela berjauhan dengan Arissa ?"
Serentak itu, mereka gelak sakan menyakat Zafir. Zafir memberhentikan langkah. Matanya memandang situasi yang sangat dia... benci.. atau cemburu ?
Gelak mereka mati. Alex menepuk lengan Sally dan memuncungkan bibir ke arah Zafir. Sally memandang ke arah Naz sebelum memandang Zafir.
"Boss ? Kenapa tak masuk ? Ish bos ni." Terus Alex menarik tangan Zafir dan masuk ke dalam cafe. Tiba sahaja di dalam, terus Alex meleraikan tangan dan duduk di sebuah meja. Di ikuti dengan Naz dan Sally.
Zafir masih berdiri di situ dan memandang ke arah dua orang manusia yang sedang berborak senang. Hatinya bagaikan pecah jatuh berderai..
"Zaf !!"
Zafir memandang ke arah suara yang memanggilnya. Arissa pula terus memandang ke arah Zafir yang sedang berdiri tidak jauh darinya.
Hatinya dipukul rasa serba salah. Hatinya meraung bagai menyalahkan dirinya.
"Zaf ! Dah lama nya tak jumpa kau." Ujar Alin. Zafir senyum. Matanya menjeling ke arah Arissa sebelum berjalan menuju ke arah Alin.
"Awak kenal dia ?" Soal Arissa.
Zaimil memandang ke arah Zafir yang sedang berjalan menuju ke arah Alin. Laju kepala Zaimil mengangguk.
"Kawan saya."
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.