Part 56

1.7K 64 2
                                    

Arissa tidak senang duduk atau lebih mudah katanya. Dia kekok. Dia memandang ke arah wajah suaminya. Lama dia memandang. Langsung tiada senyuman. Matanya memandang wajah Zaimil pula..

  Aiyoooo.... Ini muka lagi bengis. Arissa memandang wajah ayah mertua nya. Hmm.. Macho.. Ehh? Apa merepek ni..

Datin Dr. Suhana datang bersama sedulang air dan sedikit manisan. Arissa hanya senyum.

"Arissa tidur sini ke?" soal Datin Dr. Suhana

"Tak kut. Sebab esok Ris ada meeting dekat Selangor. Abang pun ada photoshoot outdoor. Busy sikit ma."

Datin Dr. Suraya hanya menganggukkan kepala. Cawan yang berisi air, Arissa hulur ke suaminya. Zafir menyambut. Dihirup sedikit lalu diletak kembali di atas meja.

"Papa sihat?" soal Zafir.

"Sihat. Alhamdulilah."

Keadaan senyap kembali. Belum sempat Zaimil bersuara, mereka menerima tetamu. Arissa memandang ke arah pintu. Aku macam kenal suara ni..

Melihat Datin Dr. Suhana yang sudah berjalan menuju ke arah pintu, Arissa sudah dapat meneka siapakah tetamu yang datang itu. Ibu mertua nya itu kembali bersama seorang perempuan yang amat dia kenali. Syifa.

Syifa dan Arissa bersalaman. Syifa mengambil tempat di sisi ibu mertuanya itu. Arissa hanya memandang. Entah kenapa dia terasa hati.

"Ini ada family gathering ke? Semua ada ni?" soal Syifa. Arissa hanya tersenyum.

"Entahlah Syifa. Mama pun tak tahu. Nak kata family gathering, masing masing senyap tak bercakap."

Arissa tersenyum nipis. Mama maksudkan aku ke? Mama maksudkan yang aku ni tak berbual dengan dia ke tadi? Hmm..

"Ada apa papa dengan mama panggil Fir harini? Ada hal apa apa ke?"

"Ada. Pasal Zaimil dengan Syifa." jawab Papa nya itu.

  Arissa memandang wajah ayah mertuanya itu. Tegas nya muka.

"Oh. Cerita lah, apa yang nak di ceritanya itu." jawab Zafir lagi.

  Baru sahaja Zaimil ingin berbicara. Datin Dr. Suhana mencelah.

"Arissa naik bilik dulu lah. Arissa rest kat bilik."

  Arissa tersentak. Dia memandang wajah ibu mertuanya itu. Matanya terpandang tangan nya erat memegang tangan Syifa. Dengan aku tak pernah macam tu pun...

"Eh mama ni. Kenapa Ris nak kena naik bilik pula? Ris ada hak untuk dengar semua nya kan?" bantah Zafir.

"Ini kan hal keluarga kita Fir. Ris takperlu tahu lebih details." jawab Datin Dr. Suhana

"Tapi ma..."

"Abang, takpelah. Arissa duduk kat laman belakang lah. Duduk kat bilik, taktahu nak buat apa." Arissa senyum. Dirinya terus bangkit dan berlalu keluar ke halaman belakang.

  Zafir memandang wajah mama nya.

"Apa ni ma? Arissa tu bukan menantu mama ke? Arissa tu bukan sebahagian dari family kita ke? Sampai hati mama kan buat Arissa macam tu." luah Zafir. Mama nya itu hanya diam.

Zafir memandang wajah Zaimil.

"Okay, apa? Apa yang korang nak bagi tahu?" soal Zafir lagi.

"Aku nak minta maaf. For sure kau mesti tahu kan aku minta maaf sebab apa? First, aku buat papa tak hiraukan kau. Second, aku buat Syifa lari dengan kau. Aku minta maaf untuk semua tu." jawab Zaimil.

  Zafir hanya diam. Bagi dirinya. Dia sudah lama memaafkan cumanya dia memang menunggu saat ini. Melihatkan tiada jawapan dari Zafir. Zaimil bersuara lagi.

CINTA LAST MINUTEWhere stories live. Discover now