Part 9

3.6K 131 1
                                    

"Saya tak nak awak menyibuk hal Arissa, biar dia tentukan sendiri siapa yang dia nak jadi suami dia."

  Puan Hajah Humairah yang sedang duduk di sambil membelai seekor kucing parsi memandang ke arah Tuan Haji Ahmad.

"Kenapa saya tak boleh menyibuk hal dia ? Ris anak saya." Bantah Puan Hajah Humairah.

"Dia pun anak saya. Saya masih wali dia, Humairah."

  Puan Hajah Humairah mencebik bibir. Kucing yang tadi berada di ribanya, diturunkan.

"Abang memang macam tu. Alasan nya sebab abang wali dia. Saya ni yang mengandungkan dia 9 bulan, bawa ke sana-sini tak ada pula saya guna alasan tu."

  Tuan Haji Ahmad melepaskan keluhan.

"Awak nak jodohkan dia dengan siapa ? Dengan Ashraf kan ? Sebab dia bakal imam Arissa lah saya tak setuju."

"Apa salahnya ? Budak Ashraf tu baik, bukan jahat."

"Awak lupa apa dia buat dekat Ris ?"

"Ala bang, kalau setakat curang semua orang buat. Abang dulu pun pernah curang dengan saya, bukan tak pernah." Ujar Puan Hajah Humairah selamba.

  Tuan Haji Ahmad tersentak. Matanya yang tadi memandang tepat wajah isterinya itu, terus beralih dan memandang skrin TV.

"Jangan nak membantah arahan saya Humairah. Jangan ingat saya diam, saya setuju dengan semua rancangan awak. Kalau keluarga Ashraf datang, awak jangan nak peramah sangat borak pasal kahwin."

  Puan Hajah Humairah mendengus kasar.

"Kalau saya nak borak juga ?" Puan Hajah Humairah mencabar ego Tuan Haji Ahmad.

"Saya akan buat perkara yang awak tuduh saya tadi. Bertahun saya hidup dengan awak, saya tak pernah curang dengan awak Humairah."

  Puan Hajah Humairah tersentak. Tuduh ? Tuduhan ? Makna nya.. dia tak pernah curang dengan aku ? Tapi kenapa.. Emma kata...

"Abang.." panggil Puan Hajah Humairah perlahan.

"Bagus juga kita sembang pasal Ris, setidaknya saya tahu rupanya selama ni awak pernah sangka buruk dengan saya."

  Tuan Haji Ahmad bangun dari sofa. Kunci kereta yang berada di atas meja dicapai.

"Abang nak pergi mana ?" Soal Puan Hajah Humairah.

"Pergi mana-mana jelah, asalkan hati saya tak sakit."

_____

  Arissa dan Alin duduk di sofa ruang tamu rumahnya. Drama yang tersiar di tonton oleh mereka berdua.

"Ris." Panggil Alin.

  Arissa hanya mengangkat kepala, tanda isyarat 'apa.'

"Aku rasa, aku suka Naz."

  Arissa tersentak. Dipandang penuh kaget wajah Alin. Alin hanya menayang sengih.

"Jangan gila lah Lin ! Kau baru kenal dia 2 minggu berapa hari entah, tup tup kata suka ? Tak serik lagi ke ?" Soal Arissa.

  Alin mengetap bibir. Serik ? Kalau cerita pasal serik atau tidak, jawapan nya ialah penat. Penat disakiti, ditipu, dikhianati mengharap. Terlalu penat.

  Tapi siapa aku untuk halang rasa cinta dan sayang ini hadir ? Siapa aku untuk menidakkan pertemuan ini ? Perkara yang buat aku serik dahulu adalah pengajaran untuk orang hari ini.

  Alin memandang wajah Arissa sekilas, sebelum kepala dilentok kan ke sofa.

"Serik Ris, aku serik sangat-sangat. Tapi.. aku bukan macam kau. Sekali kau terluka sampai bila-bila kau tolak orang yang datang dalam life kau."

  Arissa terdiam. Alin yang sedang memejamkan mata itu dipandang. Suara TV diperlahankan. Motif perlahan ? Arissa perasan, suara Alin berubah.

"Aku faham, cinta pertama kau khianati kau, tipu kau. Aku faham sakitnya. Tapi, aku tak faham bila kau biarkan hidup kau penuh dengan luka. Dua tahun dah berlalu Ris, aku rasa kau sepatutnya dah move on."

  Arissa menepuk bahu Alin. Bukan kerana dia terasa, tetapi dia ingin tahu perasaan Alin tika ini. Jika Alin marah, bermaksud mood dia okay. Tapi kalau Alin biarkan, bermaksud mood dia memang tengah tak okay.

  Dan jawapan nya.. mood dia tak okay.

"Aku dah move on lah. Satu lagi, kau ingat move on tu senang ke ? Susah tau."

  Alin tergelak sinis.

"Senang je Ris. Senang kalau kau sendiri belajar terima dan redha yang dia bukan jodoh kau. Senang kalau kau sendiri dah memaafkan dia. Dan senang, kalau sendiri tak salahkan orang lain dalam kisah luka kau."

  Arissa tersentak. Serta merta manusia yang menerjah masuk dalam fikiran nya ialah Zafir. Benar, bagi Arissa, Zafir lah orang yang patut dipersalahkan.

  Tapi...

"Kau nak maksudkan aku salahkan Zafir ke Lin ?"

"Mungkin. Sebab itu apa aku nampak. Sudahlah Ris, berhenti tolak orang yang sedang berusaha masuk dalam life kau. Aku faham mungkin kau serik.."

  Alin memandang Arissa yang sedang tunduk memerhatikan jari sendiri bermain dengan hujung bantal.

"Tapi, kau tak boleh nak tolak perasaan cinta dan sayang. Redha je Ris, aku nak tengok Arissa dua tahun lepas. Happy-go lucky, manis dengan senyuman. Ada adab. Aku rindu Arissa aku."

  Aku pun rindu Arissa yang dulu. Terlalu rindu.

CINTA LAST MINUTETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang