"Awak memang suka buat saya risau macam ni kan Arissa ?"
Arissa tersentak. Dia yang tadi tenang dan damai menikmati pemandangan pantai dihadapannya, terus rasa terganggu.
Arissa mendongak memandang pemilik suara. Matanya kekal menatap Zafir, dengan perlahan Arissa bangun dari duduknya dan berdiri di hadapan Zafir.
"Saya tak minta awak risaukan saya Zaf, saya langsung tak minta."
"Iya ! Awak memang tak minta, tapi hati saya, diri saya, yang risau bila awak tak ada."
Arissa senyum. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja segala ayat manis Zafir yang sebenarnya ikhlas tetapi tidak kedengaran ikhlas di telinga Arissa.
"Ayat yang sama awak guna untuk Syifa ke ?"
Zafir tersentak. Lidahnya terkelu. Bagaikan ada sesuatu yang menyekatnya untuk bersuara.
"Kenapa diam ? Sebab betul kan ?"
Zafir binggung. Lidahnya masih kelu untuk menutur bicara.
"Say something Zafir !"
Jerkahan dari Arissa menyentakkan Zafir. Drastik, kakinya melangkah setapak kebelakang. Hatinya ingin lari, tapi dirinya ingin berada di situ, dan selesaikan semuanya.
Tetapi, Arissa...
Dengan keadaan Arissa begini, lebih baik aku pergi. Lebih baik aku beri dia ruang. Lebih baik aku beri dia masa.
"Saya tak tahu apa salah saya Arissa, awak diam, awak pendam. Saya tak tahu apa salah saya dekat awak. Kalau saya ada salah, beritahu saya. Bukan lari macam ni."
"Saya tak lari. Saya cuma nak ruang untuk diri saya."
"Bukan masa untuk lupakan saya ?"
Arissa tersentak. Sejujurnya, bukan itu niat dia. Dia langsung tak terfikir hendak lupakan Zafir.
"Apa awak merepek ni ? Sekarang, saya sedang bercakap tentang awak. Bukan tentang saya."
Zafir tergelak sinis. Wajah Arissa dipandang olehnya.
"Saya nak tahu apa salah saya."
"Salah awak ialah, awak layan saya sama macam mana awak layan Syifa dulu. Layanan yang awak berikan pada saya sama dengan layanan awak terhadap Syifa. Itu salah awak."
Zafir mengeluh. Dia melangkah setapak ke arah Arissa. Bahu Arissa dipegang olehnya.
"Tapi sekarang saya dengan siapa ? Dengan Arissa atau Syifa ? Saya minta maaf sayang ? Mulai sekarang, hanya awak seorang yang akan dapat layanan istimewa dari saya. Jangan marahkan saya lagi. Please ?"
Arissa memandang lama ke dalam mata Zafir. Egonya makin lama makin terhakis. Perlahan-lahan Zafir menurunkan tangan nya dari bahu Arissa.
"Saya sayang awak, dan sampai bila-bila saya sayang awak sorang je. Takkan ada siapa yang boleh gantikan tempat awak. Jangan seksa saya lagi."
Arissa hanya tersenyum nipis. Aku seksa dia ? Aku ? Oh ya, mungkin benar aku sedang seksa dia. Aku seksa emosi dia.
"Saya minta maaf. Saya terlalu sayangkan awak."
"Shhh.. awak tak ada salah. Saya salah, saya salah sebab berikan awak layanan yang sama. Saya minta maaf ? Mulai sekarang, awak keutamaan saya."
Arissa senyum lagi.
"Lapar tak ? Jom makan."
Arissa menganggukkan kepala. Tangannya mengusap perutnya.
"Saya nak makan ABC boleh ?"
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.