Deringan telefon mematikan niat Zafir untuk mengacau Arissa lagi. Kelibat Arissa yang berada di kaunter dipandang sebelum panggilan diangkat.
"Hello ?" Sapa Zafir ditalian.
"Zafir."
Zafir tersentak. Wajahnya yang tadi penuh dengan keriangan, bertukar muram. Dia melepaskan keluhan.
"Kau nak apa ?" Soal Zafir acuh tak acuh.
"Mama minta kau balik weekand ni. Syifa sampai Malaysia weekand ni. Mama suruh kau pick up dia."
Zafir tayang muka bosan. Telefon dijarakkan. Telinga yang tidak gatal, digaru dengan kasar. Arissa yang kebetulan berada di situ, hanya memerhatikan Zafir.
"Malas." Ringkas dan penuh makna jawapan Zafir.
"Sampai bila kau nak buang keluarga kau sendiri ni Zaf ? Mama tu mama kau, bukan mama orang lain."
Zafir tergelak sinis. Air mukanya benar benar berubah. Arissa yang memerhatikan dari tadi menjadi gerun untuk tegur.
"Silap soalan kau tu. Bukan sampai bila, tapi sejak bila. Kau nak tahu sejak bila ? Sejak dua tahun lepas !"
Serentak itu talian dimatikan. Telefon dibaling ke meja. Arissa tersentak. Arissa kemudian keluar dari kaunter bersama segelas air ice lemon tea.
Gelas diletakkan di atas meja. Kerusi ditarik. Punggung dilabuhkan. Mata memandang tepat ke anak mata Zafir.
Zafir yang menyedari kehadiran Arissa hanya senyum nipis sebelum ice lemon tea disedut perlahan.
"Kau okay tak ni ?" Soal Arissa. Zafir hanya mengangguk.
"Nak kek ?" Soal Arissa.
Zafir menggeleng.
"Nak smoothie ?" Soal Arissa lagi.
Zafir menggeleng lagi.
"Emm.. nak ais-krim ?" Soal Arissa tanpa jemu.
Zafir tetap menggeleng.
"Dah tu kau nak apa ?" Soal Arissa.
"Aku nak kau."
Arissa terkelu lidah. Jantung berdegup selaju marathon. Nafas tersekat diskala 6. Air liur terasa kelat.
"Eee choi ! Kau ingat, aku nak kau ke ha ?!"
Lega. Arissa menghembus nafas lega. Namun, tidak sampai 0.001 saat lengan Zafir dicubit kuat oleh Arissa. Zafir mengadu sakit.
"Aku cakap elok-elok, kau main-main. Haa ! Itu makan nya."
Arissa melepaskan cubitan. Zafir menayang sengih.
"Kau betul okay ni ?" Soal Arissa lagi.
"Chill lah. Aku okay lah."
Arissa hanya mengangukkan kepala. Arissa bangun dari duduknya dan berlalu meninggalkan Zafir. Apa yang dia pasti, Zafir memang tengah 'tak okay'.
Arissa kembali ke kaunter. Dari kaunter dia perhatikan Zafir yang duduk di situ. Sekejap Zafir meraupkan wajah, sekejap rambutnya yang panjang dibawa ke belakang, sekejap pandang telefon.
Akhirnya.. dia pergi...
Arissa mengeluh.
_____
"Aku ada dinner dengan Naz."
Arissa memandang Alin. Alin yang sudah cantik dengan penampilan ringkas nya itu, membetulkan lagi tudung yang dipakai olehnya.
"Dah tu, aku nak dinner apa malam ni ?" Soal Arissa tak puas hati.
"Maggie ? Banyak maggie kat dapur."
Arissa mencebik. Bantal dibaling ke tepi.
"Sampai hati kau kan ? Kau pergi makan sedap-sedap. Aku ? Telan maggie je ? Jahat lah kau ni." Arissa berpura merajuk.
Alin tersenyum. Dia kemudian nya, duduk di sisi Arissa.
"Kau, ajak lah Zaf keluar makan. Aku confirm dia nak."
"Gila ! Kau tak tahu ke aku dengan Zaf tu musuh sejati ? Kita orang tak boleh makan semeja."
Alin tergelak. Beg tangan diambil.
"Aku gerak dulu ya ? Bye."
Serentak itu pipi Arissa dikucup. Arissa merungut geli. Untuk seketika, kelibat Alin sudah hilang dari pandangan nya.
Perut yang berbunyi dipegang. Ya Allah ! Lapar sangat ni..
"Dinner solo lah nampaknya."
Arissa bangun dari duduknya. Baju tidur ditukar dengan jumpsuit. Kardigen warna hitam disarung. Shawl dipakai. Muka yang tanpa sedikit make up itu dipandang lama di hadapan cermin.
"Make up or not ? Ala.. takpayah lah, lagi pun nak makan je."
Purse diambil. Langkah terus diatur keluar dari bilik dan turun ke bawah. Jarinya lincah menekan di skrin telefon.
Uber lah geng.
Setiba di kedai makan, Arissa menunggu pesanan sambil mendengar lagu. Namun, keasyikan dia melayan lagu termati apabila kerusi dihadapan nya ditarik oleh seseorang.
Arissa mengangkat wajah. Figura lelaki yang amat dia kenali, berada di hadapan matanya. Arissa menjeling. Lagu dimatikan, mata bertentangan mata.
"Ada aku benarkan kau duduk ?"
"Ini bukan cafe awak. Jadi, saya tak rasa saya perlu minta izin awak, cik Arissa."
"Jerk."
Ashraf hanya senyum nipis.
"Ris sihat ?"
"Perlu ke aku jawab soalan kau tu ?"
"Anggaplah saya, seorang kawan lama yang hanya ingin bertanya khabar."
Arissa menjeling. Telefon dimasukkan ke dalam poket. Dia sudah berdiri,
"Dik ! Order cancel. Sorry !".
Terus Arissa keluar dari cafe tersebut. Kakinya dilangkah laju.
"Eee menyampahnya aku !! Aku nak makan pun tak senang lah !"
Langkah Arissa mati. Tangan nya dipegang oleh seseorang. Arissa berpaling. Dengan kudrat yang ada, Arissa cuba melepaskan namun tidak terdaya.
"Why you hate me so much Ris ?? Why ?!"
"Kau tanya aku sebab apa ?! Kau tanya aku ?!"
Arissa merentap tangan nya. Asharf menanti jawapan Arissa.
"Sebab kau tak layak dipanggil lelaki. Kau binatang ! Kau jantan !!"
Ashraf bengang. Dadanya sudah bergoncak. Nafasnya seperti naga yang sedang menunggu masa mengeluarkan api.
"Aku benci binatang macam kau !! Aku benci kau !! Dasar binatang !!"
"Nur Arissa !!"
Arissa memejamkan mata.
"Don't you dare touch her. She's mine."
Arissa tersentak. Mata dibuka perlahan. Terkejut, tubuh Ashraf sudah terbaring di lantai. Darah yang menitis keluar dari bibir Ashraf dipandang lama oleh Arissa.
"Jom Ris."
Arissa bagai dikawal. Kakinya mengikut langkah Zafir. Namun, langkah nya mati apabila Zafir membawa dia ke kereta.
"Nak pergi mana ?" Soal Arissa.
"Kau bawa kereta ?"
"Tak. Aku naik uber."
Zafir mengangguk. Pintu kereta dibuka, Zafir masuk ke dalam perut kereta. Arissa masih berdiri di hadapan kereta.
"Kau nak makan ke tak ? Aku lapar ni."
"Yelah. Ishh."

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA LAST MINUTE
RomantikaAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.