Part 7

4.1K 163 1
                                    

Arissa memandang wajah Alin lama. Alin yang sedang sibuk memasak langsung tidak perasan dirinya dipandang lama oleh Arissa.

  Fikiran Arissa terlalu serabut. Serabut dengan hal Ashraf, serabut dengan Zafir, serabut dan lemas dengan kisah lama.

  Arissa melepaskan keluhan. Ais-krim coklat disuap ke dalam mulut.

"Kau okay tak Ris ? Macam serabut je aku tengok kau." Soal Alin.

Arissa hanya mengangukkan kepala. Wajahnya kelat tiada senyuman.

"Alin." Panggil Arissa perlahan. Alin memandang Arissa.

"Kau ingat tak... kau ingat tak lelaki 2 tahun lepas ? Yang aku cerita kat kau dulu ?" Soal Arissa.

  Alin berkerut dahi. Lelaki dua tahun lepas ? Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Bawah dagu digaru pula.

  Macam ingat.. macam tak.. dua tahun lepas ? Emm...

"Apa aku ingat dua tahun lepas kau nampak Ashraf dengan... haa !! Aku dah ingat !! Mamat last minute tu ?? Yang penyebab kau kena tinggal bas, kan ??"

  Arissa mengangukkan kepala. Alin menyambung mengacau sup ayam yang dimasak olehnya.

"Kenapa dengan mamat tu ?" Soal Alin serentak itu api dapur dimatikan. Segala pinggan kotor yang berada disinki, dicuci olehnya.

"Zafir mamat last minute tu."

  Terlepas. Cawan yang dipegang oleh Alin terlepas dari tangan nya. Matanya terbuntang luas. Terus dia berpaling memandang Arissa.

"Maka, disebabkan Zafir juga lah kau akhirnya dapat tahu pasal Ashraf ?"

  Arissa diam.

"Dan makna kata, kau perlu berterima kasih dengan Zafir lah ?"

  Arissa kusut. Dia memejam kan mata.

"Patutlah kau macam dah lama kenal dia. Tapi kenapa, dari gaya kau, kau macam tak berapa suka mamat Zafir tu ?"

  Arissa membuka kelopak mata. Nafas dihela perlahan. Cawan kotornya diserahkan kepada Alin, Alin menyambut.

"Alin.. aku.. aku tak tahu nak berterima kasih macam mana. Sebab, setiap kali aku pandang Zaf hati aku sakit. Umpama dia penyebab hati aku terluka."

  Alin tersentak. Cawan yang dipegang diletakkan di dalam sinki. Kerusi yang berada di hadapan Arissa ditarik dan diduduki olehnya.

"Tapi Ris, dia bukan penyebab kau terluka. Dia penyelamat kau. Kalau bukan sebab dia kau tak akan nampak belang sebenar Ashraf."

"Sebab dia, aku nampak benda yang sepatutnya aku tak perlu nampak."

"Lepastu apa ?! Seumur hidup ditipu macam tu je ?! Ris.. Zaf tak salah tau."

  Arissa diam. Sekali lagi, dia melepaskan keluhan.

"Bagi aku, Zaf dah selamat kan kau dari kena tipu. Kau bayangkan, kalau malam tu kau tak terserempak dengan Zaf, kau tak kena tinggal bas, dan kau tak nampak apa Ashraf buat. Kau rasa sekarang ni kau bahagia ke ?"

  Arissa mengangguk. Alin tersentak.

"Bahagia kena tipu ?! Nur Arissa !! Jangan jadi bodoh boleh tak ?! Zafir tak salah Ris." Suara Alin naik satu oktaf.

  Memang ! Memang dia tak salah. Tapi sebab dia, sebab dia aku nampak benda yang sepatutnya aku tak nampak. Aku lebih rela ditipu daripada dikhianati dengan jijik.

  Bahagia ?

"Sekarang apa Lin ? Aku dah tahu semuanya, kau tengok aku bahagia ke sekarang ni ? Aku bahagia ke ?"

  Alin tersentak. Wajah Arissa sudah berubah.

"Langsung tak Lin, aku langsung tak bahagia. Aku hidup dengan luka, kecewa, kesakitan. Aku sendiri rindu nak gelak Lin.. Aku rindu semua tentang diri aku."

  Suara Arissa sudah pecah. Tubir matanya hampir menitiskan air mata, namun ditahan olehnya

"Kau tahu dulu betapa sayangnya aku dekat Ashraf. Semua Lin, semua perkara yang aku buat aku fikir dia. Dia umpama keutamaan aku. Tapi apa dia buat dekat aku ? Dia..."

  Ayat Arissa tergantung. Air matanya menitis. Terlalu sakit. Dada yang terasa sesak dan sebak ditepuk olehnya

"Redha Ris. Redhakan semuanya. Bila kau redha, perlahan-lahan kau akan terima hakikat ni." Ujar Alin lembut.

"Sakit Lin.. sakit sangat.. luka aku tak pernah sembuh Lin.. aku.. aku rindu.. aku rindu aku yang dulu.."

  Alin terdiam. Dibiarkan sahaja Arissa menangis.

_______

  Zafir memandang Alex melalui pantulan cermin. Alex pula yang sedang sibuk menyolek seorang model langsung tidak perasan dirinya diperhatikan. Sally datang bersama sehelai gaun berwarna soft pink.

"Emma, try this first."  Ujar Sally sambil menghulurkan gaun tersebut. Emma menyambut dan terus masuk ke dalam fitting room.

  Sally mengambil tempat disebelah Zafir. Mata Zafir masih terlekat ke arah Alex.

"Bos ! Tengok apa ?" Soal Sally.

  Zafir tersentak. Dia memandang ke arah Sally sekilas sebelum dia memandang ke arah Alex semula.

"Buat terkejut aku je. Taklah, aku tengok Alex, pandai dia make up."

  Sally tayang muka pelik. Dah tentu dulu si Alex tu dia yang daftarkan kelas solekan, mestilah pandai solek. Apa masalah bos aku ni ?

"Bos, ada masalah ke ?" Soal Sally. Laju saja kepala Zafir menggeleng. Sally mencebik bibir.

"Ada masalah cerita ajelah." Ujar Sally. Zafir memandang ke arah Sally. Perlu ke aku tanya minah ni ? Tapi kalau aku tak tanya dia, nak tanya siapa ? Naz ? Dia tu tak berguna langsung..

"Kau rasa, pertemuan seseorang tu indah atau tidak ?" Soal Zafir. Sally senyum.

"Pertemuan itu dirancang oleh Allah. Ada sebab Allah temukan kita dengan dia. Ada untuk kebaikan dan ada untuk menyedarkan kita sesuatu."

  Zafir mengetap bibir. Menyedarkan sesuatu ? Iya, pertemuan bersama Arissa menyedarkan bahawa...

"Aku.. aku tak tahu nak berterima kasih atau tak dekat dia. Dia sedarkan aku yang aku tak penting. Aku rasa, kalau aku tak terserempak dengan dia malam tu, mesti sekarang ni aku bahagia je kan ?"

Sally diam. Dia tahu Zafir sedang maksudkan seseorang. Melihat tiada jawapan dari Sally terus Zafir berdehem.

"Kalau bos rasa dia dah bantu bos malam tu, bos berterima kasih lah. Tapi kalau bos tak rasa macam tu, berhenti kenang masalah lalu. Hidup ni ada pilihan. Bos yang pilih untuk sedih bukan bahagia. Keep strong Zaf."

  Zafir tersentak. Terus Sally beredar dari situ apabila namanya dilaung kuat oleh Emma.

  Aku yang pilih untuk sedih, jadi kenapa aku nak salah Arissa ? Ini pilihan aku.

CINTA LAST MINUTEWhere stories live. Discover now