"Ikut awak balik kampung ? Are you serious ?"
Arissa menganggukkan kepala. Spagetti disuapkan ke dalam mulut. Wajah Zafir yang tampak sungguh terkejut itu dipandang lama oleh Arissa.
"Awak tak nak ikut saya ke ? Saya dah bagitahu abah."
Mata Zafir terbuntang luas lagi sekali. Air liur ditelan terasa pahit. Eh ? Selama ni air liur rasa manis ke ? Ah ! Sudah.. melalut.
Arissa terasa. Reaksi Zafir bukan lah seperti yang dia bayangkan. Sangka nya, Zafir akan teruja, atau akan banyak tanya soalan. Malangnya, menyimpang.
Yang keluar dari mulutnya dari tadi. 'Are you serious ?' Agak, sedang nampak aku ni sedang ajak bergurau ?
Arissa melepaskan keluhan. Garfu diletakkan perlahan, minuman disedut. Mulut yang sedikit comot, dilap.
"Saya tak paksa awak Zaf. Saya tak ada pun paksa kalau awak tak ikut, jangan cari saya. Saya tak ada paksa. Suka hati."
Zafir dipukul rasa serba salah. Kepala yang tidak gatal, digaru olehnya. Aduh.. macam mana ni ? Bukan nya tak nak ikut, tapi...
Segan ?!! Lol Zaf ! Kau lelaki weh ! Sepatutnya kau yang ajak dia jumpa parents kau, bukan Arissa dulu.
Tapi, tak ke terlalu awal semua ni ? Perlu ke sampai tahap jumpa mak ayah semua ni ?
Kau nak tunggu Arissa diminang orang baru kau nak menyesal ke Zafir ?
"Awak ! Saya cakap dengan awak tau, yang awak diam je kenapa ?"
Lari. Lari semua bisikin hati dan akal tadi. Zafir memandang wajah Arissa. Arissa makin terasa hati. Mindanya mula berfikir hal yang bukan-bukan.
Arissa mengeluh.
"Lepas jumpa Syifa, awak terus lain kan ? Kalau awak masih sayangkan dia, pergi lah dekat dia. Saya nak balik."
Arissa bangun dari tempat duduknya. Beg tangan dicapai, lalu meninggalkan Zafir sendiri di situ. Kakinya melangkah laju keluar dari restoren tersebut.
Zafir masih duduk di situ. Rasa serba salah mula menikam hatinya. Tapi rasa serba salah itu sebentar sahaja tiba. Yang timbul adalah persoalan.
"Aku salah ke ? Salah aku ke ? Mana ada aku buat salah." Monolog Zafir sendiri.
______
Naz menggelengkan kepala. Susah kan ? Kalau dapat member otak separuh je ni ? Tak faham aku macam mana gaya lagi aku nak jelaskan dekat dia.
Naz duduk bersandar di sofa. Wajah Zafir yang kusut itu dipandang lama.
"Naz ! Tolong lah aku. Aku tak tahu nak buat apa ni." Ujar Zafir.
"Aku nak bodohkan kau, kau ni bijak. Tapi maaflah, kau memang ada sikit bodoh tu."
Zafir menjeling. Drastik itu, bantal yang berada di sisinya dibaling, mengena tepat wajah Naz. Naz mendengus kasar.
"Aku suruh kau tolong aku, bukan carut aku."
"Yelah. Apa susah, kau ikut jelah. Bukan nya lama pun kau ikut dia balik Penang. Bila lagi kau nak kenal mak abah dia ? Takkan tunggu lagi 3 tahun ? 4 tahun ? 5 tahun ?"
Zafir menggaru kepalanya. Rambutnya yang panjang itu, disisir ke belakang.
"Aku bukan tak nak ikut. Nak. Tapi aku macam segan."
"Sumpah aku cakap ! Kau ni spesis sajat. Bro, you are a man. Sepatutnya, apa yang Ris buat ni, kau dah buat dulu. Bukan dia yang mulakan langkah. Sepatutnya kau."
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.