"Tak guna kau Arissa ! Depan Zafir kau tampar muka aku ?! Dasar perempuan kampung !!"
Stereng kereta dihentak kuat olehnya. Wajahnya bengis penuh dengan rasa amarah. Pipi yang masih terasa bisa dielusnya sendiri.
"Tak apa Arissa. Aku akan pastikan, kau tak akan pernah bahagia lah !"
BMW 5-series miliknya terus memecut laju di atas jalan raya. Otak nya ligat memikirkan idea-idea jahat untuk menghancurkan kebahagiaan Arissa. Bermacam cara akan dia lakukan untuk melihat Arissa terseksa.
______
"Zafir ?! Apa kau buat ni ?!."
Naz menuju ke arah Zafir. Tubuh Arissa yang terbaring dilantai, dipandang seketika.
"A..ku tak sengaja Naz.. A...ku tak.. tahu." Zafir menjawab gagap.
Naz menggaru kepala tidak gatal. Telefon yang berada di poket seluar dikeluarkan. Nombor seseorang didail olehnya dan terua dilekap ke telinga. Selang beberapa minit, talian dimatikan.
"Takkan kau nak biarkan dia baring kat situ ? Angkat lah, baringkan kat sofa." Arahan dari Naz menyedarkan Zafir, dengan lantas dia menurut. Tubuh Arissa kini sudah terbaring di sofa.
Zafir duduk di tepi dan memandang wajah isterinya yang tertutup mata itu. Hatinya sebak. Bagaikan ingin membunuh diri.
Apa kau buat ni Zaf ?! Ini isteri kau, kenapa kau buat isteri kau terseska ?! Apa kurang Arissa sampai kau seksa dia ?! Kau bodoh Zaf ! Kau bodoh !!
Naz yang menyedari perubahan riak wajah kawan nya itu. Terus dia mendekati.
"Chill bro. Ini bukan salah kau. Jangan salahkan diri kau."
"Tak Naz ! Memang salah aku, aku bodoh ! Aku lebih percaya kata orang luar dari isteri aku sendiri. Aku salah."
"Arissa !!."
Naz dan Zafir memandang ke arah pemilik suara. Alin berlari anak mendapatkan Arissa yang terbaring di sofa. Drastik, airmata nya jatuh melihat keadaan sahabat baiknya itu. Dielus pipi Arissa, disisir rambut Arissa.
Mata Alin menjeling Zafir, dan tanpa di duga tubuh Zafir ditolak, Zafir jatuh terduduk. Naz yang sedikit terkejut, terus memeluk erat bahu Alin.
"Apa kau buat hah ?! Kau ni... memang tak guna ! Lelaki tak guna ! Ini kali kedua kau buat Arissa pengsan !"
Zafir tersentak. Tak guna ? Ya Zafir, kau memang tak guna ! Kau memang lelaki tak guna. Kau tak layak untuk pegang gelaran suami.
"Sayang... shhh... kenapa cakap macam tu ?" Naz menenangkan Alin. Alin memandang wajah Naz.
"Dia seksa kawan saya. Takkan saya nak diam ? Kalau Arissa sakit, saya pun terasa Naz."
"Ya saya tahu. Tapi, Zafir tu suami Arissa. Awak tak boleh nak hina suami kawan awak macam tu."
Alin memandang Zafir sekilas. Memang jelas wajah Zafir sedang buntu. Alin mengendahkan.
"Awak dah call doktor ?"
"Dah Yangg, kejap lagi sampai kut. Dah, awak jangan marah-marah macam ni."
Alin hanya mengangguk.
"Bro, kita tunggu doktor kat bawah." Ajak Naz. Zafir hanya menurut. Kini, tinggal lah Alin dan Arissa.
Alin semakin risau apabila Arissa tidak memberi apa-apa tindak balas. Alin memegang lengan Arissa. Matanya menangkap sesuatu.
"Lebam ? Kenapa lebam macam ni." Monolog Alin sendiri.
Dengan perlahan, Alin ingin menyentuh kesan lebam yang terdapat dipergelangan tangan Arissa, namun belum sempat dia berbuat demikian, Arissa tersedar dari rebah nya.
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.