"Pelik saya tengok awak ni Humairah, Zafir tu saya tengok dah cukup elok untuk Arissa, apa yang awak tak puas hati lagi?" ujar Tuan Haji Ahmad dengan nada tegas.
Puan Hajah Humairah yang duduk di birai katil hanya membatukan diri.
"Awak memang sengaja nak buat Zafir tu terasa hati dengan awak ke? Adab awak mana Humairah?" soal suaminya lagi.
"Ada saya cakap saya tak suka Zafir ke? Tak ada kan. Awak jangan nak salahkan saya je."
Tuan Haji Ahmad menggelengkan kepala.
"Awak tak cakap awak tak suka, tapi cara awak tu memang tunjuk awak tak suka dekat dia. Apa yang rasuk awak sampai awak jadi macam ni?"
"Rasuk apanya. Saya okay je ni."
Tuan Haji Ahmad malas melayan. Tuala yang berada di atas katil dicapai olehnya.
"Kalau awak benci Zafir disebabkan dia yang jadi menantu awak bukan Asyraf, saya nak awak tahu satu benda. Belum tentu budak Asyraf tu boleh bahagiakan Arissa."
Tuan Haji Ahmad berjalan ke arah bilik mandi. Namun belum sempat dirinya masuk ke dalam bilik mandi. Langkahnya mati.
"Fikir dulu sebelum bercakap. Awak tak suka dekat orang, awak ingat dia orang suka dekat awak?"
Tuan Haji Ahmad masuk ke dalam bilik mandi. Pintu sengaja ditutup kuat. Puan Hajah Humairah menjeling tajam.
"Itulah dia. Kalau pasal anak menantu dia, aku ni di marah, di perli suka hati." gomel Puan Hajah Humairah.
______
Zafir bangun awal pagi. Usai solat subuh tadi, dia tidak terus kembali tidur. Dia turun ke dapur dan menyiapkan sarapan tanpa bantuan Arissa. Jam di dinding dipandang olehnya. Sudah tepat jam 7 pagi. Sedang asyik Zafir menyediakan air kopi, tubuhnya dipeluk oleh seseorang.
"Selamat pagi puteri kesayangan abang.." ucap Zafir dengan lembut. Arissa tersenyum.
"Awalnya abang bangun?." soal Arissa.
"Abang nak buatkan sarapan untuk isteri tersayang abang ni."
Arissa meleraikan pelukan. Dicuit hidung mancung Zafir. Matanya memandang ke arah meja dapur.
"Abang masak apa?
"Abang buat nasi lemak je."
Mata Arissa terbuntang luas. Nasi lemak je? Aku yang perempuan ni pun tak pandai lagi buat nasi lemak. Dia boleh buat? Ya Allah!! Malunya...
Arissa senyum nipis. Kerusi di tarik dan diduduk olehnya.
"Arissa? Kenapa ni?" soal Zafir lembut.
"Sayang malu lah."
"Malu sebab apa?"
"Sepatutnya, sayang yang buat nasi lemak tu bukan abang. Arissa yang perempuan ni pun tak pandai buat nasi lemak."
Zafir tersenyum. Coklat panas yang memang dia sediakan untuk Arissa, dihulurkan kepada Arissa. Arissa menyambut.
"Ala sayang, abang tak kisah Arissa pandai masak atau tidak. Kita boleh belajar. Arissa sudi jadi permaisuri hati abang pun abang dah bersyukur sangat."
Arissa tidak senyum.
"Lagipun, abang memang sengaja buat nasi lemak ni. Yalah, abah dengan mak kan ada kat sini. Takkan kita nak jamu dia dengan sarapan biasa."
"Abang betul-betul tak terasa hati dengan mak ke?"
"Tak. Abang faham mak mungkin rasa diri dia tak penting. Sebab semua orang taknak ikut cakap dia. Tapi abang tahu, mak tu sekejap aje. Arissa jangan risau ya."
Arissa hanya mengangguk kan kepala.
"Nak tolong abang tak?" soal Zafir lembut.
"Abang nak Arissa buat apa?"
"Tolong kekal ada dalam hati abang sampai bila-bila. Boleh sayang?"
Arissa tersipu malu. Lengan Zafir dicubit olehnya.
"Abang sengaja ya?"
"Alolo.... Manja nya dia."
Arissa tersenyum manis.
"Amboi.. Amboi... Pagi-pagi dah buat drama Akasia ni."
Zafir dan Arissa menoleh ke belakang. Wajah Tuan Haji Ahmad dipandang oleh mereka berdua.
"Abah, awalnya abah bangun?" soal Arissa.
"Abah dah biasa bangun awal. Arissa masak apa?"
"Hehe.. Ris baru bangun bah. Abang yang masak. Dia buat nasi lemak."
Zafir menayang sengih.
"Wah! Abah tak sangka Zafir pandai masak."
"Tak adalah pandai sangat bah. Ini pun tengok Youtube juga. Kalau tidak, nasi lemak jadi bubur."
Arissa tergelak. Tuan Haji Ahmad hanya tersenyum.
"Abah seminggu dekat sini?" soal Zafir.
"Lepas makan tengah hari, abah dah gerak balik."
"Awalnya. Duduk lah lama lagi." ujar Arissa.
"Betul tu bah, abah baru sampai semalam petang. Harini nak balik dah."
Tuan Haji Ahmad memandang wajah Arissa dan Zafir. Jelas terpacar wajah berharap meraka.
"Iyalah, lusa abah balik ya?"
Arissa tersenyum gembira.
"Nanti lepas sarapan, abah teman Ris pergi belanja boleh?" ajak Arissa.
"Eh, awak tu dah ada suami. Ajak lah suami awak."
"Ala abah ni..." rengek Arissa. Zafir tersenyum melihat telatah lucu isterinya itu.
Manja sungguh Arissa dengan abah. Apa perasaan abah agaknya bila dia dapat tahu hal yang sebenar berlaku? Aku harap abah takkan membenci aku.
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.