Puan Mariam dan Ashraf meminta diri untuk pulang. Arissa bersalaman dengan Puan Mariam. Dikucup pipi orang tua itu. Ashraf hanya memerhati. Zafir hanya senyum.
Setelah Puan Mariam dan Ashraf berlalu pergi. Laju saja Arissa mendapatkan abahnya.
"Abah serius ke ?" Soal Arissa.
"Serius pasal apa ?"
"Nak kahwinkan Ris dengan Zaf ?"
Puan Hajah Humairah malas ingin mendengar perbualan mereka. Gelas yang berada di atas meja dikemas lalu dibawa ke dapur.
Arissa, Zafir dan Tuan Haji Ahmad duduk semula di ruang tamu. Tuan Haji Ahmad memandang wajah anak daranya itu.
"Arissa sayangkan Zafir ?"
Malu. Segan. Zafir sudah terdiam seribu bahasa. Arissa sudah merona merah. Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan. Zafir tersenyum. Namun, senyuman itu disembunyikan.
"Zafir pula ?" Soal Tuan Haji Ahmad.
Zafir memandang wajah Arissa sekilas sebelum menjawab persoalan Tuan Haji Ahmad.
"Saya tak sayang dia..."
Arissa tersentak. Tuan Haji Ahmad sudah berubah riak wajah.
"....tapi saya ingin jadikan dia sebagai makmum saya. Saya ingin halalkan dia."
Arissa tersipu malu. Alahai Zaf.. saja nak buat jantung aku terlompat keluar agaknya. Tuan Haji Ahmad tersenyum.
"Kalau macam tu, minta mak ayah Zaf masuk meminang Arissa."
Zafir senyum nipis. Mama ? Papa ? Mahu ke mereka ? Tetapi, apa yang penting aku kena kenalkan Arissa kepada mereka dahulu.
"In shaa Allah. Nanti Zaf bincang dengan keluarga Zaf."
"Benda yang elok jangan dilambat-lambatkan. Elok dipercepatkan."
Zafir hanya mengangguk. Matanya memandang ke arah Arissa. Demi wanita ini, aku akan buat apa sahaja. Asalkan dia bahagia.
_______
Arissa dan Zafir ada berbaki 2 hari di Pulau.Pinang, sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur.
Jadi, Arissa mengajak Zafir untuk pergi ke Bukit Bendera. Ingin menghabiskan masa cuti dengan perkara yang lebih berfaedah.
Untuk naik ke puncak Bukit Bendera, Zafir dan Arissa memilih untuk menaiki kereta api. Kerana alternatif itu lebih selesa digunakan.
Arissa dan Zafir memandang ke arah luar pemandangan. Kehijauan alam menenangkan mata dan hatinya.
Zafir mencuit hidung Arissa. Arissa membuat muka.
"Kenapa cuit-cuit ni ?" Soal Arissa.
"Rindu."
Arissa malu. Terus dia memandang ke arah lain. Zafir tergelak kecil.
"Tunggu nanti kita kahwin, saya buat awak hilang rasa malu tu bila dengan saya."
Arissa memandang ke arah Zafir. Pandangan matanya diubah. Zafir terkedu. Sengaja Arissa mendekatkan dirinya ke arah Zafir. Zafir sudah tidak senang duduk.
"Saya akan buat awak yang akan malu malam pertama nanti." Bisik Arissa.
Zafir menelan air liur. Ish.. tak sangka si lembut Arissa ni ganas rupanya..
Kereta api sudah berhenti. Pintu dibuka. Mereka keluar dengan berhati-hati. Keluar sahaja dari kereta api, Arissa mendepakan tangan dan menghirup udara segar.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.