Arissa duduk di sofa ruang tamu. Matanya memandang ke arah Alin yang sedang khusyuk menonton drama. Snek yang berada di atas meja, dicapai oleh Arissa.
Alin yang baru menyedari kehadiran Arissa hanya memandang sekilas lalu menonton kembali drama yang tertayang.
Mulut Arissa tidak berhenti mengunyah. Matanya tidak lekang dari drama. Tetapi fikiran nya, jauh melayang..
Sudah masuk 2 minggu dia pulang ke Kuala Lumpur. Ini bermakna sudah dua minggu jugalah dia dengar bermacam-macam alasan dari Zafir. Kadang, sampai dia penat untuk bertanya soalan yang sama.
Bila diajukan soalan mengenai hubungan mereka, ada saja alasan Zafir guna. Masih awal, jangan terburu-buru, ada jodoh tak ke mana. Banyak lagi alasan, sehingga penat nak senaraikan.
Apabila berbual mengenai keluarga dia, Zafir akan jadi hilang mood. Tiba-tiba sahaja bersikap dingin. Sedangkan soalan yang Arissa tanya bukanlah soalan mengenai berapa-ramai-bekas- teman wanita dia ada.
Hal ini pun, keluarga Arissa sudah tanya banyak kali. Terutama, Tuan Haji Ahmad. Setiap kali telefon, soalan pertama yang dia akan tanya
'Arissa dah jumpa keluarga Zaf ?'
Dan Arissa pula yang terpaksa menggunakan semula alasan Zafir. Kadang ada sampai tahap putus asa. Tetapi..
Kerana sayang.. Dia masih bersabar, walaupun dia sebenarnya dah cukup penat dengan alasan dan alasan dan alasan yang tidak akan pernah ada noktah.
Arissa melepaskan keluhan.
"Ris.. kau okay tak ? Lately ni, aku tengok kau macam tak ada semangat langsung. Kafe pun dah lama tak masuk. Kak Syam asyik tanya bila kau nak bagi dia manuskrip ?"
Arissa mengeluh lagi. Haih ! Disebabkan alasan demi alasan yang aku terima dari Zafir, akhirnya aku dah pandai mencipta alasan aku..
Kak Syam pun satu, dia ingat kerja aku ni senang macam dia ? Dia tu kalau lambat hantar buku tak ada pula aku tanya macam macam..
Arghh Arissa !! Sejak bila kau dah pandai duk menilai orang ni ?! Relax Ris..
Tarik nafas
Hembus..
Fuhh...
"Aku okay lah. Esok kau call Kak Syam, minta dia tambah lagi seminggu, dah nak siap manuskrip tu, cuma aku nak edit sikit."
"Yelah. Tapi betul kau okay ?"
"100% okay !!"
Alin mengangguk kan kepala. Alahai Ris.. dengan aku orang yang paling lama kau kenal ni pun nak berahsia..
Naz ada cerita dekat Alin tentang masalah Zafir yang terlalu suka mengelak dari masalah dan kerap bagi alasan. Sedangkan, masalah yang dia ada itu, hanya lah masalah yang sebenarnya tak besar mana.
Naz sudah bagi cadangan kepada Zafir, bawa Arissa jumpa mama nya dahulu. Tetapi, tidak tahu apa sebenarnya Zafir fikir sehinggakan dia rela bagi alasan yang dalam diam menyakitkan hati Arissa.
"Kau sebenarnya fikir pasal Zafir kan ?" Teka Alin.
Arissa memandang Alin lalu melepaskan keluhan.
"Entah lah weh. Aku tak tahu apa lagi aku nak cakap dekat abah. Abah setiap hari tanya, tak kan aku nak terusmenerus tipu abah ?
"Kau dah tanya Zafir ?"
"Ya Allah Alin ! Setiap hari aku tanya dia, aku bagitahu dia yang abah dah tanya, dia tetap bagi aku alasan, alasan, alasan dan alasan !!"
Suara Arissa naik satu oktaf. Terlalu penat sehingga tertekan sebegini.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.