Arissa memasuki ruang dapur bersama Puan Hajah Humairah. Zafir dibiarkan duduk berbual bersama abahnya.
Arissa memandang wajah ibunya sekilas, sebelum membuka peti ais dan mengeluarkan manisan.
"Siapa yang Ris bawa balik tu ?" Soal Puan Hajah Humairah dengan serius.
"Tak kan calon suami untuk mak ? Calon suami Ris lah tu."
Puan Hajah Humairah. Bibirnya terkumat-kamit beristifar. Serentak itu, bahu Arissa dipukul. Arissa mengadu kesakitan.
"Apa mak ni ? Sakit tau tak ?"
"Bagus sakit. Siapa benarkan Ris cari calon sendiri ?"
"Abah."
Pening. Makin pening kepalanya dibuat. Puan Hajah Humairah menarik kerusi dan duduk di hadapan anak daranya itu.
"Boleh tak Ris jangan buat keputusan sendiri. Mak tak suka."
Arissa tersentak. Matanya menikam pandangan Puan Hajah Humairah.
"Mak fikir Ris suka bila mak sibuk jodohkan Ris dengan Ashraf ? Jangan novelkan hidup Ris mak."
Arissa memandang wajah Puan Hajah Humairah sekilas, lalu pandanganya beralih ke arah manisan. Manisan ditukar pinggan lalu diletakkan di dalam dulang.
Dulang di tatang.
"Ris nak ke depan. Mak jangan bertapa dekat dapur pula. Depan tu ada tetamu." Tegur Arissa sebelum keluar dari ruang dapur. Puan Hajah Humairah termakan sindiran. Mata dileretkan.
Arissa berjalan ke arah Zafir dan abahnya. Dulang diletakkan di atas meja. Pinggan yang berisi manisan, dihulur. Zafir dan Tuan Haji Ahmad menyambut.
"Zaf tidur rumah abah je ya malam ni ?"
Arissa tersentak. Mata dikedip berulang kali. Aku salah dengar atau memang betul apa aku dengar ?
"Menyusahkan pak... maksud Zaf, menyusahkan abah je. Tak apa, Zaf boleh tidur hotel."
Sah ! Aku tak salah dengar. Memang betul lah, Zafir panggil abah aku dengan panggilan abah, dan abah gelarkan diri dia abah.
Eh ! Abah betul...
"Arissa, nanti bilik tetamu jangan lupa kemas. Cadar tilam, bantal tu tukar yang lain."
Arissa hanya mengangguk. Zafir memandang Arissa lalu senyum. Tuan Haji Ahmad memandang ke arah jam dinding yang tergantung.
"Arissa boleh solat ?" Soal Tuan Haji Ahmad.
Arissa menggeleng.
"Kalau macam tu tak apa, abah bawa Zaf solat dekat masjid sekejap."
Zafir dan Arissa berpandangan. Jam di dinding dipandang, sudah nak masuk solat Maghrib, rasanya mesti abah nak bawa jumpa orang-orang masjid.
"Bagilah Zaf mandi dulu bah, tak selesa pula dia nanti solat baju peluh-peluh."
Tuan Haji Ahmad mengangguk setuju.
"Zaf, kamu pergi mandi dulu. Jangan lambat sangat. Nanti saf hadapan dah penuh."
"Baiklah abah, Zaf naik dulu." Zafir bangun dari duduknya. Beg baju yang diletak tepi sofa, dibawa sekali.
Apabila kelibat Zafir sudah hilang dari pandangan, laju Arissa duduk disebelah Tuan Haji Ahmad.
"Abah suruh dia panggil abah, abah ke ?"
Tuan Haji Ahmad mengangguk.
"Abah dah berkenan ke ?"
Tuan Haji Ahmad senyap. Arissa gusar.
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
DragosteAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.