"Sayang jumpa Syifa?"
Arissa memandang ke arah Zafir. Wajah Zafir yang jelas terperanjat itu dipandang oleh Arissa.
"Sayang jumpa dia atau dia yang jumpa sayang? Kenapa? Sayang tak boleh jumpa Syifa ke?" soal Arissa. Arissa merenung tajam ke arah suaminya itu. Zafir meraupkan wajahnya. Laptop yang terbuka, di tutup olehnya.
Suasana di studio sepi. Arissa masih memandang suaminya itu. Alex dan Sally yang berada di ruangan belakang curi curi melihat mereka berdua.
"Bukan tak boleh sayang, tapi abang taknak sayang sakit hati lagi dengan cara Syifa tu. Abang taknak bertambah masalah dengan Syifa. " ujar Zafir serentak itu dia mengambil langkah ke arah Arissa. Arissa menjeling. Pandangan Arissa sudah tidak lagi difokuskan ke suaminya.
"Sayang tak faham. Sayang pergi mana-mana, jumpa semua ahli keluarga abang. Syifa yang sentiasa diutamakan. Kalau abang rasa menikah dengan sayang ni satu keputusan yang salah. Ceraikan sayang."
Zafir tersentak.
"Astaghafirullahalazim... Nur Arissa?! Apa awak merepek ni?!" suara Zafir cecah satu oktaf. Alex dan Sally yang dari tadi memerhatikan mereka berdua terkejut dengan kenyataan Arissa.
Zafir mengambil tempat di hadapan isterinya itu.
"Sayang sedar tak apa sayang cakap ni? Hanya disebabkan perkara kecil macam ni sayang berani bercakap pasal bercerai dengan abang?"
"Hal kecil? Hal kecil abang cakap? Abang lupa ke? Dari awal sayang jumpa family abang. Syifa punca sayang merajuk. Sehari selepas sayang sah jadi isteri abang, sayang terasa hati dengan mama sebab Syifa. Syifa mengaku depan mama yang dia sayangkan abang lagi. Hal kecil abang cakap?"
Arissa memandang wajah suaminya dengan pandangan dingin.
"Semua masalah yang kita dapat. Semua nya berpunca dari Syifa. Abang sedar tak? Sayang ingatkan bila Syifa nak berkahwin dengan Zaimil. Takkan ada apa apa masalah lagi yang melibatkan dia. Tapi sekarang? Ada lagi?" soal Arissa dengan keras.
"Sekarang, sayang nak salahkan mama dengan Syifa? Macam tu?" soal Zafir.
"Habis tu, semua ni salah Arissa ke? Sayang salah lah sebab sayang pilih untuk kahwin dengan abang? Sayang lah punca segala masalah yang ada ni?"
Zafir terdiam. Fikiran nya kusut dan buntu. Tak.. Zafir.. Bukan macam ni cara selesaikan masalah semua ni.. Bukan dengan cara salahkan Arissa. Bukan ini cara nya..
"Sayang.. Abang nak sayang dengar betul-betul apa yang abang nak cakap ni. Abang, takkan sekali pun lepaskan Arissa. Takkan pernah terjadi dan takkan pernah terlafaz perkataan tu dari mulut abang. Arissa ingat tu."
"Walaupun semua masalah ni datang dari sayang? Abang taknak lepaskan Arissa?"
"Sayang... Semua masalah ni bukan punca dari sayang. Sayang tak ada salah apa pun dalam semua masalah ni. Bagi abang masa, abang akan perbetulkan semua ni. Tapi abang merayu sangat sangat, jangan pernah minta abang untuk lepaskan Arissa." ujar Zafir dengan lembut. Arissa hanya mematikan diri.
"Nasib baik bos tak cakap perkataan tu. Kalau tidak... Taktahu lah nak cakap apa." ujar Alex dengan nada risau.
"Kau gila ke bos nak cakap perkataan tu. Bos sayang gila dengan Arissa." jawab Sally.
"Aku tahu lah bos sayang Arissa, tapi kenapa Arissa minta bos lepaskan dia?" Soal Alex.
"Itu cuma trick je. Orang perempuan ni, dia tahu cara nak bermain dengan ego lelaki. Orang lelaki pula kena pandai turunkan ego demi orang yang dia sayang. Kalau bos pentingkan ego dia. Aku rasa bos dah cakap juga perkataan tu."
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.