Part 65

508 27 0
                                    

"Arissa.."

  Arissa memandang ke arah pemilik suara. Wajah Zaimil dipandang oleh Arissa. Sudah 3 hari Arissa berada di hospital, keadaan Arissa yang terlalu lemah menyebabkan dia di tahan lagi berapa hari. Arissa memandang ke arah sehelai kertas yang di bawa oleh Zaimil bersama.

Wajah serius Zaimil menimbulkan pelbagai tanda tanya di benak fikiran Arissa.

"Ya saya, kenapa ya Mil? Saya tengok muka awak serius je ni" ujar Arissa.

Zaimil berdiri di hadapan Arissa. Wajah kakak ipar nya itu dipandang oleh nya sebelum.

"I have something to tell you." ujar Zaimil.

"Then, tell me." jawab Arissa.

  Zaimil mengambil nafas sedalamnya sebelum dihembus perlahan.

"You're pregnant Ris. Congratulations!" ujar Zaimil dengan senyuman.

  Arissa terkedu. Terkejut. Dia menutup mulutnya dengan tapak tangan nya. Air mata kebahagiaan mula menitis. Dia memandang wajah Zaimil dengan penuh senyuman.

"Serius lah Mil? Saya pregnant?" soal Arissa lagi

Zaimil mengangguk kan kepala.

"You should tell your husband Ris." ujar Zaimil. Arissa mengangguk kan kepala. Senyuman di bibir nya masih terukir. Perlahan dia mengusap perut nya.

"Awak dah mengandung 7 minggu. Awak tak perasan ke?" soal Zaimil. Arissa menggelengkan kepala.

"Saya busy sangat lately ni, sampaikan saya sendiri tak perasan saya dah lambat datang haid."

Zaimil mengangguk kepala tanda faham.

"For now, it's still new so saya harap awak dapat jaga elok-elok. Awal kandungan ni selalunya rahim masih belum kuat lagi, so just be careful okay."

  Arissa mengangguk. Usai itu Zaimil keluar dari bilik nya. Tangan Arissa masih berada di perut nya, senyuman di bibir masih lagi terukir. Di dalam hati nya, dia sangat sangat bersyukur.

Arissa sudah mula tidak sabar untuk bertemu dengan suaminya. Dia fikiran nya, dia sudah merancang untuk memberi kejutan ke suami nya itu. Senyuman di bibir semakin lebar apa bila dia membayangkan wajah gembira suami nya.

"Mesti abang gembira" ujar Arissa sendiri dengan senyuman di bibir.

___________

"Waalaikummussalam..."

Puan Hajah Humairah memandang wajah suaminya itu. Panggilan dari Zafir memeranjatkan Tuan Haji Ahmad. Dia memandang wajah isteri nya.

"Kenapa bang?" soal isteri nya risau.

"Arissa, masuk hospital. Dah 3 hari dia dekat hospital." ujar Tuan Haji Ahmad. Puan Hajah Humairah terkedu. Dia beristifar panjang.

"Arissa sakit ke bang?" soal isteri nya.

Tuan Haji Ahmad memandang wajah isteri nya. Kalau dia tahu, si budak Ashraf penyebab anak perempuan nya itu masuk ke hospital, pasti mengamuk.

"Abang.. Saya tanya ni, Ris sakit ke? Kenapa dia masuk hospital? Zafir ada buat apa apa ke dekat Ris? Bang.. Jawab lah"

  Tuan haji Ahmad menghela nafas panjang. Dia melabuhkan punggung nya dan duduk di sofa. Wajah isteri nya itu dipandang olehnya.

"Arissa masuk hospital bukan sebab Zafir. Tapi sebab si budak Ashraf tu. Dia datang ke kafe Arissa, mengamuk tak tentu pasal, dicekik nya Arissa. Nasib baik Zafir sempat datang. Kalau tidak saya tak tahu apa si budak Ashraf tu buat dekat anak saya."

  Puan Hajah Humairah tersentak. Di minda nya mula terbayang wajah Ashraf yang sentiasa nampak baik itu. Yang sentiasa ada senyuman di wajah nya, menghormati orang tua.

Ternyata.. Palsu semuanya...

"Lelaki yang macam itu awak nak dijadikan sebagai menantu, sebagai suami Arissa. Sekarang awak tengok, Tuhan dah tunjuk kan dekat awak, mana kaca mana berlian."

Puan Hajah Humairah membatukan diri. Rasa syukur mula terbit di hati nya. Dia bersyukur suaminya itu nikahkan Arissa dengan pilihan hati anak nya. Dia bersyukur suami nya itu tidak ikut pilihan nya. Dia bersyukur... Zafir lebih dari mampu menjaga anak tunggal nya itu.

Dengan rasa serba salah, Puan Hajah Humairah mendekati suaminya. Dia melutut di hadapan suaminya itu. Tuan Haji Ahmad tersentak. Tangan suaminya diambil olehnya lalu dikucup

"Saya minta maaf sebab selama ni saya banyak melawan cakap abang, bantah keputusan abang dan Arissa. Saya bersyukur sebab abang kahwinkan anak saya dengan orang yang tepat." ujar Puan Hajah Humairah perlahan.

Tuan Haji Ahmad memandang lama isteri nya. Dia tersenyum. Kepala isteri nya di pegang lalu dielus perlahan. Puan Hajah Humairah mengangkat wajah lalu memandang tepat wajah suaminya.

"Saya dah lama maafkan awak Humairah. Tak ada sebab untuk saya tak maafkan awak."

Puan Hajah Humairah tersenyum nipis. Diri nya yang tadi melutut, ditarik lembut tangan nya lalu diduduk di sisi Tuan Haji Ahmad. Tangan nya di elus perlahan oleh suami nya.

"Kita berdua ni dah tua Humairah, bila-bila masa Allah tu boleh ambil nyawa kita. Kalau saya yang pergi dulu, awak janji dengan saya, jaga Arissa elok-elok ya."

Puan Hajah Humairah mencebik. Dipukul lengan suaminya.

"Apa abang ni, merepek macam ni. Hati saya ni risaukan Ris, abang cakap macam ni pula. Saya tak suka lah."

Tuan Haji Ahmad tersenyum. Ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa anak perempuan nya itu. Tuhan nak menyedarkan isteri ku dari terus menerus salah dalam menilai.

Ya Allah.. Kau lindungi lah keluargaku...

CINTA LAST MINUTEWhere stories live. Discover now