Dalam sedar tidak sedar, sudah sebulan Arissa dan Zafir menjadi suami isteri. Ternyata kemanisan dalam rumahtangga ini lebih bernilai daripada hubungan yang kita masih tidak pasti. Arissa kini lebih matang dalam melakukan sesuatu hal dan Zafir belajar lebih untuk bersabar. Ternyata, banyak yang akan dipelajari apabila sudah mendirikan rumah tangga.
Setiap pagi, usai solat subuh Arissa akan terus menyiapkan sarapan pagi suaminya. Jika dulu, sarapan dia kafe sudah cukup tetapi kini sejak bergelar isteri, makan minum suami perlu Arissa jaga dengan rapi. Bak kata orang-orang tua, mahu pikat suami perlu pikat perut nya dulu.
Arissa kini tidak lagi duduk dirumah mertuanya. Arissa hanya duduk dirumah mertuanya seminggu sahaja. Bukan kerana alasan tidak tahan dengan keluarga mertua, tidak. Tetapi, mereke perlukan privasi mereka berdua.
Kini, Arissa duduk di apartmen milik suaminya. Pertama kali kakinya melangkah masuk ke rumah suaminya itu, mulutnya tidak berhenti memuji kekemasan rekaan dalaman rumah itu.
Kebanyakkan perabot berwarna putih dan kelabu. Sofa L berwarna putih dan disediakan dengan bantal kecil berwarna pastel. Ruang tamunya cukup selesa. Belum cerita tentang ruang bilik, bertambah selesa.
"Sayang.."
"Kat dapur ni.."
Arissa kembali mencuci pinggan. Selang beberapa saat, tubuhnya yang kecil itu dipeluk dari belakang. Arissa tersenyum.
"Abang, Ris tengah cuci pinggan ni." Ujar Arissa perlahan. Zafir mengendahkan.
Pelukan semakin dieratkan, dagunya diletakkan di bahu Arissa. Arissa hanya membiarkan suaminya memeluk tubuhnya. Usai mencuci pinggan, Arissa mengelap tangannya menggunakan kain. Perlahan-lahan dia memusingkan badan nya.
Kini, Arissa dan Zafir sedang bertentangan mata. Arissa mengukir senyum. Zafir kehairanan.
"Kenapa sayang senyum tiba-tiba ?" Tanya Zafir. Serentak itu pelukan dileraikan. Tangannya memimpin Arissa ke ruang tamu. Mereka berdua duduk di sofa.
"Kenapa ? Sayang tak boleh senyum bila tengok abang ke ? Nanti ada orang marah ke ?"
Zafir tergelak kecil. Perlahan-lahan dia membaringkan Arissa. Kini kepala Arissa berbantalkan riba Zafir.
"Alolo... dia marah pula. Tak sayang, tak salah pun, tak ada siapa marah pun."
"Sayang dah tahu dah."
Arissa senyum manja, serentak itu dia memusingkan badan nya menghadap ke TV, belum sempat tangan nya mencapai remote, tangan nya sudah dipegang oleh Zafir. Arissa memandang wajah suaminya.
"Sayang nak tengok drama. Tak boleh ke ?" Suara Arissa sengaja dipelatkan persis anak kecil.
"Tak boleh."
"Ala.. tapi kenapa ?"
"Sayang nak tengok drama Korea sayang kan ? Abang tengok banyak betul drama Korea yang sayang record." Ujar Zafir dengan nada jelas menunjukkan rasa tidak puas hati.
Arissa diam. Ya, perangai Arissa paling terbaharu, kini Arissa mudah terasa hati dan sentap. Cakap sikit sudah sentap. Salah cakap, terasa hati. Termarah sikit sudah nangis.
Macam sekarang ni, dia terasa hati dengan Zafir. Entah kenapa dia mudah sensitif.
"Sayang..."
Arissa bangun dari pembaringan nya. Zafir menepuk dahi. Aduu... cari masalah engkau ni Zafir oii.. kau tengok ? Bini kau dah merajuk..
Arissa langsung tidak memandang wajah suaminya. Jam di dinding dipandang. Baru pukul 9 malam.
"Arissa.. awak marah saya ke ?" Soal Zafir lembut.
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.