"Hai Arissa."
Arissa memandang ke arah pemilik suara. Hatinya menjadi sakit. Matanya memberi jelingan maut.
"Kau nak apa ?"
"Aku datang mestilah nak minum, tak kan nak tengok muka kau."
Arissa tergelak sinis.
"Kau ingat aku nak sangat ke tengok muka tak siap kau tu."
Arissa menjeling lagi. Alin dipanggil untuk mengambil pesanan Emma. Emma membalas jelingan Arissa.
Dasar muka tembok ! Dah buat macam-macam dekat aku, tapi masih tayang muka dekat depan aku.. Ee sakitnya hati.
Emma yang sedang menikmati coffea dipandang lama oleh Arissa. Ikutkan hati yang marah, ingin saja dia menampar pipi Emma, namun dia masih punyai akal yang waras. Tidak mungkin dia ingin memalukan dirinya.
"Ris."
Lamunan Arissa mati. Mata dialihkan kepada Alin. Kening diangkat sebelah tanda isyarat 'apa'. Jari runcing Alin menunjuk ke arah pintu cafe. Mata Arissa memandang satu figura yang paling dia kenali.
Kacak. Getus hatinya. Bibirnya melakar senyum sendiri. Hatinya bagaikan memuji tidak berhenti.
"Ris. Free ? Jom teman aku lunch."
Arissa senyum dan mengangguk.
"Aku ambil beg tangan kejap dekat atas." Arissa terus berlalu mendaki anak tangga. Zafir menanti di meja kaunter.
"Zaf kan ?"
Zafir berpaling dan memandang ke arah tuan punya suara.
"Emma ? You buat apa kat sini ?" Soal Zafir.
"I baru habis shoot dengan Naz. Naz bagitahu I, you tak ada hari ni ? Ni you ada. You nak pergi mana ?"
Baru sahaja Zafir ingin memjawab soalan Emma. Arissa sudah turun bersama beg tangan nya.
Hati Arissa bagaikan remuk. Dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya bagaikan terlalu sakit. Dia terus berlalu keluar dari cafe tanpa menunggu Zafir. Zafir yang menyedari Arissa sudah keluar, terus dia meninggalkan Emma tanpa sebarang kata dan mengejar Arissa.
Arissa bersandar dikereta Zafir sambil bermain dengan telefon. Sengaja dia berpura sibuk.
"Masuklah. Aku tak lock kereta."
Tanpa menunggu Zafir. Terus Arissa masuk ke dalam perut kereta. Seatbelt dipasang. Selang beberapa saat, barulah Zafir masuk ke dalam kereta.
"Kau kenapa ni ? Tadi elok je kau senyum. Ni tiba-tiba muka masam kenapa ?" Soal Zafir lembut.
"Mana ada masam. Okay je. Aku okaylah."
Zafir mengeluh. Seatbelt dipasang. Enjin kereta dihidupkan..
"Kalau cemburu..."
Zafir mengundurkan kereta. Matanya memandang ke arah cermin sisi.
"Bagitahu jangan pendam.."
Matanya memandang wajah Arissa. Dia tersenyum. Kereta meluncur laju di atas jalan raya.
Cemburu ? Aku cemburu ? Ah ! Mana ada ! Tak ada ! Aku tak cemburu.
"Ee mana ada aku cemburu. Perasan je. Dah lah, aku lapar tahu tak ?"
"Kita nak makan kat mana ?" Soal Zafir.
Arissa mengangkat bahu. Zafir diam tidak memberi sebarang kata. Melihat tiada satu perkataan yang keluar dari mulut Zafir, membuatkan hatinya terluka.
Tiba sahaja di restoren. Arissa tidak banyak bicara. Dia hanya banyak diam dan diam. Zafir menjadi tidak keruan. Sudu, garfu diletakkan. Matanya memandang Arissa.
"Kenapa tiba-tiba kau diam macam ni Ris ? Aku ada buat salah ke ?" Soal Zafir.
"Kau rasa ?"
Zafir menghela nafas. Dia menganggukkan kepala.
"Then, tak reti minta maaf ?"
"Masalahnya aku tak tahu apa salah aku."
Arissa menjeling. Tak tahu lah sangat. Hari tu bukan main, janji nak buat aku bahagia, tapi hari ni ? Sibuk mengedik dengan perempuan lain.
"Lelaki ni memang pandai berjanji, tapi tak pandai nak tunaikan." Ujar Arissa.
"Perempuan ni memang pandai memerli, tapi tak pandai nak selesaikan masalah." Balas Zafir.
"Sekarang aku cakap pasal kau. Bukan pasal aku." Suara Arissa hampir cecah satu oktaf.
Zafir hilang sabar. Dia menarik nafas sedalamnya lalu dihembuskan perlahan.
"Sekarang, bagi tahu apa salah aku."
"Kau mungkir janji apa."
"Janji apa ? Aku tak ada janji apa-apa dengan kau Arissa."
Retak. Pecah. Hancur. Hatinya terlalu pedih. Tak ada janji apa-apa dengan aku ? Mudahnya kau melupakan janji.
"Aku benci kau Zaf. I hate you !!"
Suara Arissa berjaya membuatkan banyak mata memandang ke arahnya. Terus Arissa berlalu meninggalkan Zafir.
Air matanya menitis. Hatinya terlalu sakit.
"Janji apa ? Aku tak ada apa-apa janji dengan kau Arissa."
Suara Zafir terniang-niang ditelinga nya. Arissa berlari. Guruh mula berdentum dilangit. Hujan mula turun.
Membasahi bumi. Membasahi Arissa. Dalam Arissa berlari, kakinya tersandung dan terjatuh di atas jalan raya.
Dia menangis sepuasnya. Menjerit sepuasnya. Hatinya terlalu sakit..
"Kenapa ?!! Kenapa setiap kali aku buka pintu hati aku terima seseorang masuk dalam hidup aku, waktu tu juga aku terluka. Kenapa ?!!"
Arissa menjerit. Jeritan nya berselang dengan dentuman guruh.
"Janji apa ? Aku tak ada apa-apa janji dengan kau Arissa."
"Janji apa ? Aku tak ada apa-apa janji dengan kau Arissa."
"Janji apa ? Aku tak ada apa-apa janji dengan kau Arissa."
Suara Zafir makin berlegar-legar minda nya. Arissa meraung. Telinganya ditutup menggunakan kedua tapak tangan nya. Tangisan nya semakin kuat
"Aku tak ada..."
"... apa-apa janji."
"....dengan kau Arisaa."
Kelam. Gelap. Pandangan nya gelap.
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.