"Assalammualaikum."
Arissa dan Zafir berpandangan antara satu sama lain. Mata Arissa memandang ke arah pintu rumahnya. Dia yang tadi berbaring di riba suaminya, terus bangun dari pembaringannya.
"Awak ada order pizza ke yangg?" soal Zafir. Laju saja kepala Arissa menggeleng.
"Tapikan abang, Ris macam kenal lah suara tu."
Zafir memandang Arissa lama. Takkan....
"Arissa buka pintu ya."
Zafir mengangguk kan kepala. Arissa turun dari sofa dan menuju ke arah pintu. Tombol pintu di pulas, daun pintu terkuak.
Terkejut? Gembira? Atau ada apa-apa perasaan lain ke boleh digunakan?
"Tak nak pelawa mak dengan abah masuk ke?"
Arissa bagai bangun dari mimpi. Terus sahaja tangannya menyalam tangan kedua orang tuanya.
"Jemputlah masuk. Rumah kami biasa-biasa je." Tuan Haji Ahmad masuk ke dalam rumah bersama beg baju. Puan Hajah Humairah hanya mengikut jejak suaminya.
Zafir yang sudah dapat agak siapa yang datang, dia sudah masuk ke dapur. Ehh.. Bukan menyorok tapi pergi buat air.
Tuan Haji Ahmad dan Puan Hajah Humairah duduk di sofa setelah dipelawa oleh Arissa.
"Abah tak cakap pun nak datang." soal Zafir yang datang dari dapur bersama dulang di tangan. Dulang diletakkan di atas meja, setelah itu disalam tangan bapa dan ibu mertuanya.
Arissa menuang air ke dalam gelas lalu diberikan kepada orang tuanya.
"Abah saja nak buat surprise dekat kau orang berdua. Abah ingatkan kamu berdua kerja,rupanya ada dekat rumah." soal Tuan Haji Ahmad sambil matanya memandang ke arah pergelangan tangan anak perempuan nya itu.
"Oh, Arissa cuti bah. Ni haa tangan Arissa terseliuh."
"Terseliuh kenapa? Kamu bergaduh dengan Zafir ke? Bertepuk tampar ke?" soal Puan Hajah Humairah. Zafir yang mendengar sudah seperti cacing kepanasan.
Tetapi Arissa berlagak selamba.
"Apalah mak ni.. Mak tengok suami Ris ni panas baran ke? Elok je mak abang jaga Ris."
Puan Hajah Humairah mencebik. Air yang dihulur oleh Arissa disambut olehnya.
"Dah tu, kenapa tangan Ris tu?" soal abahnya pula.
"Ris terjatuh dekat kafe. Cuai bah. Salah Ris sendiri."
Zafir memandang wajah isterinya. Ya Allah.. Berdosa kah aku kerana telah menyakiti isteri aku sendiri? Sedangkan dia berusaha menutup salah aku dan aku pula? Menuduh dia melakukan kesalahan...
"Lain kali hati-hati Arissa. Kenapa tak bagitahu abah? Tak telefon abah?"
"Ala awak ni, kalau hal Arissa beria sangat. Kalut." ujar Puan Hajah Humairah.
"Eh awak ni? Arissa ni anak saya, mestilah saya risau. Awak ni dah kenapa? Tak sayang anak ke?" soal Tuan Haji Ahmad.
Puan Hajah Humairah diam. Tidak membalas. Di dalam hati, dia seolah tidak puas hati.
Arissa tahu, mak nya itu sedang provok dengan dirinya. Iyalah... Apa yang dia mahukan tiada siapa yang ikut, semua membantah memang ini lah jadinya.
"Abah dengan mak tidur sini? Berapa lama?" soal Zafir.
"Kenapa? Kamu tak suka mak duduk lama-lama kat sini ke?" soal Puan Hajah Humairah kembali.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.