Arissa dan Zafir jalan beriringan di sebuah pasar. Keadaan yang penuh orang dan sesak, menyebabkan Arissa berjalan dengan perlahan. Arissa memandang ke arah beg plastik yang dipegang olehnya.
Entah apa mimpi Zafir malam ni, tiba-tiba ajak ke pasar malam. Katanya, dah lama tak makan makanan pasar.
"Arissa, kenapa awak jalan perlahan sangat ni ?" Soal Zafir sebaik sahaja Arissa berhenti di sebuah gerai minuman.
"Ramai orang lah, sesak."
Arissa membayar minuman. Air tembikai disedut dengan rakus. Fuhh.. lega ya Allah..
"Pegang baju saya ni, jangan lepaskan. Nanti awak hilang saya juga yang risau." Ujar Zafir serentak itu air yang berada di tangan Arissa diambil dan disedut olehnya.
Arissa tersenyum. Lantas tangan nya memegang baju Zafir. Ramai mata yang memandang mereka berdua. Arissa diserbu rasa segan. Perlahan-lahan, dia menjatuhkan tangan nya.
"Kenapa ?" Soal Zafir.
"Segan lah orang tengok."
Zafir diam. Langkah diperlahankan seiring dengan Arissa.
"Awak nak balik tak ?" Soal Zafir.
"Awak nak balik ke ?"
"Kalau awak tak selesa, kita balik lah."
"Bukan tak selesa, cuma segan je."
"Kira tak selesa la tu."
"Tapi.."
Belum sempat Arissa menghabiskan ayat, terus tangan Arissa dipimpin dan menuju ke arah kereta. Tiba sahaja di kereta, Zafir meleraikan tangannya.
"Kita terus nak balik ke ?" Soal Arissa.
"Awak ada nak pergi mana-mana ke ?"
"Kalau kita makan dekat Dataran Merdeka okay tak ? Ini kan hujung minggu, mesti best kan ?"
Zafir tersenyum.
"Untuk awak semua boleh. Dah, masuk dalam kereta. Makanan tu sangkut dekat belakang."
Arissa menurut. Usai itu, dia masuk ke dalam kereta. Setbelt dipasang. Sepanjang perjalanan mereka berdua ditemani dengan lagu yang berputar di radio. Ada kalanya mereka tawa bersama.
Tiba sahaja di Dataran Merdeka, Arissa berlari sambil melayangkan sehelai kain berwarna biru muda di awangan. Zafir tergelak melihat telatah Arissa yang riang itu.
Arissa kepenatan. Lantas, kain yang dibawa olehnya itu dibentang menjadi alas tempat duduk. Zafir tiba di tempat Arissa. Makanan diletakkan di atas kain tersebut, setelah itu Zafir pula mengambil tempat di hadapan Arissa.
Akibat terlalu penat dek kerana berlari, Arissa menyedut rakus minuman yang dibeli olehnya tadi.
"Dah, janganlah minum air je, nanti kenyang air."
Dengar sahaja teguran Zafir itu, Arissa menyengih. Cawan minuman diletakkan. Zafir membuka ikatan plastik. Bebola ikan yang dicucuk lidi diambil oleh Zafir.
Arissa hanya memandang. Sebenarnya, dia ingin disuap, tetapi segan nak beritahu. Zafir yang perasan Arissa tidak menyentuh lagi makanan, terus menegur.
"Kenapa tak makan ? Tak suka ? Tadi awak juga yang nak bebola ikan ni."
"Saya sukalah."
"Dah tu kenapa tak makan sayang ?"
Arissa membuat muka. Tangannya bermain dengan rumput. Matanya memandang Zafir.
"Haa buat muka comel. Ishh dia ni kan.. Awak nak apa ni ?"
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.