Part 20

3.2K 117 3
                                    

Sudah hampir 2 minggu Zafir menghilangkan diri. Entah kemana dia pergi. Entah di mana dia berada. Segala panggilan dan mesej langsung tidak dibalas.

  Kadang, Arissa keliru sendiri, siapakah yang sebenarnya patut menghilangkan diri. Dia atau Zafir. Siapa yang salah. Dia atau Zafir. Ada masanya dia rasa seperti dia yang bersalah. Walhal, dia langsung tiada salah.

Mungkin...

  Ketiadaan Zafir bagaikan sesuatu yang janggal bagi Arissa. Janggal ? Atau dalam kata lain, rindu ? Rindu.. mungkin benar. Rindu akan usikan Zafir, rindu ingin bergaduh dengan Zafir.

  Arissa tersenyum. Kehadiran Zafir pada awalnya bagaikan penyebab, tetapi apabila makin lama mengenali lelaki itu, dia bukan penyebab, tetapi dia pelengkap.

  Arissa akui, Zafir adalah manusia yant tak pernah penat membuat dia ketawa. Manusia yang sentiasa mencari punca untuk berbalah, walaupun punca berbalah itu dek kerana sehelai tisu.

Rindu.. benarlah aku merindui dia..

  Lamunan Arissa mati apabila dia menyedari, dia sudah tiba di cafe. Arissa keluar dari perut kereta. Tudung yang ditiup angin, dibetulkan sebelum melangkah masuk ke cafe.

Apabila sudah berpuas hati dengan penampilan nya, Arissa berjalan ke arah cafe, namun langkahnya mati apabila dia ternampak seseorang yang amat dia kenali.

  Saat itu, hatinya bagai jatuh berderai, hatinya retak terluka. Mata Arissa masih memandang ke arah mereka, sehinggalah lelaki itu perasan akan kehadiran Arissa.

  Arissa hanya senyum nipis. Dia terus meluru masuk ke dalam cafe. Teguran dari Alin langsung dia tidak balas. Kakinya cepat-cepat melangkah ke arah anak tangga.

  Setiba di atas, pintu pejabatnya dibuka. Apabila dia sudah masuk, langsir tingkap kaca biliknya, diturunkan. Suasana di dalam pejabatnya menjadi kelam. Arissa duduk di sofa.

  Ketukan di pintu, mematikan lamunan nya. Arissa membiarkan pintu diketuk. Dia tahu Alin yang menjenguknya.

"Turun lah Lin, aku okay." Ujar Arissa perlahan dengan suara yang hampir pecah.

Sepi.. tiada balasan.. Arissa mengeluh. Hatinya sebak semula. Terlalu tajam pisau yang menikam..

"Arissa. Aku ni, Zafir. Bukalah pintu ni. Bagi aku jelaskan."

  Arissa tersentak. Serentak itu airmata nya mengalir. Dengan perlahan, Arissa melangkah ke arah pintu, tombol pintu dipandang lama.

  Tak Arissa ! Jangan buka ! Jangan biarkan dia nampak kau menangis ! Jangan !

Tapi.. kau rindu dia kan ? Kau taknak tengok muka dia lagi ? Kenapa kau buang dia ?

  Arissa keliru. Akhirnya dia bersandar di pintu. Tubuhnya dijatuhkan perlahan sehinggalah dia tersandar di pintu.

  Zafir yang berada diluar pintu pula, merapatkan dirinya ke pintu. Kepala disandarkan di pintu. Harapan nya, Arissa akan buka pintu.

"Arissa.. kau tak rindu aku ?"

  Soalan Zafir berjaya meruntuhkan ego hebat Arissa. Air mata nya menitis.

"Untuk apa aku rindu kau sedangkan kau dah bahagia." Ujar Arissa dengan suara yang sebak.

"Arissa, apa kau nampak tadi tu berbeza dengan apa kau fikir. Aku dengan Emma, terserempak, jadi aku dengan dia pergi studio saing."

  Arissa menggelengkan kepala. Tangisan nya semakin berlagu. Hatinya terlalu sakit. Kenapa mesti Emma ? Dari dulu, Emma menjadi penyebab segalanya. Emma menjadi penyebab dirinya membenci Ashraf, Emma menjadi penyebab dia berpisah dengan Ashraf.

CINTA LAST MINUTEWhere stories live. Discover now