Part 49

2.3K 82 0
                                    

Puan Hajah Humairah mematikan talian. Wajah Arissa yang sedang memandang nya itu dipandang sekilas. Air mata yang membasahi pipi Arissa menarik perhatian Puan Hajah Humairah. Tuan Haji Ahmad menggelengkan kepala.

"Awak rasa tindakan awak ni betul ke Humairah?" soal suaminya itu.

"Apa pula tak betul? Awak jangan nak sebelahkan Zafir tu ya.. Dia tetap salah tau sebab buat anak saya menangis."

  Arissa menyeka air matanya. Dia tidak tahu apa yang perlu dia katakan kini. Hatinya seperti berbelah bahagi. Dia tidak tahu adakah tepat pilihan dirinya untuk berjauhan dari suaminya sendiri.

"Ada awak tanya Arissa kenapa dia melalak? Tak ada kan Humairah.. Budak ni balik menangis-nangis awak terus marahkan Zafir tu. Ada Arissa cerita apa-apa dekat awak?" soal suaminya dengan nada tegas. Puan Hajah Humairah termati kata.

"Abah dengan mak janganlah bergaduh sebab Ris. Ris okay." pujuk Arissa.

  Tuan Haji Ahmad bangun dari duduknya. Wajahnya serius.

"Abah takkan marah mak kamu kalau apa dia buat tu betul Arissa. Awak dengar sini Humairah, kita sebagai orang tua kita tak sepatutnya sibuk hal rumahtangga anak kita. Kita cuma boleh bagi nasihat bukan curah minyak ke api."

  Puan Hajah Humairah masih berdiam diri. Dirinya mula menyedari tindakannya salah. Puan Hajah Humairah memandang ke arah Arissa sekilas.

"Dan kamu Arissa, jangan larikan diri macam ni. Ada masalah bincang elok-elok. Zafir tu suami kamu. Hormat dia walaupun kamu dan dia ada masalah."

  Arissa mengetap bibir. Dia memejamkan matanya. Fikirannya mula membayangkan wajah Zafir yang sedang risau akan dirinya, yang sedang menyalahkan diri sendiri. Ya Allah... Ampuni aku.. Aku berdosa...

"Humairah, saya nak awak telefon Zafir sekarang, suruh dia datang sini bawa Arissa balik KL."

  Arissa tersentak.

"Tak. Ris taknak balik KL. Ris nak duduk sini. Abah.. Tolong faham keadaan Ris.. Ris masih belum kuat nak hadap semua ni. Ris perlukan ketenangan."

"Abah faham. Tapi setidaknya, biarlah Zafir ada dengan Ris. Abah tak nak Arissa membelakangkan suami. Bincang elok-elok. Jangan sampai berpisah."

Arissa termati kata. Berpisah? Ya Allah.. Aku tak dapat bayangkan jika aku dan Zafir berpisah tetapi andai itu jalan takdir yang Kau telah cipta untuk aku. Aku redha..

Tapi...

Benarkah aku bisa hidup tanpa dia?

_________

Alin duduk di hadapan Naz yang sedang mengelap kanta kamera. Alin memandang wajah Naz lama. Terdetik di benak hatinya, adakah dia cukup kuat untuk menghadap segala masalah yang bakal dia terima selepas mendirikan rumah tangga?

Apakah benar, cinta sahaja sudah cukup untuk membuat kan satu rumah tangga itu berdiri kukuh? Apakah benar, setia perkataan 'Aku cinta kau' boleh menyelamatkan satu rumah tangga? Masih banyak kurang diri ini untuk membina masjid..

"Awak pandang saya macam nak telan. Awak fikir apa sayang?" soal Naz lembut. Alin tersenyum nipis.

"Nanti bila kita dah kahwin nanti, kita pun akan hadap masalah yang sama macam Arissa dan Zafir hadap ke?" soal Alin dengan nada perlahan. Naz tersenyum. Kamera dia letak ke tepi. Matanya memandang tepat wajah Alin.

"Awak.. Setiap manusia tu dugaan berbeza. Allah duga kita dengan bermacam-macam masalah bukan sebab Dia tak sayang kita, tapi Dia tahu kita mampu untuk selesaikan masalah tu. Lain orang lain dugaan nya."

Alin masih diam. Dia memandang wajah Naz.

Jadi, saya taknak awak risaukan tentang perkara macam ni. Saya janji dengan awak. Sebesar mana dugaan kita semasa berumah tangga nanti, saya tak akan pernah lepaskan awak." pujuk Naz.

"Kata-kata awak ni saya boleh percaya ke? Sebab orang kata, masa bercinta ayat manis terlebih gula tapi nanti lepas kahwin, lupa dah letak mana bekas gulanya."

"Jadinya, awak sebagai orang yang menjaga hati saya awak kena selalu ingatkan saya dekat mana saya letak bekas gula tu. Bila saya berjanji, saya tak akan mungkiri."

"Tapikan awak, bila awak nak masuk meminang saya eh?" soal Alin. Naz tersenyum lebar.

Kahwin? Bagi Naz kahwin bukanlah satu perkara yang mudah. Mungkin ramai yang kata lepas berkahwin kita akan berubah. Perkara itu memang tak dinafikan memang betul.

  Tapi, jika satu rumah tangga itu dibina tanpa menggunakan akal matang dan bijak, mungkin akan terjadi perpisahan. Berkahwin bukanlah untuk satu dua hari tetapi untuk selamanya. Mental dan fizikal perlu cekal untuk mendirikan rumah tangga.

"Haih.. Saya baru tanya pasal meminang terus diam tak bagi jawapan." ujar Alin. Naz termati lamunan. Dia tersenyum nipis.

"Awak, awak nak bernikah dengan saya atas sebab apa?" soal Naz lembut.

"Saya tak perlukan apa-apa sebab untuk bernikah dengan awak. Sebab, andainya saya bernikah dengan awak atas dasar sebab mungkin pernikahan kita tak akan kekal. Sebab apa? Kerana sebab utama saya bernikah dengan awak sudah tak ada."

Naz tersenyum. Dah kalau bercinta dengan pembantu penulis novel, haaa memang mendapat lah engkau Naz oii...

"Sampai masanya nanti, saya pasti akan jadi imam awak dan awak makmum saya. In shaa Allah. Awak sabar ya tunggu saya."

Alin hanya senyum nipis. Mindanya mula teringat akan Arissa. Rasa kasihan mula terbit dalam hatinya. Kesian Arissa, baru berapa bulan berkahwin, sudah di duga dengan bermacam dugaan.

  Arissa.. Kau sabar ya.. Ini dugaan untuk kau, Allah tu tahu kau mampu untuk hadap dugaan ini. Aku ada dengan kau...

"Haih awak ni... Mengelamun lagi. Sudahlah tu." ujar Naz, Alin menayang sengih.

"Awak lapar tak?" soal Naz. Laju kepala Alin mengangguk.

"So, sayang saya harini nak makan apa?" soal Naz dengan lembut.

"Saya rasa nak makan sushi lah. Boleh tak.." Alin mengerdipkan mata persis budak kecil. Naz tersenyum manis.

"Boleh sayang.. Untuk awak, kilang sushi tu saya sanggup beli untuk awak."

"Cehhh... Sembang lah lu mat!"

  Naz tertawa. Adui... Ada aje perangai dia ni lah.. Nasib sayang..

CINTA LAST MINUTETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang