Arissa melangkah masuk ke kediamannya. Betapa rindunya dia dengan suasana rumahnya itu. Zafir meletakkan beg pakaian di atas sofa lalu melangkah masuk ke dapur. Segelas air diambil lalu dibawa untuk beri ke Arissa.
Arissa duduk di sofa sambil memerhati segenap ruang rumahnya itu. Zafir yang tiba bersama segelas air disambut oleh Arissa. Gelas bertukar tangan.
"Abang kemas rumah ke? Bersih je ni?" soal Arissa sebelum meneguk air yang berada di tangan. Zafir memerhati keadaan rumahnya.
"Haah.. Abang kemas." jawabnya serentak itu gelas ditangan Arissa diambil lalu diletakkan atas meja.
"Rajinnya.. Sayang duduk hospital 4 hari rumah bersih macam ni. Sayang nak duduk hospital lama lagi lah." gurau Arissa
"Ishh.. 4 hari sayang tu macam 4 tahun tahu tak? Abang bosan betul duduk rumah. Taktahu nak buat apa"
Arissa tertawa kecil. Zafir menayang sengih.
"Esok sayang nak masuk kerjalah. Kesian Alin dah berapa hari ni kena handle kafe sorang-sorang" ujar Arissa serentak itu dia menyandarkan tubuhnya ke belakang.
Zafir menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia juga menyandarkan tubuhnya ke belakang. Dengan perlahan tubuh Arissa ditarik lalu dipeluk.
Kepala Arissa terletak elok di bahu nya. Tangannya dielus lembut.
"No sayang.. Sayang rehat lagi berapa hari dekat rumah baru boleh masuk kerja." cadang Zafir.
"Ala.. Bosan lah duduk rumah. Sayang nak buat apa dekat rumah sorang-sorang. Abang pun kerja." rengek Arissa.
Zafir tidak makan pujuk rayu Arissa. Arissa mencebik tanda protes.
"Lagipun sayang, abang risau Ashraf datang jumpa sayang lagi. Abang tak nak apa-apa jadi dekat sayang. Sayang duduk rumah lagi selamat. Kawasan rumah ni penuh CCTV." jelas Zafir panjang lebar.
Arissa bangun dari pelukan Zafir. Wajah suaminya itu dipandang olehnya. Zafir mengerti Arissa kini sedang memujuk dirinya. Zafir menggelengkan kepala sekali lagi. Tubuh Arissa didakap lagi.
"Okay, abang janji. Tengah hari abang balik makan okay? So, sayang tak lah bosan sangat kan. Sayang pun boleh work from home kan." Ujar Zafir lagi.
Arissa mengetap bibir. Di dalam hati dia bersetuju dengan cadangan suaminya itu. Boleh lah aku asah sikit bakat memasak aku ni.. Asyik makan luar je tak boleh juga kan.
Tapi... Macam mana kalau dia lupa nak balik makan tengah hari. Entah busy atau apa.. Aku pula kena menunggu dia.
Cuitan di hidung Arissa mematikan lamunan nya.
"Eh.. Ehh.. Dia ni. Orang bercakap dengan dia, dia boleh berangan. Fikir siapalah tu." Ujar Zafir seakan merajuk. Arissa menayang sengih.
"Mana ada sayang berangan." Arissa menafikan.
"Kalau sayang tak berangan, sayang teringat siapa?"
"Ish abang ni. Arissa ni ada abang je, Arissa nak ingat siapa lagi bukan abang."
Zafir tersenyum. Pipi Arissa dikucup oleh nya.
"Okay, sayang ikut cakap abang. Sayang duduk rumah tapi seminggu je tau. Lepastuu sayang nak masuk kerja semula."
"Kalau sayang tak masuk terus tak boleh ke?"
Arissa memandang wajah suaminya. Dia mula perasan yang suaminya seakan tidak membenarkan Arissa ke mana-mana. Arissa membetulkan duduknya. Dia memandang Zafir.
"Abang sebenarnya ada sembunyikan apa-apa ke dari sayang? Maksud sayang, kenapa sayang tak boleh nak pergi kafe sayang sendiri?" soal Arissa.
Zafir menghela nafas berat. Tangan isteri nya dielus lembut dan penuh kasih sayang. Dia memandang tepat ke dalam anak mata Arissa.
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.