Part 61

885 64 10
                                    

  Arissa duduk seorang diri di laman rumah mertuanya. Telinga nya menangkap bunyi gelak tawa dari ruang dapur. Nafas di hela panjang. Matanya memandang ke arah Zafir dan Zaimil yang sedang berborak di ruang tamu. Nafas panjang di hela sekali lagi. Matanya memandang ke arah langit biru. Tenang dan damai.

  Dia kembali memandang ke arah kolam ikan buatan yang berada di hadapannya. Fikirnya, bila dia pulang ke rumah mertua nya ni, dapat lah luangkan masa bersama dengan mak mertua nya, tapi rupanya menyimpang.

  Mak mertua nya itu tetap melayan Syifa lebih dari melayan dirinya. Walaupun, mak mertua nya itu sudah meminta maaf ke Arissa. Tapi, masih tak mampu untuk raih perhatian nya. Arissa tersenyum hambar.

"Sayang..." Panggil satu suara. Arissa memandang ke arah suara dan memberikan senyuman sebelum fokusnya dikembali kan ke arah kolam ikan.

  Zafir mendekati Arissa. Wajah Arissa ditatap lama. Hatinya diserbu rasa bersalah yang sangat besar. Zafir mengusap kepala Arissa lembut. Arissa memandang ke arah Zafir.

"Sayang okay?" soal Zafir dengan lembut. Arissa hanya mengangguk perlahan. Senyuman diberikan ke Zafir.

"Abang minta maaf ya sebab bawa sayang balik sini." ujar Zafir.

"Apa abang ni, Arissa yang ajak abang balik rumah mama kan. Bukan abang yang paksa. Lagipun, sayang okay je."

"Tipu lah sayang okay. Kalau okay, kenapa tak join mama dengan Syifa?"

  Arissa tersenyum nipis.

"Taknak lah. Sayang taknak lah mama dengan Syifa kurang selesa sebab ada sayang. Tak apalah, kalau mama tak berborak sangat dengan sayang. Sayang kan ada abang." ujar Arissa sambil memeluk lengan Zafir. Zafir tersenyum.

"Iya sayang, sayang ada abang ya. Jadinya, sayang tak boleh jauh dari abang tau. Sayang kena dekat je dengan abang." ujar Zafir serentak itu tubuh kecil Arissa di dakap erat.

  Arissa tertawa kecil.

"Dekat macam ni ke?" soal Arissa sambil kepalanya mendonggak memandang wajah Arissa.

"Haah. Dekat macam ni. Kalau boleh, abang nak gam sayang tau, biar tak lepas dari abang."

   Arissa tertawa lagi. Hidung mancung suaminya itu dicuit olehnya. Zafir tersenyum.

"Abang.." panggil Arissa perlahan.

"Ya sayang. Kenapa? Arissa nak apa apa ke?"

  Arissa mendonggak kan kepalanya dan menatap wajah suaminya. Pelukkan dipinggang makin dieratkan. Zafir mengemaskan lagi pelukan.

"Sayang rasa nak makan jeruk lah." ujar Arissa.

"Boleh sayang. Nanti, sebelum balik kita pergi beli okay?"

"Okay." Arissa tersenyum bahagia. Wajahnya dibenamkan ke dada bidang suaminya itu. Namun, ada sesuatu yang sedang menganggu fikiran Zafir. Dia ingin tanyakan ke Arissa tapi tidak terkeluar dari mulutnya.

"Amboi... Amboi..."

  Arissa dan Zafir memandang ke arah suara. Wajah Zaimil dipandang oleh mereka berdua. Dengan pantas Arissa melepaskan pelukan. Wajahnya sudah merah berbahang kerana malu.

  Melihatkan telatah Arissa, Zafir dan Zaimil tertawa kecil.

"Awak nak segan apa? Itu kan suami awak." ujar Zaimil.

"Betul tu, sayang nak segan kenapa?"

  Arissa mengetap bibir menahan malu. Dengan perlahan dia menumbuk lengan suaminya itu. Zafir hanya tertawa.

CINTA LAST MINUTEWhere stories live. Discover now