Part 51

2.3K 80 1
                                    

Arissa menghampiri Zafir yang sedang menikmati suasana petang di luar rumah. Zafir duduk di bangku yang tersedia di laman rumah. Suasana petang yang sangat damai. Arissa mencuit bahu Zafir sebelum duduk disebelah suaminya. Zafir tersenyum.

"Jauh abang termenung? Abang fikirkan apa?" soal Arissa. Zafir memandang sekilas wajah manis isterinya itu.

"Abang teringat kan kita."

Arissa mengerut dahi.

"Kenapa dengan kita? Abang fikirkan apa ni?" soal Arissa lagi. Zafir tergelak kecil.

"Abang teringat pertemuan kita berdua. Kita bergaduh dekat stesen bas, kita jumpa dekat kafe sayang, kita bergaduh, abang tertumpahkan air dekat laptop sayang. Abang pujuk sayang."

  Arissa senyum. Dia memandang ke arah langit biru.

"Abang banyak kali sakitkan hati sayang. Abang lupa janji abang dekat sayang. Abang lebih percayakan orang luar. Abang tuduh sayang gunakan abang. Banyak betul salah abang kat sayang."

Arissa mengetap bibir. Dia memandang wajah suaminya itu. Mula terimbas satu per satu. Terimbas saat dirinya terbaring di hospital, terbayang wajah Zafir yang ketika itu tersangat lah garang, terniang suara Zafir menengking dirinya.

Ternyata.. Banyak dugaan aku dan dia. Tapi siapa aku untuk menghukum dia? Dia masih lagi suami aku. Imam aku. Sedikit hal dalam rumahtangga bukan alasan untuk meninggalkan.

"Abang minta maaf dekat sayang sebab abang gagal jadi suami yang terbaik untuk sayang. Abang gagal jaga hati sayang, jaga sayang. Abang banyak kali sakitkan hati sayang."

"Abang, sayang tak pernah berdendam apa-apa dengan abang. Sayang tahu semua masalah atau pergaduhan kita sebelum ni ujian untuk kita. Sayang tak pernah sekali pun terdetik nak bencikan abang."

Zafir diam. Bila di imbas kembali ternyata banyak sungguh dia menyakiti Arissa.

"Abang janganlah terus salahkan diri sendiri. Arissa tak minta lebih, cukuplah abang selalu ada di sisi Ris, selalu gembirakan Ris, rindu sayang dan cintakan Ris tanpa jemu. Jaga perkahwinan kita itu je dah cukup untuk Ris."

Zafir tersenyum. Tangan nya memegang erat tangan isterinya. Pipi Arissa dielus lembut. Hatinya memuji kecantikan isterinya itu.

"Abang, Arissa nak tanya sikit boleh?"

"Apa? Tanyalah?"

Arissa termati kata. Mindanya sedang menyusun ayat yang sesuai. Tersilap tanya boleh jadi salah faham tapi kalau tak tanya, sampai ke sudah aku tak akan tahu apa-apa.

"Sayang? Sayang nak tanya apa tadi? Tanyalah." ujar Zafir lembut.

"Selepas apa yang abang dapat tahu apa Zaimil dan Syifa lakukan belakang abang. Abang masih berdendam dengan diaorang? Sebelum abang jumpa Ris, abang masih sayangkan Syifa?"

  Zafir tersentak. Tak disangka rupanya ini soalan yang ingin dia tanya. Tak apalah. Dia berhak untuk tahu perasaan aku. Dia isteri aku. Tiada istilah rahsia.

"Sebelum abang tahu yang Zaimil perangkap Syifa, ya abang masih mengharap pada Syifa sehinggalah abang jumpa sayang untuk kali kedua, lama kelamaan perasaan abang berubah dekat sayang."

  Hatinya sakit setelah mendengar jawapan dari suaminya. Masih mengharap.. Tapi Arissa, itu sebelum dia bertemu dengan kau. Kau yang mengada tanya dia soalan macam ni, kau tak boleh nak sakit hati.

Kau sendiri yang beri ruang dekat hati kau untuk tersakiti kenapa kau nak salahkan dia? Tak. Tak boleh. Kau yang minta.

Jangan sakit hati. Terima segalanya. Anggap saja ini cerita yang kau akan dengar sekejap dan kau buang selamanya.

CINTA LAST MINUTETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang