Part 2

5.8K 206 4
                                    

"Bila kamu balik KL ?." Soal Puan Hajah Humairah kepada Arissa yang sedang duduk di meja makan bersama laptop yang terbuka.

Mata Arissa tidak lari dari skrin laptop. Mulutnya pula tidak berhenti mengunyah. Jarinya lincah menaip.

"Esok." Jawab Arissa ringkas.

"Pukul berapa ?" Soal Puan Hajah Humairah lagi.

"Lepas sarapan. Sebab tengah hari Ris kena jaga cafe. Alin cuti esok."

Puan Hajah Humairah hanya mengangguk faham. Sudah hampir 2 minggu Arissa menghabiskan masa cutinya di rumah nya. Bukan Puan Hajah Humairah tidak suka anak perempuan nya itu balik, tetapi kadang dia merasakan lebih elok Arissa tak payah balik.

Arissa balik bukan nya Arissa berjumpa dengan orang kampung, malah saudara sendiri tidak pergi melawat.

Kerana kisah 2 tahun lepas, terus Arissa berubah. Tiada lagi Arissa yang memaafkan orang lain, tiada lagi Arissa yang mementingkan adab. Kesan luka 2 tahun lepas benar-benar memberi impak besar kepada Arissa.

"Ris taknak pergi jumpa Mak Andak ke ? Kalau tak silap mak, Emma pun ada balik. Kamu taknak jumpa ?"

Arissa memandang wajah Puan Hajah Humairah. Laptop yang tepasang, ditutup olehnya.

"Malas. Ris malas nak jumpa orang yang dah buat hal dengan Ris." Ujar Arissa.

"Tapi dia kan mak saudara kamu Ris. Baik buruk dia, dia tetap adik mak dan Emma tetap sepupu kamu."

Arissa mengeluh. Kepala yang sedikit pening dipicit sendiri. Kisah 2 tahun lepas berlegar di mindanya.

"Entahlah mak. Ris balik ni pun sebab Ris nak jumpa mak. Ris nak luangkan masa dengan mak. Bukan nya sebab Emma atau Mak Andak."

Arissa memandang ke arah Puan Hajah Humairah yang duduk dihadapan nya.

"Suka hati kamu lah Ris. Mak sendiri tak faham apa yang kamu tak suka sangat dengan Emma tu."

Arissa diam. Kenapa aku tak suka ? Kenapa ?! Sebab dia hancurkan tahap kepercayaan aku dan dia sanggup khianati aku dengan cara yang sangat jijik.

Kalau bukan disebabkan mamat last minute 2 tahun lepas, mungkin sampai sekarang aku dibohong hidup-hidup.

"Dah lah mak. Tak payah sembang pasal dia orang. Ris tak berminat nak tahu. Mak tak faham betapa terluka nya hati Ris."

Puan Hajah Humairah memandang simpati wajah anak perempuan nya itu. Dia faham. Dia terlalu faham betapa terlukanya hati Arissa.

"Memaafkan itu lebih indah dari membenci." Ujar Puan Hajah Humairah.

Arissa tersenyum sinis. Tanpa dia sedari air matanya menitis.

"Ris dah lama maafkan dia orang, tapi Ris tak sebodoh pak pandir untuk lupakan apa dia buat dekat Ris. Sakit mak.. sakit sangat.."

Arissa mengadu dengan suara sedikit pecah. Luka 2 tahun lepas kembali berdarah di dalam hatinya.

Terlalu sakit.. terlampau pedih..
_____

Zafir melangkah masuk ke dalam studio baru nya itu. Sungguh dia berpuas hati dengan studio baru nya itu. Bibirnya melakar senyum apabila matanya seperti senang dengan studio baru nya itu.

"Amacam bro ? Okay tak ?" Tegur seseorang.

Zafir mengangukkan kepala. Okay sangat ! Perfect !!

"Terima kasih tau Naz, kau memang terbaik gila lah ! Aku suka gila studio baru kita ni." Ujar Zafir dengan ikhlas. Bibirnya tidak berhenti senyum.

"Ini Naz lah. Bukan sekadar photographer terbaik, tapi member terbaik."

Zafir menayang sengih hingga menampakkan lesung pipitnya.

"Mana Sally dengan Alex ? Dia orang dah kemas segala barang dia orang ?" Soal Zafir.

Naz mengangukkan kepala.

"Sally dia tengah kemas baju untuk photoshoot kita esok, Alex dia pergi cuci segala berus dia tu."

Zafir mengangguk faham.

"Sebelah studio kita ni, cafe apa ?" Soal Zafir

"Cafe bookshop. Serius aku cakap, ice mocha dia sedap gila ! "

"Sedap sangat ke ? Bookshop tapi ada jual coffea ? Macam mana tu ?" Soal Zafir lagi.

"Owner cafe tu penulis novel. Sebab tu cafe dia dua tingkat. Tingkat atas semua buku. Dia ada jual buku dari penulisan dia sendiri dan ada juga jual buku orang lain."

Panjang dan padu penjelasan Naz. Zafir hanya mengangguk kan kepala tanda faham. Tapi.. ada satu hal yang Zafir tak faham..

"Macam mana kau tahu semua pasal cafe tu ?" Soal Zafir.

Naz menayang sengih. Di minda nya mula terbayang wajah si gadis yang telah berjaya mencuri hatinya. Zafir memandang aneh.

"Memang aku tanya soalan tadi tu dekat dinding." Soal Zafir dengan nada jelas tidak puas hati.

Naz tergelak. Dia membiarkan loyar buruk Zafir basi disitu.

"Dah lah Naz. Daripada aku layan kau baik aku pergi kemas segala kamera aku." Ujar Zafir lalu meninggalkan Naz sendirian di situ.

Di dalam benak hati Zafir, dia hanya mengharapkan seseorang. Seseorang yang dia sepatutnya berterima kasih.

CINTA LAST MINUTETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang