Part 41

2.7K 93 0
                                    

Arissa mengedipkan mata beberapa kali, dia mengosok matanya. Dirinya masih mamai. Dengan perlahan, Arissa memusingkan badannya, serentak itu wajah lelaki yang paling dicintainya berada di sebelahnya.

Arissa senyum. Dia mula mengingati sewaktu dia dan Zafir menunaikan solat subuh pagi tadi. Terasa tenang dan damai solat yang didirikan. Perlahan-lahan jari Arissa bermain di muka Zafir.

Jarinya mula menyentuh bibir Zafir. Dia senyum lagi, entah kenapa dia seperti suka memandang dan bermain jari di muka Zafir. Jarinya mula naik ke hidung suaminya. Hidung mancung.

Arissa tersenyum lagi. Dia memandang lama wajah suaminya itu, kalau di ikutkan hatinya dia tidak mahu keluar bilik, tapi.. apa pula kata mama mertua nya nanti. Menantu perempuan bangun lambat, tidak tolong di dapur. Haish... ingat drama akasia ke ?

"Sebelum di cop menantu 'hantu', baik aku tolong mama kat bawah." Monolog Arissa perlahan. Baru sahaja Arissa ingin turun dari katil, tangan nya di tarik dan menyebabkan dia terbaring semula di katil.

"Abang... " Arissa memanggil separa teriak.

Zafir yang masih memejam mata itu hanya tersenyum. Tangan nya melingkar erat tubuh Arissa. Ditariknya lagi tubuh Arissa rapat dengan dia. Arissa sudah merasa bahang, malu !

"Sayang nak tolong mama buat sarapan. Nanti apa pula mama cakap, menantu tak tolong mertua ?" Arissa memberi alasan untuk meloloskan diri.

Tetapi diendahkan oleh Zafir. Tubuh Arissa didakap dengan lagi erat.

"Zafir.." panggil Arissa lembut.

"Ya saya, kenapa?"

Arissa memusingkan badan nya, matanya memandang tepat ke arah Zafir. Perlahan-lahan tangan Arissa membelai rambut suaminya itu.

"Sayang nak turun bawah boleh tak ? Kesian mama sorang-sorang tu."

Zafir menggelengkan kepala. Arissa masih membelai rambut suaminya.

"Kenapa tak boleh ?" Soal Arissa.

"Nanti kalau abang rindu sayang macam mana ?"

Arissa tergelak kecil.

"Mengada eh ? Sayang pergi tolong mama je tau bukan nya sayang pergi Siam ke mana ke."

"Eleh.. nak rindu bini sendiri pun tak boleh." Balas Zafir dengan nada jelas sedang merajuk dan meminta di pujuk. Arissa menahan gelak.

"Suami saya merajuk ke ni ?"

"Tak."

"Suami saya dah tak sayang saya ke ?"

"Sayanglah.."

"Nak merajuk lagi tak ?"

"Tak nak."

Arissa tersenyum puas hati. Serentak itu pipi Zafir dicium olehnya, Zafir tersenyum sama.

"Pandai sayang pujuk eh ?"

"Ini Arissa lah."

"Berlagak!"

Arissa mencuit hidung Zafir. Zafir hanya senyum dan membiarkan sahaja Arissa mencuit hidungnya.

"Saya nak tolong mama ya ? Abang bangun, kemas katil ni lepastu pergi mandi ya ? Nanti kita boleh sarapan sama-sama." Ujar Arissa perlahan.

"Baiklah boss."

"Bagus."

Arissa bangun dari pembaringannya, begitu juga dengan Zafir. Mereka memandang antara satu sama lain.

CINTA LAST MINUTEWhere stories live. Discover now