Part 54

1.9K 63 8
                                    

  Syifa memandang wajah Datin Dr. Suhana yang duduk di hadapan nya. Gelas yang berisi masih belum diusik. Syifa memandang ke arah jam yang tergantung di dinding. Hmm.. Waktu sekarang ni, selalunya mama ada aje hal dekat office, kenapa harini dia boleh ke sini pula emm...

Mesti ada sesuatu ni...

"Dah lama Syifa tak datang rumah jumpa mama, sebab tu mama yang datang jumpa Syifa." ujar Datin Dr. Suhana. Syifa memandang ke arah nya.

"Syifa busy sikit ma, maaflah sebab dah lama tak jenguk mama. Mama jumpa Syifa ni, ada hal penting ke?" soal Syifa.

"Takkan lah mama nak jumpa anak mama kena tunggu ada hal penting dulu.."

"Bukan itu maksud Syifa. Syifa kenal mama. Mama bukan jenis yang akan jumpa seseorang tu melainkan mama ada hal dengan seseorang tu. So, Syifa rasa mungkin mama ada hal penting dengan Syifa."

Datin Dr. Suhana tersenyum. Tidak pelik lah kalau Syifa sudah terlalu mengenali Datin Dr. Suhana. Hubungan akrab mereka sudah terjalin sejak Syifa berusia 5 tahun lagi. Orang tua nya Syifa selalu sahaja ke luar negara kerana urusan kerja, jadinya Datin dan Dato yang menjaga Syifa.

Datin Dr. Suhana mengambil sesuatu dari dalam beg tangan nya. Mata Syifa memandang ke arah beg tangan tersebut. Dada nya berdebar. Sepertinya ada sesuatu yang akan dikeluarkan oleh mama nya itu.

"Syifa... Ini..."

Syifa memandang ke arah kotak kecil berwarna biru gelap. Ini... Kotak cincin ni...

"Siapa punya ni ma?" soal Syifa dengan kaget.

"Syifa punya."

Syifa tersentak. Aku punya? Eh.. Sejak bila pula aku beli cincin ni? Takkan....

Datin Dr. Suhana membuka kotak kecil tersebut. Mata Syifa memandang ke arah cincin yang masih terletak kemas di dalam kotak cincin tersebut.

"Cantik".. Getus hati Syifa.

"Mama tahu, mungkin Syifa akan menolak. Tapi, ini permintaan Zaimil. Dia minta mama datang jumpa Syifa dan nyatakan hasrat dia."

"Hasrat? Hasrat apa ni ma?"

"Zaimil, dia nak menikah dengan Syifa. Dia nak halalkan Syifa."

Syifa tersentak. Sampai ke tahap ni awak sanggup buat Mil? Datin Dr. Suhana menanti jawapan Syifa. Syifa memicit kepala yang tidak pening.

"Mama tahu, Zaimil dah buat macam-macam kat Syifa. Mama akui tu semua silap Zaimil. Silap mama juga sebab salah didik anak mama sendiri. Tapi Syifa..."

"Ma, mama tak ada salah silap pun dalam mendidik Zaimil. Mama dah buat yang terbaik untuk anak-anak mama. Dan, Syifa tak pernah salahkan mama atas apa yang dah terjadi ma."

Datin Dr. Suhana memandang lama wajah Syifa. Mata Syifa memandang ke arah kotak cincin yang berada di atas meja. Dia menghela nafas panjang. Perlahan-lahan, kotak cincin diambil oleh Syifa. Datin Dr. Suhana tersentak.

"Syifa terima lamaran Zaimil ke?" soal Datin.

Syifa tersenyum nipis. Kepala nya menggeleng.

"Syifa tak cakap yang Syifa terima lamaran dia. Cuma, Syifa akan pulangkan semula cincin ni. Kalau isi dalam kotak ni tak ada, maksudnya Syifa terima lamaran Zaimil. Tapi, kalau Syifa pulangkan ke mama..... "

"Syifa tolak lamaran Zaimil."

Syifa mengangguk lemah. Datin Dr. Suhana senyum nipis.

"Tak apa Syifa, mama faham andai kata Syifa tolak lamaran anak mama. Mama minta maaf kalau cara mama datang ni buat Syifa tak selesa."

CINTA LAST MINUTEWhere stories live. Discover now