"A'ah. Dia tidur."
Aku bisik perlahan semula. Tak tahu lah dia dengar ke tak. Kalau betul berita yang dia ni popular dalam kalangan gadis-gadis, aku tak nak tertangkap bercakap dengan dia.
Naya aku kena salai hidup-hidup. Bukannya aku tak tahu betapa ekstremnya sesetengah peminat orang-orang popular ni.
Kes senior kena kejar sampai ke dorm dengan peminat-peminat dia pun masih lagi terlegar dalam ruang gosip. Aku tak nak jadi penyumbang gosip baru.
Terdengar bunyi ketawa perlahan yang terlepas dari Han. Keras badan aku sekejap. Dia ketawa?
"Cuba tengok kawan sebelah saya.", bisik Han lagi.
Dia ni memang pandai bercakap waktu kuliah. Siapa pun takkan sangka yang dia bercakap sebab muka dia serius je pandang ke depan.
Ceh, cakap orang eh Helena? Kau pun sama.
Mata aku melirik kepada sebelah Han. Dia dah siap menyandarkan badan ke belakang untuk bagi aku tengok kawannya. Senyuman yang nak keluar dari bibir aku tahan sekuatnya. Bibir aku ketap. Terkerdip-kerdip mata aku menahan rasa.
Ini lagi teruk! Siap menganga lagi! Tunggu masa nak berdengkur je tu!
Nak cover rasa nak tergelak punya pasal, aku tekup mulut dengan kedua belah tangan. Acah fokus kepada kuliah. Padahal rasa nak tergelak. Elok sangat lah tu Marissa dah jumpa geng dia. Lepas ni aku kena kenalkan kepada Marissa ni. Mana tahu dia berkenan. Dia pun tengah mencari teman lelaki tu.
"Awak semua faham apa yang saya terangkan setakat ini?"
Suara yang bergema dari mikrofon itu membuatkan aku kembali buat muka fokus. Jangan lah pensyarah pandang ke sini pulak. Dua pelajar dah tumbang ni. Karang tak pasal-pasal yang lain kena.
Aku nampak mata pensyarah aku bagaikan scan satu dewan tapi mungkin kerana kami agak ramai dan duduk dimerata tempat, dia terlepas pandang dan sambung semula syarahannya.
Fuh. Nasib baik.
Aku geselkan lengan aku kepada Marissa. Kut lah dia nak bangun.
Dinda pula mencubit hidung Marissa dengan muka selamba. Mata pandang ke depan tapi tangannya mencubit hidung Marissa yang sedia mancung. Tapi apa pun tak jadi sebab Marissa masih selamba tidur dengan mulut terbuka.
Dia latih diri dia tidur bernafas pakai mulut ke macam mana?
"Lepas ni, class rep untuk kelas A dan F sila tunggu sekejap. Saya ada benda nak pesan. Okay guys, class dismissed.", ujar pensyarah sebelum menamatkan kelas.
Semua pelajar mula mengemas dan perlahan-lahan keluar dari dewan.
"Kau jangan buat lupa kau dah setuju jadi class rep semalam, ye.", Dinda menggoyangkan jari kepada aku.
Aku sengih. Macam mana boleh terlupa?
"Kau nak aku teman tak?", ujar Zarina dari belakang. Dia sudah bangun dan menggeliat.
Aku geleng dengan senyuman, "Tak apa. Korang balik lah dorm dulu. Lagipun aku ingat nak singgah library sekejap."
"Betul ni?", soal Marissa pula.
"Eh, sleeping beauty tiba-tiba dah bangun?", usik Zaril dengan sengihan nakal.
"Diam lah kau.", Marissa mengecilkan matanya.
Aku melambai mereka semula sebelum turun kebawah dengan perlahan-lahan. Jatuh bergolek karang, naya je koyak kain baju kurung aku ni.
"Eh? Awak class rep juga ke?"

ANDA SEDANG MEMBACA
FATE //COMPLETED//
RomansaHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...