HAN ILHAM
"Jadi saya nasihatkan Encik Han supaya berhati-hati dengan emosi Puan Helena. Pemeriksaan terhadap kesihatan mental Puan Helena mengesahkan apa yang saya syak. Kehilangan ahli keluarganya satu demi satu dan ibu angkatnya baru-baru ini, itu semua membuatkan dia merasakan tekanan."
Ayat doktor masih terngiang-ngiang didalam telinga. Walaupun Helena sudah hampir sebulan keluar dari hospital dan sudah lama mula bekerja. Tanggungjawab Helena bukannya seperti dulu. Kini tanggungjawab dia jauh lebih berat.
Nasihat dari doktor membuatkan aku lebih berhati-hati dari sebelumnya. Kesihatan Helena terutamanya kesihatan mentalnya tidak boleh dijangka. Dia tidak akan mudah stress dengan kerja. Tetapi bila berkaitan dengan Aliya, dia akan senang terganggu.
Aku tak salahkan dia sama sekali. Aku memahami sepenuhnya. Siapa yang boleh nak bertenang kalau menghadap kegilaan Aliya.
Selepas dia buat hal hari tu, Aliya hilang tanpa dapat dijejaki. Aku tahu dia masih ada di Malaysia. Dan aku juga boleh agak siapa yang melindungi dia. Sudah semestinya saudara-mara sebelah daddy yang tidak pernah melihat salah dia.
Untuk keselamatan Helena dan juga mengurangkan kerisauan aku sendiri, aku letakkan beberapa bodyguard dengan Helena. Dia tak tahu soal ini. Mereka bekerja dalam keadaan senyap dan bersembunyi dari pandangan Helena.
Apa-apa yang berpotensi untuk menganggu isteri aku, semua akan ditapis oleh mereka yang bekerja dengan aku. Setakat ini, mereka yang diupah Aliya tetap cuba menganggu Helena dengan pelbagai cara. Tapi semuanya dapat dikesan sebelum sampai ke pengetahuan Helena.
Perempuan itu memang tak nak berputus asa sama sekali. Apa lagi yang dia nak?
"Assalamualaikum, biy."
Suara lembut Helena membuatkan kepala aku berpaling laju. Ke arah pintu. Terbang semua kebimbangan aku bila melihat isteri kesayangan aku.
Helena berdiri di muka pintu dengan senyuman nipis. Wajahnya nampak sedikit sedikit pucat dan penat. Tanpa teragak-agak, aku mendapatkan Helena.
Helena membiarkan sahaja aku memapah dia masuk ke dalam bilik sebelum kami sama-sama duduk diatas katil. Helena memandang aku dan tanpa berkata apa, dia merebahkan kepalanya di bahu aku. Tangannya melingkari pinggang aku. Pergerakannya terasa perlahan dan sedikit tidak bermaya.
Sejak keluar dari hospital, Helena suka memeluk aku secara tiba-tiba. Aku suka bila dia begini. Bila dia ada didalam pelukan aku, semuanya terasa nyaman dan tenang.
Menyengetkan badan, aku membetulkan letak kepala Helena dan bahunya aku peluk. Mengusap dia perlahan-lahan. Merapatkan jarak sehingga tiada yang tinggal. Mengharapkan dia merasakan ketenangan yang aku rasakan.
"Sayang nampak pucat. Sayang makan tak lunch yang biy hantar?"
Helena mengangguk.
"Makan. Untuk tea time pun sayang habiskan. Terima kasih, biy."
Helena mendongak memandang aku. Senyuman muncul dibibirkan aku sebelum dahinya aku kucup sekali.
"Surprisingly, semua yang biy hantar, semuanya sayang boleh makan. Macam mana biy pilih mana makanan yang sesuai dengan sayang?"
Aku tersenyum.
"Biy berguru dengan ramai expert. Sayang kan tak ada selera makan sangat sejak kebelakangan ni. Tak ada morning sickness tapi hilang selera makan pula. Jadi biy tanya mereka yang lebih tahu. Nasib baik selera sayang terbuka semula."
Daripada Aldo di Berlin sehinggalah ibu saudara aku di Johor, semuanya aku tanya. Apa yang boleh aku buat untuk meringankan beban Helena. Mujur lah menjadi. Kalau tak, aku akan berguru lagi sehinggalah aku puas hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
FATE //COMPLETED//
RomansaHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...