Syarikat Raja Alexander selamat dimasukkan ke dalam blacklist.
Didalam syarikat ini, Mama Charlotte ada dokumen rahsia. Aku namakan 'Blacklist'. Nama-nama syarikat didalam dokumen ini adalah mereka yang tidak dibenarkan untuk berurusan dengan kami. Dengan apa cara sekali pun.
Ketelusan dalam bisnes adalah priority buat Mama Charlotte. Dan mereka yang masuk didalam blacklist ini adalah mereka yang tidak telus dalam bisnes.
Disebabkan apa yang Han ceritakan, aku sendiri yang menyiasat apa yang boleh. Lama juga masa yang aku ambil hanya untuk korek semua benda. Mereka agak pandai menutup jejak. Tapi tak ada apa yang tak boleh dicari kalau ada sumbernya.
Bila aku bertanyakan kepada mama, dia dengan rela dan senang hati menceritakan dengan lebih detail apa yang berlaku waktu itu. Apa yang aku dengar hanya membuatkan darah aku semakin menyirap. Nyaris je nak kena darah tinggi rasanya.
Nama Han menjadi buruk dalam sekelip mata. Hasil kerja Aliya dan keluarganya. Malah beberapa lagi saudara mara Han. Han masih muda dan mereka dengan mudah menghasut hubungan Han dan arwah ayahnya. Menjadikan hubungan yang tidak begitu baik bertambah buruk.
Pada mulanya aku hanya nak biarkan sahaja. Tapi.. Raja Alexander memang langsung tidak tahu malu. Dia banyak kali datang ke pejabat ini. Mahu berjumpa dengan aku walaupun tiada temu janji dibuat. Selama berbulan dia datang tanpa jemu.
Lebih memeningkan kepala bila dia sengaja membawa Aliya bersama. Walaupun dia tahu apa yang perempuan itu buat selama ini. Jadi aku sedar yang dia memang tidak ada niat baik sama sekali.
Selepas aku mula menyiasat, syarikatnya memang lebih daripada layak untuk diletakkan didalam blacklist. Ambil masa juga nak siasat semuanya tapi berbaloi. Aku boleh katakan yang syarikat dia memang.. shady.
Yang pertama didalam list itu sudah pastinya keluarga Aliya. Yang kedua, Raja Alexander.
Ada lagi beberapa lagi syarikat yang masuk ke dalam blacklist. Semua yang mereka lakukan memang melayakkan mereka didalam blacklist. Mama Charlotte sendiri yang luluskan semua nama yang aku masukkan.
Jadi sudahnya selepas beberapa bulan, secara rasminya aku masukkan nama mereka ke dalam blacklist.
Deheman yang datang dari skrin membuatkan aku kembali ke realiti. Rosie melihat ke arah moniter. Semua yang sudah sampai didalam bilik mesyuarat juga memandang ke arah yang sama. Hari ini aku hanya akan melihat dari dalam bilik pejabat. Entah kenapa hari ini rasa tak sedap badan pulak.
Mungkin sebab banyak makan dengan geng aku agaknya. Marissa lah. Semua tempat makanan yang dia nampak di Twitter, semua dia nak cuba.
"Mrs. Heinreich. We are ready.", ujar Rosie.
Aku anggukkan kepala. Mereka senyap semula. Automatik aku tepuk dahi. Mana mereka nampak kalau aku hanya angguk. Aduh. Kenapa dengan aku hari ni? Serba tak kena.
"Proceed, Rosie."
Mesyuarat bermula dan aku seperti biasa memerhatikan setiap ahli mesyuarat. Hari ini kami akan mulakan kerjasama dengan syarikat yang terkemuka ditanah air. Syarikat yang sentiasa meniti nama ahli bisnes di Malaysia.
Dan salah seorang wakil dari syarikat ini adalah kawan lama aku.
Sesuatu yang aku tidak sangka. Sebab dia tidak mempunyai sebab untuk menjadi PA. Dia sendiri ada empayar yang luas didalam tangannya. Jadi kenapa dia jadi PA? Takkan sebab saja nak meluaskan pengalaman?
Tapi mengetahui dia, aku tahu dia mesti ada sebab. Semua benda yang dia buat ada sebab.
Aku hantar mesej ke Rosie. Meminta dia bawa tetamu ke dalam bilik pejabat aku. Sebaik sahaja mesyuarat tamat, aku menunggu kedatangan mereka.
YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...