"Lepas apa yang dia buat, sayang masih nak pergi lawat dia?"
Suara Han tegas. Ini mungkin kali pertama aku dengar nada suara sebegini kepada aku. Nada yang biasa dia gunakan kepada staffnya yang buat salah, tapi bukan kepada aku.
Nada nak marah tapi dia tahan.
"Disebabkan dia, kesihatan sayang terjejas. Doktor sendiri beritahu sayang semua tu disebabkan benda yang dia masukkan dulu. Sayang tak rasa marah ke? Because I am. I am livid."
Han berjalan mundar-mandir didepan aku sebelum dia berhenti. Tangannya naik meraup rambutnya ke belakang. Nampak yang dia betul-betul tak suka dengan apa yang aku beritahu dia tadi.
Niat aku nak melawat Aqil di hospital.
Aku duduk diatas katil tanpa berkata apa-apa. Hanya merenung jari sendiri. Rasa serba-salah, sedih, annoyed. Semuanya ada.
Kesan daripada ubat yang Aqil masukkan semasa Fahd diculik masih ada sehingga sekarang. Walaupun sudah genap tiga bulan sejak semua itu berlaku.
Aku kadang-kadang susah nak bernafas kerana ruang udara yang tiba-tiba terasa sempit. Aku tidak boleh berjalan selama tiga minggu selepas aku sedarkan diri.
Nak peluk dan menyusukan Fahd pun aku perlukan bantuan. Tangan aku akan terketar dengan sendirinya bila aku pegang dia lebih daripada sepuluh minit.
Jadi Han yang selalu ada. Peluk aku daripada belakang sementara aku menyusukan Fahd.
Semua itu kesan daripada ubat yang Aqil berikan.
Kalau Han rasa marah, aku rasa kecewa.
Kecewa kerana kekuatan aku yang hilang. Kecewa kerana aku perlukan bantuan orang lain hanya untuk menyusukan anak aku. Untuk menjaga anak aku sendiri.
Tiada siapa yang lebih kecewa daripada aku.
Badan aku seperti bukan milik aku dan rasa frustrated itu melebihi segalanya. Aku rasa seperti ibu yang tidak berguna. Isteri yang tidak sempurna.
"Sayang..!"
Daripada berdiri, Han melutut didepan aku. Tangannya disulam dengan tangan aku tapi kepala aku masih tertunduk. Bahu mula terketar bila air mata semakin banyak yang turun.
"Sayang, tengok biy. Please."
Aku tetap menunduk. Bibir yang juga terketar kerana rasa sedih dan kecewa kepada diri sendiri yang membuak-buak. Aku ketap bibir bila esakan aku terlepas tanpa sengaja.
"Sayang, please look at me. I'm sorry. I am so sorry. I was wrong."
Rayuan Han membuatkan air mata aku semakin lebat. Bila aku angkat muka memandang Han, esakan yang aku tahan terlepas.
Mata aku mula kabur kerana air mata yang banyak. Dalam sekelip mata, Han memeluk aku diatas ribanya. Bila masa dia duduk diatas katil, aku pun tak sedar.
Tangisan aku semakin kuat bila Han mula meminta maaf sekali lagi. Hati aku rasa seperti dicengkam.
"Biy minta maaf. I am so sorry. Bukan niat biy nak marah ke apa. I am so so sorry, sayang."
Aku bukannya menangis sebab dia marah. Aku faham kenapa Han marah. Aku menangis semahunya kerana rasa kecewa yang aku pendam keluar sekali gus.
Han tidak berhenti meminta maaf dan memujuk aku sementara aku menangis didadanya. Melepaskan semua kesedihan yang aku simpan sepanjang tiga bulan ini.
Tangan Han masih menggosok belakang badan aku bila aku mendongak memandang dia. Tak tahu berapa lama sudah berlalu tapi Han masih setia memujuk aku sehingga tenang semula.
![](https://img.wattpad.com/cover/263903737-288-k672245.jpg)
YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
Storie d'amoreHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...