HELENA FATMA
Cahaya malap buatkan aku terjaga.
Kepala rasa berat. Tapi dada aku rasa ringan berbanding sebelumnya.
Badan aku masih panas ke?
Atau sejuk?
Aku sendiri tak tahu sebab suhu badan aku rasa berubah-ubah. Sekejap sejuk, sekejap panas.
Aku nak naikkan tangan untuk sentuh dahi sendiri tapi tak boleh. Tangan aku berat.
Satu badan rasa berat. Hilang tenaga.
Bila aku menoleh, barulah aku perasan Han yang tertidur. Tangan aku digenggam erat didalam tangannya.
Kenapa ada IV drip..?
Apa yang jadi semalam?
Dahi aku berkerut dengan automatik bila cuba memaksa ingat semula apa yang jadi.
Oh..
Mata aku jatuh ke arah Han yang lena. Dengan tangan satu lagi, aku usap perlahan rambutnya.
Mesti dia risau sangat aku tiba-tiba jatuh sakit. Bulu mata Han nampak basah.
Dia menangis ke?
Nafas berat aku tarik sebelum lepaskan perlahan-lahan.
Pukul berapa sekarang ni? Aku rasa macam dah tidur terlalu lama. Lah, dah pukul satu pagi?
"Sayang..?"
Hmm?
Eh?
Mata aku membulat sebaik sahaja aku pandang wajah Han semula. Air matanya sudah berderai jatuh ke pipi macam paip pecah.
"Kenapa biy nangis ni?"
Lembut suara aku bertanya tapi semakin banyak pula air mata Han yang jatuh.
Aku cuba untuk bangun dan Han laju membantu aku walaupun dia masih menangis. Entah kenapa aku rasa nak tergelak.
"Biy.."
Aku seka air matanya dengan hujung jari. Dalam rasa terhibur dengan reaksi Han, rasa sebak buatkan dada aku rasa sempit.
"Sorry. Sayang buat biy risau."
Bibir Han terketar. Cuma sekejap sebelum dia ketap bibirnya dengan kuat.
"Biy yang patut minta maaf. Sebab biy, sayang sakit lagi."
Laju aku gelengkan kepala.
"Bukan salah biy. Salah sayang sebab tak boleh berfikir dengan rasional. I was overthinking for no reason."
Sejujurnya, aku tahu apa yang perempuan tu cakap tak sepatutnya aku telan bulat-bulat. Tapi hati yang mudah terusik ni, buatkan aku jadi terlalu banyak berfikir.
Seharian aku overthinking. Hari ini barulah aku rasa lebih tenang.
"No, salah biy sebab bagi sebab untuk sayang banyak berfikir. I would reacted the same. Mungkin lebih teruk kalau ada lelaki yang berani buat-buat mesra dengan sayang. It will kill me."
Bersungguh Han menuturkan. Matanya tajam bagaikan memikirkan situasi semalam terbalik.
Aku tahu sangat cemburu Han macam mana. Kalau situasi terbalik, mungkin dia takkan biarkan aku sendirian ke mana-mana.
"Trust me, sayang. Biy tak kenal siapa dia dan apa pun yang dia cakap, tak betul. You looked lovelier than ever. Jangan sesekali sayang ingat sayang tak menarik di mata biy."
Tangan aku dibawa ke bibir dan dikucup berulang kali. Melepaskan rindu. Mata Han tak pernah melepaskan aku. Tetap merenung penuh dengan kasih sayang.
"The problem wasn't you. Or that girl. It was me."
ANDA SEDANG MEMBACA
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...
