BAB 5

1.3K 49 0
                                    

Marissa dan Dinda ketawa geli hati bila aku menunjukkan gambar-gambar dan video yang sempat aku rakam masa Zaril menderma darah tadi.

Masuk sahaja dalam bilik, kami bertiga terus duduk bersila diatas lantai sambil melihat video Zaril menjerit-jerit bila Zarina menahan kepalanya supaya hanya pandang lengannya sendiri.

Memang ganas Zarina tackle Zaril supaya tak bergerak. Boleh nampak lah urat-urat di tepi dahi Zaril yang terjerit-jerit. Nurse dan doktor yang ada cuma ketawa kecil je.

Mungkin kerana kembar berdua ni menghiburkan hati mereka.

Kecoh juga lah lobi tadi hanya kerana kembar dua orang ni. Aku rasa popular lah Zaril lepas ni sebab bukan pelajar je yang tengok dia. Lecturer pun sama.

Semua orang rasa terhibur dan kasihan dalam masa yang sama. Kena seksa dengan kembar sendiri.

"Mau malam ni Zaril mengigau teringat jarum.", Dinda ketawa lagi.

Aku dan Marissa mengangguk laju bersetuju. Pandailah Zarina memujuk Zaril sekarang ini.

Mereka berdua memang rajin usik-mengusik tapi kasih sayang adik-beradik itu terlihat jelas. Macam sekarang ni.

Disebabkan Zaril merajuk, Zarina bawa dia pusing mall. Nak pujuk adik punya pasal. Tapi aku rasa dalam kena pujuk pun, masih kena usik.

Paling-paling seminggu juga lah.

"Patutnya korang kena datang awal tadi. Baru boleh tengok live.", aku sengih sebelum meletakkan telefon di atas katil.

Bila aku pandang mereka berdua semula, wajah mereka berdua nampak sedikit lain. Tiba-tiba Marissa dan Dinda saling berpandangan.

Wajah masing-masing nampak risau pula. Dah kenapa ni?

"Zarina cakap yang kau dengan Han sampai awal dekat dewan dan macam biasa lah dia ada sebelah kau. Tapi..", Dinda berjeda.

"Kenapa dia nampak lain macam je hari ni? Beku semacam?", sambung Marissa.

Lah. Aku ingatkan aku je yang perasan.

"Kan? Aku perasan jugak sebenarnya. Biasanya dia banyak cakap walaupun ada presentation. Ini dia banyak diam lepas tu serius je.", aku menggaru kepala aku sendiri.

Masuk sahaja ke dalam dewan, aku mula fokus dengan kerja dan presentation. Nak buat yang terbaik lah katakan. Tapi dalam pada sibuk itu, aku boleh rasa perubahan Han.

Selalunya ada sahaja benda yang nak dikongsi dengan aku. Semua benda kalau boleh dia nak sibuk sekali.

Bila seseorang yang banyak cakap berubah pendiam, terasa lain macam.

"Masa dia lepak dengan kau, ada apa-apa jadi ke?", soal Marissa.

Aku berkerut sambil berfikir dengan lebih mendalam. Cuba retrace semula memori sendiri.

"Tak ada pulak. Lagipun aku tidur sementara tunggu kelas tadi. Discussion dengan puan habis awal. Aku terjaga sekejap dan dia dah ada sebelah aku. Then aku tidur balik. ", jawabku.

"Pelik jugak ni. Terasa sangat perubahan dia. Selalu bukan main lagi, tunggu kau untuk keluar kelas sama-sama. Ini awal-awal dah hilang. Lesap macam tu je?", ujar Dinda.

Marissa ikut mengangguk laju. Mengiyakan apa yang Dinda cakapkan.

"Seingat aku lah kan.. Sebelum aku keluar dewan dengan Zarina sebab nak tengok Zaril..", aku capai dan buka telefon dan tunjuk kepada mereka, "Dia tanya pasal lelaki ni."

"Kento Yamazaki!", Dinda dan Marissa sama-sama menjawab.

Aku sengih. Sebab mereka berdua ni lah aku kenal lelaki ini. Diaorang yang rajin tonton drama Jepun. Aku biasanya tumpang tengok sekali je.

FATE //COMPLETED//Where stories live. Discover now